Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Motivasi

10 Tips Baru Nak Mula Bisnes

Perasan atau tak, ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka.  Malah kadang-kadang kita gagal sebab rasa sudah pandai dan tahu banyak perkara. Sedangkan sebenarnya kita masih tidak tahu apa-apa dan sejauh mana kita tahu tentang sesuatu perkara. Bila sebut nak mulakan bisnes, yang paling ditakuti kebanyakan orang adalah kemampuan untuk bersaing.  Berikut 10 tip untuk anda yang baru nak mulakan bisnes. 1. Tahu tujuan bisnes Ada orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berbisnes suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend bisnes sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah.  Tapi untuk anda yang serius nak menjadi bisnes adalah kerjaya dan punca pendapatan utama, anda kena kenal pasti tujuan utama berbisnes. Yang pertama kebanyakan orang berniaga supaya mendapatkan sumber kewangan lebih baik. Dan anda juga kena tah...

Mindset orang berjaya

Mindset orang berjaya dapat dibentuk dari faktor luar dari dalam diri anda seperti cara orang-orang di sekitar anda, melalui pengalaman, pendidikan dan banyak lagi.   Berjaya selalu dikaitkan dengan kekayaan.   Jadi kaya ini boleh dikatakan adalah impian setiap manusia.?   Tetapi selalu kita dengar dalam masyarakat “Tengok kaya tapi ……”   Itulah yang dinamakan ujian, tidak mengenal darjat dan pangkat.   Apa kata kita tukar mindset daripada Nak Kaya kepada Nak Berjaya.   Mindset orang berjaya pasti dahagakan kejayaan, mereka akan   1. Mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang datang   Sentiasa pandang ke hadapan dan lupakan masa lampau.   2. Sentiasa belajar dari kesalahan   “Kesalahan terbesar yang dibuat manusia dalam kehidupannya adalah terus-menerus merasa takut bahwa mereka akan melakukan kesalahan.” – Elbert Hubbad   3. Berani mengambil risiko   Orang-orang yang tidak berani mengambil risiko tidak akan pernah dapat pelu...

Kata-Kata Motivasi untuk Lebih Semangat

Kata-kata motivasi   – Pernah tak ada kalanya kita berasa lemah dan kurang cergas untuk melakukan aktiviti harian? Tidak kiralah malas bekerja atau tak rajin nak siapkan kerja di rumah. Pasti semua pernah merasainya. Sampai satu tahap mungkin ada juga yang mencapai tahap ingin menyerah kalah dan mengganggap hidup ini sebuah perjalanan yang tiada makna Kes Kemurungan di Malaysia Meningkat! Tahu atau tidak, kes kemurungan di Malaysia semakin tahun semakin meningkat.  Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kajian NHMS pada 2017 juga mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan trend bagi prevalen idea bunuh diri iaitu 10 peratus berbanding ...