Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Strok Haba

Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan

Terkini kita dikejutkan dengan tragedi sebuah keluarga yang telah kehilangan anak mereka disebabkan strok haba. Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman.  Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa. MET Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) suhu meningkat ke 35-37°C terutamanya di kawasan utara semenanjung.  Sentiasa pantau FB Met Malaysia bagi melihat situasi semasa cuaca di Malaysia. Ikuti seterusnya perkongsian tentang strok haba dalam artikel ini. Apakah Itu Strok Haba? Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke). Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu ba...

Strok Haba Punca Organ Terbakar? Ketahui Punca, Gejala & Cara Elak Jadi Mangsa!

Kebelakangan ini, kes  kanak-kanak  maut menjadi mangsa strok haba semakin meningkat dan mendapat perhatian masyarakat di negara ini.  Malah, baru baru ini juga  Berita Harian  melaporkan, fenomena El Nino yang sedang dialami Malaysia dijangka akan berlarutan sehingga September depan. STROK HABA PUNCA ORGAN HANGUS? Kita baru dikejutkan dengan berita kematian adik Syamil Aqil yang meninggal disebabkan strok haba dan dehidrasi.  Ini menunjukkan STROK HABA tersangatlah bahaya dan boleh membawa maut! APA PUNCA STROK HABA YANG SEBENAR? Ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi.  Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia. BUKAN KANAK-KANAK SAHAJA YANG BOLEH JADI MANGSA STROK HABA! Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba: 1. KANAK-KANAK 2. ORANG TUA YANG… Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, p...

Jangan Buat 6 Perkara Ini Semasa Musim Panas. Bahaya Strok Haba!

Baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita mengenai peningkatan suhu sehingga 40 darjah celsius.  Menjadi dugaan juga buat orang ramai dengan peningkatan suhu panas ini kerana kita berada di dalam bulan Ramadan di mana semua umat Muslim sedang berpuasa.  Oleh kerana kurangnya pengambilan cecair dalam seharian, anda sebenarnya sangat berisiko terkena strok haba! Memandangkan cuaca sedikit panas dan lembap sejak kebelakangan ini, (ditambah dengan faktor berpuasa) anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan risiko berlakunya letih panas dan strok haba  kerana ia boleh membunuh. APAKAH GEJALA STROK HABA? Strok haba akan menunjukkan beberapa gejala seperti keletihan berlebihan, sesak nafas diikuti dengan sakit perut, gelisah, degupan jantung yang cepat, pengsan dan mungkin muntah parah.  Semua keadaan ini berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas sehingga melebihi 40.5 Celcius, melampaui suhu normal iaitu 37 Celsius. Apabila tubuh anda gagal me...