Skip to main content

Apakah Penyebab Insomnia?



Insomnia


Masalah Susah tidur malam atau insomnia memang sangat merunsingkan penghidapnya. Ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengganggu emosi jika dibiarkan tanpa ada usaha untuk mengatasinya.

Kebanyakan orang pernah sekali-sekala mengalami masalah susah untuk tidur. Ia merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu masalah kesihatan. 

Janganlah berasa risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam kehidupan anda.Berbeza dengan INSOMNIA.

Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. 

Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur, tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif serta kurang bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. 

Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam.

Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. 

Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.


Penderita insomnia akan mengalami gejala seperti :

1. Sukar untuk tidur

2. Seringkali terjaga pada waktu malam dan sukar untuk tidur kembali

3. Bangun di awal pagi sangat

4. Rasa letih dan tidak bermaya selepas bangun tidur


Jenis insomnia 

📌 Insomnia Sementara - Berlangsung untuk beberapa hari

Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran dan/atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. 

Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.

📌 Insomnia Jangka Pendek - Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu

Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. 

Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.

📌 Insomnia Kronik- Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun

Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik.

Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. 

Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain.

Adalah amat penting untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang sekiranya masalah  gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.


Apakah Penyebab Insomnia?


Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi.

Oleh itu, mari kita fahami apa itu punca-punca terjadinya masalah insomnia? 

1️⃣ Tekanan dan kebimbangan

Insomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. 

Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda.


2️⃣ Perjalanan atau jadual kerja

Circadian rhythm mengawal kitaran bangun-tidur anda, membolehkan anda tidur dan bangun.

Sesetengah masalah boleh mengganggu fungsi ini, yang menyebabkan insomnia.

Sebagai contoh, anda melancong melalui pelbagai zon masa yang berbeza, dan anda mengalami jet leg yang teruk. Anda bekerja hingga lewat malam atau anda memulakan kerja terlalu awal.

Sebab itu, amat penting untuk merangka jadual waktu kerja yang sihat dan mengambil langkah untuk melegakan simptom jet lag.


3️⃣ Tabiat pemakanan

Minum kopi, teh, teh susu atau minuman tenaga pada waktu petang atau makan terlalu banyak pada lewat makan boleh menimbulkan masalah untuk tidur.

Mengapa? Kafein boleh menyebabkan anda berjaga. 

Amalkan snek ringan sebelum tidur kerana jika anda makan terlalu banyak, ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa apabila anda berbaring.


4️⃣ Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menyumbang kepada punca insomnia.

Katil atau bantal yang tidak selesa, mahupun bilik yang terlalu panas, sejuk, bising dan cerah juga boleh membuatkan anda sukar tidur.

Oleh itu, cuba ubah keadaan dan persekitaran tidur anda jika boleh. 

Tutup lampu, beli katil lain, tambahkan selimut lain, atau mungkin hidupkan penyaman udara.


5️⃣ Masalah kesihatan

Sesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan insomnia, seperti:

Masalah kesihatan mental seperti tekanan, gangguan bipolar, gangguan panik, gangguan tekanan pasca trauma, atau skizofren.

Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, kanser, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), diabetes, tiroid yang terlalu aktif, arthritis, asma, penyakit parkinson, penyakit alzheimer, dengkuran, tidur berjalan, dan tidur apnea.


6️⃣ Ubat-ubatan

Ubat yang anda ambil mungkin mendatangkan kesan sampingan, termasuk insomnia.

Ubat-ubatan ini termasuk jenis antidepresen tertentu, ubat untuk tekanan darah tinggi, ubat sakit, ubat alergi, produk penurunan berat badan, ubat-ubatan untuk merawat asma, dan ubat perangsang yang digunakan untuk merawat gangguan hiperaktif (ADHD) atau narcolepsy.


7️⃣ Usia

Apabila meningkat usia, akan berlaku perubahan pada tubuh. Dan masalah insomnia menjadi satu perkara biasa.

Perkara yang berlaku di sekitar anda boleh membuatkan anda lebih mudah terjaga.

Anda juga akan cenderung menjadi tidak aktif apabila sudah meningkat usia. Kekurangan aktiviti boleh menyumbang kepada kurang tidur, dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kronik yang lain.


Tips Mengatasi Masalah Insomnia


1. Elak minum minuman berkafein 5 jam sebelum waktu tidur anda.

2. Elakkan makan sebelum waktu tidur  - sekurang-kurangnya 60 minit sebelum tidur. 

3. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang selesa dan bersih untuk cipta suasana mudah tidur.

4. Biasakan diri untuk tidur lebih awal atau tidak lebih dari jam 11 malam.

5. Minum air kosong sebelum tidur bantu mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya. 

6. Tidak kira apa pun agama yang dianuti, berdoalah sebelum tidur.


Cadangan supplement Shaklee untuk Insomnia 



Insomnia


💟 ESP

Bantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan memberi tenaga segera. ESP juga membantu mengurangkan tekanan, meringankan kesakitan akibat serangan migrain dan insomnia.


💟 OSTENUTRIX

Membantu mengurangkan tekanan. Membantu merehatkan otot dan saraf. Memberikan kesan ketenangan dan membantu tidur yang lena.


💟 B COMPLEX

Vitamin B bantu menstabilkan emosi dan tekanan. Ia juga bantu mengurangkan kelesuan dan keletihan. B-complex shaklee juga bantu memastikan kesihatan saraf sekaligus mengurangkan sakit kepala, depressi dan insomnia. 


Bagi anda yang menghidapai masalah insomnia dan berada di dalam rawatan doktor, suka saya ingatkan anda supaya mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana suplement dan vitamin. 

Ini kerana dibimbangi akan wujudnya tindak balas di antara ubat yang dibekalkan pihak hospital dengan suplement yang diambil.

Jika anda ingin mencuba SET INSOMNIA SHAKLEE haruslah diingatkan bahawa pengambilan mana-mana suplement bukanlah satu keajaiban dan magic yang boleh menyembuhkan penyakit anda dalam sekelip mata. 

Kita hanya mencuba yang menyembuhkan hanya Allah SWT. Jangan berhenti berikhtiar dan berdoa.

Salah satu sebab berlakunya penyakit insomnia adalah kerana kekurangan vitamin dan mineral seperti kalsium dan magnesium dan juga vitamin B6 di dalam tubuh kita. 

Untuk pertanyaan dan order boleh berhubung dengan saya dengan klik button di bawah untuk direct whatsapp saya.




Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain,jemput klik gambar di bawah :








#PengedarSahShaklee 

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleelabuan

#pengedarshakleeaktif



PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...