Skip to main content

Bagaimana Menjaga Kesehatan Mulut dan Mencegah Nafas Berbau?




Vitamin shaklee



Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan. 

Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau. 

Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. 

Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang.


Apakah punca nafas atau mulut berbau?

Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. 

Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria. 

Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.


Punca Masalah Mulut dan Nafas Berbau Busuk


● Kebersihan mulut yang tidak memuaskan

● Kerosakan gigi (karies gigi)

● Penyakit gusi (penyakit periodontium)

● Makanan melekat di celah gigi

● Gigi palsu yang tidak bersih

● Bau mulut ketika bangun tidur

● Mulut kering

● Tabiat bernafas melalui mulut

● Merokok

● Diabetes

● Penyakit Hati

● Masalah sistem penghadaman


Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?


  • Merokok
  • Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
  • Penggunaan gigi palsu
  • Penyakit gigi dan gusi
  • Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
  • Pembengkakkan tonsil atau adenoids
  • Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
  • Penyakit diabetis yang tidak terkawal
  • Penyakit kegagalan fungsi hepar
  • Penyakit kegagalan fungsi ginjal
  • Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamindecongestants , antidepressionantipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut 

Punca kekurangan air liur

Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan gigi. 

Semasa tidur, rembesan air liur adalah kurang menyebabkan mulut berbau apabila bangun tidur. 

Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • Bercakap terlalu banyak contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dan lain-lain ini akan mengurangkan pengaliran / perembesan air liur
  • Berpuasa: mengurangkan perembesan air liur
  • Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, ubat untuk menghalang selera makan dan mengakibatkan mulut kering daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • Pengambilan minuman beralkohol boleh mengeringkan mulut
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol boleh mengeringkan mulut
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration) boleh mengurangkan pengaliran air liur
  • Stress juga mengurangkan pengaliran air liur


Bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai masalah mulut berbau?

Agak susah untuk diri sendiri menyedari masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. 

Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti ibu bapa, adik beradik atau kawan rapat. 

Janganlah merasa kecil hati apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. 

Selain itu, ada juga sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi (halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.


Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?


👉🏻 Membersihkan gigi dan mulut setiap hari

Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. 

Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. 

Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda. Gunakan benang flos untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.


👉🏻 Membersihkan lidah setiap hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. 

Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

👉🏻 Minumlah air

Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari.  Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. 

Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. 

Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut boleh membuatkan suasana mulut kurang sesuai untuk pembiakan bakteria anaerob.

👉🏻 Elakkan mengguna pencuci mulut yang mempunyai alkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. 

Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. 

Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

👉🏻 Mengunyah gula getah tanpa gula

Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. 

Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.

👉🏻 Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. 

Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah

📌Gusi yang bengkak dan merah
📌Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
📌Gusi yang sakit
📌Nanah keluar dari gusi yang bengkak
📌Gigi bergoyang
📌Gigi sensitive
📌Sakit pada gigi ketika mengunyah
📌Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)

Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda daripada plak dan karang gigi dan seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

👉🏻 Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala sekurang kurangnya setahun sekali

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. 

Jika gigi berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. 

Doktor gigi boleh mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.


Sebagai alternatif lain boleh mencuba SET ATASI MULUT & NAFAS BERBAU SHAKLEE!

Vitamin shaklee


Vitamin C- Menyembuhkan masalah gusi dan detoksifikasi yang bagus.

Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau mulut.

Herblax - Membersihkan usus dan membantu atasi masalah penghadaman.



Hubungi saya untuk order & konsultasi melalui link di bawah:-


              LINKTREE : HUBUNGI SAYA SEKARANG



Jemput follow media sosial jue di bawah 😍 

FB PERSONAL : JUMILAH IBRAHIM

FB PAGE Ju-Shaklee

INSTAGRAM  : Jumilah1988


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

#pengedarshakleeaktif



PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...