Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan. Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau. Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang. Apakah punca nafas atau mulut berbau? Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria. Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak ata...
PENGEDAR SHAKLEE LABUAN, KOTA KINABALU, MIRI, SIBU, KUALA PENYU,BEAUFORT.