Skip to main content

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

 

ESP shaklee

Ya, ESP shaklee boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung. Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu. Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan.



Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung. ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis!


1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung. 


ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan imuniti badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

2. ESP Shaklee mengawal berat ibu mengandung dan elak diabetes

Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan ibu mengandung akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu mengandung. Jangan ikutkan nafsu dan kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Gejala diabetes terjadi apabila ibu mengandung memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.


3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada protein. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini. Justeru itu sangatlah penting ibu mengandung mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 


4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.

Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Protein dalam ESP akan membuatkan sel-sel kulit kita akan bertambah gebu, halus mulus dan cantik berseri. Parut juga kian pudar dan hilang kerana protein telah mengantikannya dengan sel-sel baru. Ibu mengandung akan menjadi lebih cantik, gojes dan menawan walaupun berbadan dua. Kulit bayi di dalam kandungan juga akan menerima kebaikan ESP Shaklee ini. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 

5. ESP membantu ibu morning sickness di awal kehamilan. 

Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu mengandung mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa loya dan mual terutama apabila perut kosong. ESP Shakleemembantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Perut juga akan rasa kenyang lebih lama. ESP Shaklee mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain

Saya bukan cakap kosong tau. Kebaikan ESP ini telah diakui sendiri oleh ibu mengandung yang konsisten mengamalkan ESP Shaklee semasa mengandung. Tak percaya ker? Jom kita lihat testimoni di bawah.

Testimoni ESP Shaklee untuk ibu mengandung


ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung


Bukan saya kata tapi orang kata, kalau makan nasi tu eloklah dengan lauk sekali. Memang boleh makan nasi sahaja tetapi lebih cepat mengenyangkan jika ada lauk sekali. Begitu juga dengan ESP. Ibu mengadung boleh mengamalkan ESP sahaja semasa mengandung. Tapi alangkah bagusnya jika ibu mengandung mengambil ESP dan set vitamin ibu mengandung. Bagus untuk keperluan lengkap nutrisi mencukupi untuk ibu mengandung dan bayi dalam perut. 

Nak ESP Shaklee

Bagi yang berminat nak dapatkan ESP Shaklee atau sebarang pertanyaan untuk pembelian. Boleh hubungi saya terus menggunakan link di bawah:




Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...