5 Idea Menu Sahur Sihat
1.Salad Tuna
![]() |
Salad Tuna |
Bahan-bahan diperlukan:
1 tin tuna air ataupun pedas
1 batang lobak merah
1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
2 biji cili hijau (Dihiris)
Beberapa helai daun salad
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Asingkan tuna dan airnya.
2. Sagat ataupun racik kasar lobak merah. Kemudian basuh dan tuskan.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Sedia dihidangkan.
2.Sandwich Wholemeal
![]() |
Wholemeal Sandwich |
Bahan-bahan diperlukan:
2 keping roti bijirin penuh (wholemeal)
2 keping deli ayam
1 keping keju
1 keping tomato yang dihiris
Daun salad segar mengikut kuantiti citarasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Letakkan daun salad di atas sekeping roti bijirin penuh
2. Letakkan hirisan tomato di atasnya
3. Setelah itu, letakkan deli ayam untuk tingkat seterusnya
4. Akhir sekali letakkan kepingan keju sebelum ditutup menjadi sandwich dengan satu lagi kepingan roti bijirin penuh.
3.Omelet Tuna
![]() |
Omelet Tuna |
Bahan-bahan diperlukan:
1 tin isi ikan tuna
5 biji telur ayam
15 helai daun pudina (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
2 biji cili hijau (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dicencang halus)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Hancurkan isi ikan tuna kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan gaul rata.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick.
4. Tuangkan bancuhan telur dan masakkan dengan api sederhana.
5. Terbalikkan telur perlahan-lahan dan masakkan sehingga kuning keemasan.
6. Sedia dihidangkan.
4.Oat Smoothies
![]() |
Oat Smoothie With Banana |
Bahan-bahan diperlukan:
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Pisang secukup keperluan
Cara menyediakan dan memasak:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar
2. Kisarkan baha-bahan lebih kurang 5 minit (sehingga kembang)
3. Sedia untuk Dinikmati
5.Sup Telur
![]() |
Sup Telur |
Bahan-bahan diperlukan:
4 Biji Telur Ayam
2 Biji Bawang Bersaiz besar (dipotong dadu)
3 biji tomato (Dipotong dadu)
5-7 ulas cili padi jika tidak suka pedas kurangkan (dipotong-potong kecil)
Daun Sup dan Daun bawang (dipotong-potong)
Pati Ayam (ikut rasa)
Garam (sesedap rasa)
1 cawan air
Cara menyediakan dan memasak:
1. tumiskan bawang dan cili, tunggu hingga bawang lembut dan naik bau
2. Masukkan tomato, tunggu hingga tomato lembut.
3. Masukkan 1 cawan air tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan pati ayam, garam dan gaul rata.
5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuali dan tutupkan periuk selama 3 minit.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang. tutup api.
7. Hidangkan ke dalam mangkuk. boleh makan bersama dengan roti atau juga dijadikan lauk untuk makan bersama nasi.
Cadangan Supplement Shaklee untuk anda kekal cergas dan bertenaga
Set Puasa Shaklee ini juga amat membantu anda dalam berpuasa untuk kenyang lebih lama dan bantu bertenaga sepanjang berpuasa.
Cara paling mudah untuk kekal cergas semasa berpuasa adalah jangan pernah meninggalkan sahur.
Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama seharian sehingga tiba waktu berbuka dan ia juga satu amalan yang sangat dituntut oleh Nabi Muhammad S.A.W..
Makanlah makanan yang sihat semasa sahur dengan memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein.
Anda boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memberikan tempoh kekenyangan yang lebih lama.
Pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti kurma, biji-bijian, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah terutamanya aprikot, plum, betik dan pisang adalah baik sebagai menu sahur anda.
Selain itu, protein boleh didapati dari telur, keju, yogurt atau daging rendah lemak yang membantu menambah tenaga anda sepanjang hari.
Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain,jemput klik gambar di bawah :
#PengedarSahShaklee
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan
Comments
Post a Comment