Skip to main content

Posts

Tak Tahu Jika Anda Sedang Alami Serangan Anxiety Atau Tidak? Awasi 13 Tanda Ini

  Bukan semua orang sedar ada kalanya mereka mengalami serangan anxiety atau kegelisahan secara tiba-tiba. Mereka berpendapat bahawa mereka hanya mengalami darah gemuruh atau cemas.  Jadi, bagaimana hendak tahu jika seseorang itu sedang mengalami serangan anxiety ? Ini simptom anxiety attack yang  anda perlu ambil tahu. Boleh jadi juga ia simptom anxiety  teruk .  Sedikit fakta mengenai kegelisahan      Kebimbangan  atau kegelisahan boleh berlaku apabila seseorang itu berasa takut jika sesuatu yang buruk akan berlaku.    Ia biasanya merujuk kepada ketakutan atau kebimbangan tentang sesuatu isu atau kebimbangan tertentu.    Pernafasan menjadi lebih laju atau seperti berasa hendak pitam merupakan antara tanda biasa kegelisahan. Kebimbangan juga boleh berlaku disebabkan oleh tindak balas kepada tekanan atau stres.    Selain perasaan takut dan bimbang, ia juga selalunya melibatkan gejala fizikal. Kita juga bole...

Pencuci Muka Untuk Jerawat. Kulit Makin Bersih, Makin Muda

Salah pilih pencuci muka untuk jerawat akan sebabkan jerawat makin teruk. kenapa? Pemilihan pencuci yang banyak bahan kimia akan sebabkan pori tersumbat, kulit jadi kering, atau lebih berminyak. Pembersih muka adalah produk penjagaan muka yang digunakan untuk membuang mekap, sel-sel kulit mati, minyak, kotoran dan lain-lain jenis bahan pencemar yang melekat di kulit muka. Ini membantu untuk membuka liang pori bagi tujuan pembersihan secara intensif. Juga mencegah penyakit kulit seperti jerawat. Pembersih muka WAJIB  digunakan sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit bersama-sama dengan penyegar dan pelembap. Menggunakan pembersih muka jenis gel/susu untuk menghilangkan kotoran dianggap sebagai alternatif yang lebih baik berbanding sabun berbuku (bar soap). Ini kerana sabun berbuku sangat tinggi tahap alkalinya yang boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Masalah Muka Berjerawat Muka berjerawat dan makin teruk kadangkalan disebabkan salah penggunaan pencuci muka. Sa...