Jeragat yang banyak di wajah bukan sahaja boleh menjejaskan tahap kecantikan malah keyakinan diri individu. Tanpa perlu membazirkan wang, masa dan tenaga, saya akan kongsikan petua hilangkan jeragat cara tradisional yang anda mesti cuba di rumah hari ini juga! Namun, sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai cara hilangkan jeragat secara tradisional, mari kenali terlebih dahulu apakah maksud jeragat dan bagaimana ia terbentuk pada kulit wajah. Apa maksud, punca & kesan jeragat di wajah? Buat anda yang belum tahu, jeragat adalah antara masalah kulit paling membimbangkan. Kondisi ini akan membuatkan wajah timbul tompok-tompok kecil terutama di dahi, pipi dan hidung. Sering kali individu keliru tentang kondisi jerawat atau jeragat sedangkan jerawat adalah masalah kulit berkenaan dengan liang pori manakala jeragat pula lebih berkaitan dengan pigmentasi. Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak namun faktor risiko yang beri...
PENGEDAR SHAKLEE LABUAN, KOTA KINABALU, MIRI, SIBU, KUALA PENYU,BEAUFORT.