Khasiat teh hijau sememangnya sering diperkatakan sama ada dalam kalangan generasi tua mahupun generasi muda! Tetapi, tahukah anda bagaimana asal permulaan minuman ini dan kebaikan teh hijau kepada tubuh badan manusia? Nama teh hijau yang meningkat naik kini tidak bermakna ia baru sahaja dikonsumsi, tetapi kepopularitiannya hanya menaikkan namanya ke peringkat yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Kelebihan teh hijau yang pelbagai Sejak berabad lagi, teh hijau terkenal dengan rasanya yang indah serta pelbagai khasiat kesihatannya terhadap manusia. Berikut adalah beberapa keuntungan minum teh hijau yang anda mungkin tidak pernah dengar pada sebelum ini: Khasiat teh hijau 1: Merangsang sistem imun Menurut beberapa kajian, orang yang minum teh dengan kerap tidak mendapat jangkitan bakteria dan virus semudah orang lain yang tidak mengambilnya. Jelas bahawa teh hijau membantu anda meningkatkan sistem imun. Sebab di sebalik mekanisma ini adalah sebatian yang dipan...
PENGEDAR SHAKLEE LABUAN, KOTA KINABALU, MIRI, SIBU, KUALA PENYU,BEAUFORT.