Namun, sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai cara hilangkan jeragat secara tradisional, mari kenali terlebih dahulu apakah maksud jeragat dan bagaimana ia terbentuk pada kulit wajah.
Apa maksud, punca & kesan jeragat di wajah?
Buat anda yang belum tahu, jeragat adalah antara masalah kulit paling membimbangkan. Kondisi ini akan membuatkan wajah timbul tompok-tompok kecil terutama di dahi, pipi dan hidung.
Sering kali individu keliru tentang kondisi jerawat atau jeragat sedangkan jerawat adalah masalah kulit berkenaan dengan liang pori manakala jeragat pula lebih berkaitan dengan pigmentasi.
Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak namun faktor risiko yang berikut:
• Genetik
• Hormon
• Produk kosmetik
• Cahaya matahari
• Penuaan
Ciri utama masalah jeragat adalah ia akan menyebabkan wujud tompok-tompok kecil dengan tona warna berbeza berbanding kulit asal, lantas mengakibatkan isu tona kulit yang kurang sekata.
Jika masalah jeragat dibiarkan tanpa pengambilan sebarang ubatan atau rawatan, maka ada risiko anda menjadikan ia lebih teruk sekali gus menjejaskan aspek kecantikan serta keyakinan diri.
Petua hilangkan jeragat degil cara tradisional!
Sama seperti jerawat, jeragat juga boleh menimbulkan masalah keyakinan diri dalam kalangan penghidapnya.
Tambah lagi, kedegilannya juga membuatkan masalah ini sukar untuk ditangani.
Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah.
Tetapi, jangan risau, di bawah, kami sediakan beberapa cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional. Jom cuba!
Cara ini bukan sahaja senang, bahan-bahannya juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya berdekatan!
Ada beberapa cara mudah untuk anda menghilangkan masalah ini menggunakan kaedah tradisional. Antaranya adalah:
1. Air Lemon

Air lemon merupakan salah satu daripada bahan semulajadi yang boleh membantu menghilangkan jeragat dengan cepat.
Caranya ialah dengan memerah beberapa titisan jus lemon ke dalam kapas dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
Anda perlu melakukan rutin ini secara harian dan kerap sebelum tidur dan biarkan semalaman, kemudian bilas dengan air pada keesokan harinya.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan air lemon secara berterusan bukan sahaja mampu untuk menghilangkan jeragat. Malah, ia turut membantu dalam mencerahkan kulit anda.
Air lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik. Vitamin C merupakan antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit daripada radikal bebas, manakala asid sitrik pula mempunyai sifat pemutihan dan mencerahkan kulit.
2. Kunyit Dan Yogurt
Cara hilangkan jeragat secara tradisional seterusnya adalah dengan menggunakan kunyit dan juga yogurt.
Campurkan beberapa sudu kunyit dan yogurt anda sehingga menjadi seakan-akan paste. Kemudian, sapukan paste tersebut pada bahagian kulit anda yang bermasalah.
Biarkan selama 15-20 minit sebelum anda bilas dengan air yang sedikit suam. Lakukan rutin ini secara kerap bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Kunyit mengandungi kurkumin, sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.
Ia juga membantu memperbaiki kulit yang rosak dan memberikan kesan pencerahan.
Manakala yogurt pula mengandungi asid laktik, sejenis asid alpha-hydroxy yang membantu melonggarkan sel kulit mati, merangsang pembaharuan sel kulit, dan memberikan kesan pencerahan pada kulit.
3. Air Kelapa

Rasanya ramai yang dah tahu bahawa banyak manfaat yang ada pada buah kelapa termasuklah air kelapa. Ia juga mempunyai manfaat untuk kulit.
Salah satunya adalah untuk mengurangkan jeragat. Gunakan air kelapa segar dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
Biarkan pada kulit anda selama 15 ke 20 minit. Kemudian, bilaslah dengan air suam. Jadikan ia sebagai rutin harian anda kerana air kelapa mampu untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulit anda.
Selain itu, ia juga akan membantu dalam mengurangkan jeragat anda.
Air kelapa mengandungi asid laurik, sejenis asid lemak medium-chain triglyceride (MCT) yang membantu mengurangkan keradangan dan merangsang pertumbuhan sel baru pada kulit.
Ia juga membantu menjaga kelembapan kulit dan memberikan kesan pencerahan.
4. Minyak Kelapa

Minyak kelapa merupakan salah satu daripada bahan semulajadi yang sangat berkesan untuk mengurangkan jeragat. Caranya adalah dengan menyapu minyak kelapa pada bahagian kulit yang bermasalah.
Lakukan urutan lembut pada kawasan tersebut secara perlahan-lahan selama beberapa minit. Kemudian, biarkan pada kawasan tersebut semalaman.
Bilas dengan air suam pada keesokan harinya sehingga bersih. Lakukan rutin ini secara konsisten untuk membantu dalam menyegerakan proses penyembuhan kulit dan untuk mengurangkan jeragat.
Hal ini kerana minyak kelapa mengandungi asid laurik dan asid kaprilik, yang membantu merangsang pertumbuhan sel baru pada kulit, memperbaiki jaringan kulit yang rosak, dan memberikan kesan pencerahan.
5. Lemon

Perah jus lemon dan gunakan dalam 2-3 sudu teh perahan jus lemon tersebut untuk disapukan pada bahagian yang berjeragat. Biarkan ia selama 8 ke 10 minit.
Kekal konsisten melakukan rutin ini setiap hari sebanyak dua kali bagi mendapatkan hasil yang anda inginkan.
Jus lemon sangat kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang mampu melawan dan merawat masalah pigmentasi pada kulit.
Ia bukan sahaja mampu untuk memudarkan parut malah ia juga mampu mencerahkan kulit anda.
Alternatif kepada cara ini adalah, anda boleh juga gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.
6. Madu

Madu merupakan salah satu daripada bahan semulajadi yang sangat kaya dengan antioksidan dan mempunyai nutrisi yang sangat penting untuk kulit.
Anda boleh campurkan beberapa sudu madu dengan sedikit air untuk disapukan pada kawasan kulit yang berjeragat atau bermasalah.
Biarkan ia selama 15-20 minit sebelum anda bila dengan air suam. Lakukan rutin ini secara konsisten untuk membantu menyegerakan proses penyembuhan kulit dan mengurangkan jeragat.
Madu mengandungi antioksidan dan antibakteria, yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan jangkitan bakteria, manakala kandungan asid alfa-hidroksi membantu melonggarkan sel kulit mati dan memberikan kesan pencerahan pada kulit.
7. Aloe Vera

Anda boleh dapatkan gel aloe vera daripada farmasi atau menggunakan ekstrak yang diambil terus daripada daunnya.
Cara untuk anda melakukannya adalah dengan menyapu aloe vera pada kawasan berjeragat dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, basuh sehingga bersih dengan air sejuk.
Kami cadangkan anda untuk melakukan rutin ini setiap hari secara konsisten untuk mendapatkan hasil segera dan berkesan. Aloe vera sebenarnya mengandungi bahan yang dikenali sebagai aloesin.
Bahan ini sangat efektif dalam melawan pigmentasi kulit. Selain menjadi salah satu cara hilangkan jeragat, aloe vera juga sesuai untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan juga sunburn.
8. Guna teh hijau
Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah!
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.
Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air!
9. Skrub menggunakan serbuk oat

Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional.
Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda.
Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.
Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.
BAGAIMANA CARA MENCEGAH JERAGAT?
Setelah anda lihat dan amalkan petua dan cara hilangkan jeragat, saya pasti anda tidak mahu ianya datang semula bukan?
Jom amalkan perkara-perkara di bawah bagi mencegah pembentukan jeragat:
1. BASUH RAMBUT SELALU
Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit yang akan meninggikan peluang anda mempunyai liang yang tersumbat.
Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.
2. KOSMETIK BEBAS MINYAK
Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat.
Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.
3. DIET PEMAKANAN SIHAT
Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.
Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
Alternatif lain yang anda boleh cuba ambil set kulit jeragat shaklee untuk bantu hilangkan jeragat.
Petua hilangkan jeragat yang disenaraikan di atas mungkin mempunyai kesan yang berbeza untuk setiap individu. Penjagaan kulit wajah yang betul dapat membantu mencegah terjadinya jeragat dan juga memudarkan jeragat sekiranya ada.
Oleh itu, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah penjagaan wajah yang betul dan tidak lupa memakai sunscreen setiap hari. Amalkan juga pemakanan yang sihat untuk kulit wajah yang sihat.
Anda Berminat? Dapatkan Set Kulit Jeragat Shaklee Sekarang!
Jika anda nak beli ataupun nak COD area W.P.LABUAN boleh hubungi jue sekarang . Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Jue akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia .
Klik link di bawah untuk order
Saya juga aktif di media sosial lain :
Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN
Instgram : @jumilah1988
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
#teamleadership
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.
Comments
Post a Comment