Skip to main content

Posts

Rebutlah 7 Amalan Sunnah Ini Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Selain berpuasa, ada banyak amalan sunnah Ramadhan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba. REBUTLAH 7 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN INI Berikut adalah antara amalan sunnah di bulan Ramadhan yang amat dianjurkan. 1. BERSAHUR Bersahur   bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.”  (HR. Bukhari) Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran. 2. MEMPERBANYAKKAN DOA Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa y...

Mengapa tidur selepas sahur berbahaya?

Ramai daripada kita yang gemar untuk tidur selepas sahur walaupun masa yang berbaki sebelum bersiap untuk bekerja tidaklah begitu lama.  Apakah kesan tidur selepas sahur kepada kesihatan? Adakah terdapat sebarang bahaya tidur lepas sahur? Mengapa tidur selepas sahur berbahaya?   Setelah anda makan, perut akan mencerna makanan menjadi pecahan nutrien. Nutrien inilah yang akan diserap tubuh.   Makanan kaya karbohidrat dan lemak memerlukan waktu minima 2 jam untuk dicerna. Proses pencernaan ini memerlukan bekalan darah yang banyak, disebabkan itu setelah makan anda disarankan untuk tidak terus melakukan aktiviti lain yang memerlukan bekalan darah yang banyak, seperti bersukan.   Apabila anda tidur dalam masa 2 jam setelah makan, saluran pencernaan belum sempat mencerna makanan, yang akhirnya akan menyebabkan gangguan saluran pencernaan dan penyerapan nutrien tubuh.   Hasilnya, makanan yang dimakan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh. Kesan negatif...

IDEA MENU SAHUR SIHAT UNTUK KEKAL CERGAS

Nak masak apa sahur ni ye? Masalah ramai orang bila Ramadan tiba. Berbanding dengan berbuka , kita rasa excited nak makan macam macam.  Waktu sahur kita lebih suka memilih menu yang simple, mudah disediakan dan bantu kenyang lama.  Jom saya kongsikan Menu Sahur Selain Nasi Bagi Kenyang Lama, cergas sepanjang Ramadan ini. 5 Idea Menu Sahur Sihat  Yang anda boleh Cuba dan mungkin terbaik untuk mereka yang sedang berdiet namun ingin bertenaga. 1.Salad Tuna Salad Tuna  Bahan-bahan diperlukan: 1 tin tuna air ataupun pedas  1 batang lobak merah  1 biji limau nipis (Diambil jusnya)  1 labu bawang besar (Dihiris) 2 biji cili merah (Dihiris) 2 biji cili hijau (Dihiris) Beberapa helai  daun salad  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: 1. Asingkan tuna dan airnya.  2. Sagat ataupun racik kasar lobak merah. Kemudian basuh dan tuskan.  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.  4. Sedia dihidangkan. 2.Sandwich...