Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hari Raya

Open House Hari Raya : Tradisi Keluarga Saya

Selamat hari raya kepada semua pembaca! Saya ingin berkongsi tentang satu tradisi yang sangat penting dalam keluarga saya iaitu Open House Hari Raya. Bagi saya,Open House semasa Hari Raya sudah menjadi satu tradisi dalam keluarga saya. Setiap tahun, pada hari raya pertama, kami akan mengadakan open house di rumah kami.  Walaupun tahun ini merupakan tahun kedua kami merayakan Hari Raya tanpa ayah, kami tetap meneruskan tradisi ini.  Hari raya pertama adalah hari yang sangat istimewa bagi kami kerana pada hari ini, keluarga dan sahabat handai akan berkumpul di rumah kami.  Hidagan raya yang biasa akan kami buat rendang daging,daging masak merah,acar buah,nasi minyak,ayam masak kari ,kuah kacang dan ketupat ni antara menu wajib yang kami biasa buat. Kami biasanya akan memulakan acara open house dengan membaca doa selamat dan tahlil untuk arwah ayah serta ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kami. Kenapa kami mengadakan open house semasa Hari Raya?  Selain darip...

Masa Raya Pasti Banyak Makanan Bersantan, Tapi AWAS Jangan Berlebihan, Ini Sebabnya!

  Perkara paling dinantikan  menjelang musim perayaan Aidilfitri  adalah semestinya  juadah raya .  Tambah lagi hidangan seperti rendang dan gulai daging, paling sedap dimakan dengan ketupat!  Tapi, korang sedar tak juadah yang sedap selalunya makanan bersantan? Ini kerana tak sah raya tanpa makanan bersantan kerana itulah yang melengkapkan Aidilfitri kita.  Namun, makanan bersantan ini mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi sehinggakan mampu menjejaskan kesihatan.  Persoalannya, apakah bahaya makanan bersantan menjelang musim perayaan ini? BAHAYA AMBIL MAKANAN BERSANTAN BERLEBIHAN KETIKA MUSIM AIDILFITRI  1. Tingkatkan tekanan darah Makan makanan santan yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah dalam tubuh badan anda. Untuk pengetahuan anda, kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan bersantan akan mengakibatkan hipertensi atau tekanan darah tinggi. Sifat arteri yang normal dan sihat adalah fleksibel, kuat dan elasti...