Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah. Sememangnya dalam keterujaan, bakal ibu dan bapa tentu juga berasa gementar menanti kelahiran si manja. Kehamilan merupakan antara fasa kehidupan wanita dimana ia memerlukan nutrisi yang sangat tinggi. Keperluan nutrisi semasa hamil adalah lebih tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi yang pesat serta meningkatkan simpanan nutrisi bagi bakal ibu. Oleh itu, sentiasalah memilih nutr isi untuk anda dan bayi! Ini adalah hadiah terhebat yang boleh anda berikan untuk anak-anak anda kelak! MAKAN UNTUK ANDA DAN BAYI Anda adalah apa yang ibu anda makan. Tabiat pemakanan dan gaya hidup ibu boleh memberi kesan yang mendalam sepanjang hayat kepada kesihatan anaknya. Wanita yang sihat dan mengambil nutrisi secukupnya lebih cenderung mempunyai kehamilan yang sihat. Ini termasuklah kurangnya komplikasi semasa kehamilan, yang meningkatkan peluang melahirkan cahaya mata yang sihat. Bayi yang sihat mempunyai peluang lebih baik untuk membesar ...
PENGEDAR SHAKLEE LABUAN, KOTA KINABALU, MIRI, SIBU, KUALA PENYU,BEAUFORT.