Skip to main content

Masa Raya Pasti Banyak Makanan Bersantan, Tapi AWAS Jangan Berlebihan, Ini Sebabnya!

 

Pengedar SHAKLEE aktif


Perkara paling dinantikan menjelang musim perayaan Aidilfitri adalah semestinya juadah raya

Tambah lagi hidangan seperti rendang dan gulai daging, paling sedap dimakan dengan ketupat! 

Tapi, korang sedar tak juadah yang sedap selalunya makanan bersantan?

Ini kerana tak sah raya tanpa makanan bersantan kerana itulah yang melengkapkan Aidilfitri kita. 

Namun, makanan bersantan ini mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi sehinggakan mampu menjejaskan kesihatan. 

Persoalannya, apakah bahaya makanan bersantan menjelang musim perayaan ini?


BAHAYA AMBIL MAKANAN BERSANTAN BERLEBIHAN KETIKA MUSIM AIDILFITRI


 1. Tingkatkan tekanan darah

Makan makanan santan yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah dalam tubuh badan anda. Untuk pengetahuan anda, kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan bersantan akan mengakibatkan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Sifat arteri yang normal dan sihat adalah fleksibel, kuat dan elastis. Namun, sifat ini berubah apabila arteri mengalami penumpukan plak atau endapan kolesterol jahat kesan daripada makanan bersantan yang berlebihan.

2. Tingkatkan risiko penyakit jantung dan strok

Bahayanya makanan bersantan ini adalah ia meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Sebenarnya risiko penyakit jantung dan stok ini telah diketahui ramai cuma kebanyakan memilih untuk mengabaikannya.

Ini kerana setiap 300 ml santan mengandungi lemak yang mengandungi hampir 90 peratus daripada jumlah badan memerlukan sehari. 

Anda perlu mengetahui pengambilan makanan bersantan yang berlebihan boleh meningkatkan LDL atau kolesterol jahat dalam darah, sampaikan menaikkan risiko penyakit jantung dan strok.

Ini kerana lemak atau kolesterol jahat yang telah membuat timbunan plak dan menyumbat saluran darah.

3. Tingkatkan gas dan asam lambung (GERD)

Pengedar SHAKLEE aktif



Untuk pengetahuan anda, makanan bersantan juga berupaya meningkatkan gas dan asam lambung dalam tubuh. 

Pengambilan makanan bersantan yang berlebihan dapat meningkatkan  pengeluaran gas dan membuatkan perut anda terasa penuh, sampai menyebabkan ketidakselesaan.

Jika anda mengambil makanan bersantan dalam perut yang kosong, ia akan menyulitkan bahagian badan tersebut untuk mencerna makanan lain. 

Ini kemudiannya akan menyebabkan rasa tidak senang pada perut dan sekaligus meningkatkan peningkatan asam lambung secara tiba-tiba. 

Kondisi ini juga dipanggil sebagai gastrik.

4. Sembelit

Makanan bersantan juga mengakibatkan sembelit kepada badan anda. Ini kerana santan kaya dengan sumber serat yang tinggi di mana sesetengah orang akan mempunyai masalah pencernaan.

Kebiasaannya santan tanpa gula mengandungi 14 hingga 18 peratus pengambilan serat harian. Peningkatan mendadak ini boleh mengakibatkan cirit-birit atau perut penuh dengan gas jika badan tidak terbiasa menyerap serat yang terlalu banyak.

5. Cirit-birit

Makanan bersantan juga menyebabkan anda cirit-birit. Paras serat yang tinggi dalam santan kelapa dapat menyebabkan gas yang berlebihan dan seterusnya mencetuskan penekanan kepada saluran pembuangan.

Hal ini menjadikan proses pengentalan dan pengerasan najis menjadi sukar berlaku dan seterusnya menghasilkan rungutan dari anda berkenaan sakit perut dan cirit-birit.

6. Punca jerawat

Pengedar shaklee aktif


Jika anda perasan timbulnya jerawat pada muka secara mendadak sebenarnya adalah disebabkan oleh santan. Pengambilan makanan bersantan yang berlebihan akan menyebabkan kulit berminyak menjadi lebih mudah sensitif.

Hal ini kerana lemak santan dapat meningkatkan paras minyak semula jadi di bawah kulit untuk tercemar dengan lemak tepu, sehingga menyumbatkan pori-pori, meningkatkan jumlah bintik hitam dan akhirnya mencetuskan jerawat.

7. Aterosklerosis atau penyempitan salur darah

Bahaya makanan bersantan yang terakhir adalah ia berupaya menyebabkan aterosklerosis atau penyempitan salur darah. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sumbatan dari plak. Plak tersebut mengandungi kolesterol dan endapan lemak jahat.

Ketika plak tersebut terbentuk, dinding arteri akan kehilangan keanjalannya yang mengurangkan aliran darah dan menyumbat oksigen ke otak dan sel badan yang lain. 

Penyakit jantung koroner yang sangat berbahaya akan muncul jika terdapat sumbatan dalam jumlah yang besar.

Jadi dah tahu kan bahayanya makanan bersantan ini jika diambil berlebihan? Nak makan hidangan raya boleh, cuma perlu dikawal pengambilan makanan bersantan demi kebaikan kesihatan anda sendiri. 

Ingat, raya setahun sekali tapi badan perlu kita pakai selamanya. Oleh itu, sentiasalah bersederhana menjelang Aidilfitri tahun ini.

Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...