Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Amalan Di Bulan Ramadhan

Rebutlah 7 Amalan Sunnah Ini Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Selain berpuasa, ada banyak amalan sunnah Ramadhan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba. REBUTLAH 7 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN INI Berikut adalah antara amalan sunnah di bulan Ramadhan yang amat dianjurkan. 1. BERSAHUR Bersahur   bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”  (HR. Bukhari) Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran. 2. MEMPERBANYAKKAN DOA Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa y...