Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bisnes

10 Tips Baru Nak Mula Bisnes

Perasan atau tak, ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka.  Malah kadang-kadang kita gagal sebab rasa sudah pandai dan tahu banyak perkara. Sedangkan sebenarnya kita masih tidak tahu apa-apa dan sejauh mana kita tahu tentang sesuatu perkara. Bila sebut nak mulakan bisnes, yang paling ditakuti kebanyakan orang adalah kemampuan untuk bersaing.  Berikut 10 tip untuk anda yang baru nak mulakan bisnes. 1. Tahu tujuan bisnes Ada orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berbisnes suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend bisnes sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah.  Tapi untuk anda yang serius nak menjadi bisnes adalah kerjaya dan punca pendapatan utama, anda kena kenal pasti tujuan utama berbisnes. Yang pertama kebanyakan orang berniaga supaya mendapatkan sumber kewangan lebih baik. Dan anda juga kena tah...

5 Kesilapan Perlu Dielakkan Supaya Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda

Dalam perniagaan sudah tentu pelanggan adalah antara faktor utama yang anda harus hormati dan tahu apa kehendak pelanggan anda. Betul betul?  Memang banyak perangai mereka yang perlu anda turuti. Seperti pepatah customer is always right. Tapi kalau ada pelanggan yang jenis ‘banyak akal’, memang sakit kepala dibuatnya. Memang sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan untuk melengkapi kehendak pelanggan anda ini.  Namun anda sebagai usahawan dan peniaga, anda harus berusaha melengkapi kehendak pelanggan dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu.  Teruskan berusaha tanpa ada rasa putus asa dan teruskan berjuang demi perniagaan anda. Banyak bisnes jika kita lihat ketika ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika anda tak pandai jaga hati pelanggan anda, tak mustahil mereka boleh cari peniaga lain. Dengan alasan, anda tak pandai jaga pelanggan.  Boleh nampak tak di sini? Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, jagalah pelanggan anda sebaik mungkin. Cuba ...

5 Tips Terbaik Buat Bisnes Online

  Buat bisnes online ni berbaloi ke? Kalau tanya saya mestilah berbaloi. Sebab dulu, orang yang buat bisnes hanya mampu capai pelanggan sekadar kenalan rapat dan jiran-jiran.  Tapi bila wujudnya bisnes online, capaian pelanggan lebih meluas. Bukan setakat dalam kawasan anda saja, tapi jauh beribu batu pun tak mustahil. Cuba anda tengok sekeliling anda hari ini. Atau tengok tabiat berbelanja anda hari ini. Adakah masih dengan norma  walk in  setiap kali nak beli barang? Jawapannya tidak. Anda sendiri boleh nampak perubahan drastik bisnes online semakin berkembang dan mendapat tempat di hati pembeli sejak berlaku penularan Covid-19 pada tahun 2020.  Jadi, rugilah bagi anda yang ada bisnes tapi tak beradaptasi dengan bisnes secara online atau dalam talian.  Saya faham tak semua orang tahu  cara terbaik buat bisnes online . Oleh itu, saya akan kongsikan Tips Bisnes Online dalam artikel kali ini. Supaya mereka yang nak mulakan bisnes boleh bina bisnes yang...