Berat badan yang ideal merupakan idaman setiap individu untuk kelihatan cantik dan tampan. Namun, banyak juga yang merasa kesulitan untuk mencapai tujuan tersebut.
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda kurus dengan cepat.
Kurangkan Pengambilan Kalori
Mengurangkan pengambilan kalori boleh menjadi faktor signifikan dalam penurunan berat badan. Ia juga tips kuruskan badan yang paling penting dan wajib diketahui oleh meredakan yang mahu kurus.
Sekiranya pengambilan kalori adalah melebihi tenaga yang diperlukan, maka pembakaran lemak tidak akan terhasil. Jadi ini menyebabkan berat badan anda makin bertambah kerana terdapat banyak pengumpulan lemak di dalam tubuh.
Berikut merupakan beberapa tips kuruskan badan yang mudah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori :
Kira pengambilan kalori
Mengira kalori akan membuatkan anda lebih berwaspada dengan makanan yang anda boleh makan dalam sehari dan membantu anda mengurangkan berat badan.
Elakkan pengambilan snek:
Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda
Kurangkan sebarang sos:
Banyakkan makan sayur:
Elak minuman manis:
Bersenam Dan Bersukan
Selain menjaga pemakanan, bersenam adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan disamping menjaga kesihatan.
Jogging dan berlari antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. Anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit, 3-4 kali seminggu jika anda mampu.
Berenang adalah senaman yang menggunakan seluruh otot badan. Selain menghilangkan lemak, berenang juga boleh meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Aktiviti angkat berat juga antara cara untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang tidak mahu kehilangan jisim otot. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisma anda.
Perbanyakkan Aktiviti Fizikal
Untuk membantu kuruskan badan dengan cepat, adalah penting untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal anda.
Lakukan perubahan seperti :
-Pilih untuk menaiki tangga dan bukan menggunakan lif atau eskalator
-Berjalan kaki ke kedai, ke surau atau ke tempat-tempat berdekatan tanpa menaiki kenderaan. Untuk permulaan anda boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.
-Lakukan kerja rumah dengan sendiri seperti menyapu sampah atau berkebun
Bagi aktiviti fizikal berintensiti sederhana, lakukan aktiviti seperti bermain badminton, berjalan laju atau aktiviti sukan yang anda gemari. Apabila tahap kecergasan telah meningkat, tambah masa kepada 60 minit. Cuba lakukan aktiviti ini setiap hari!
Kurangkan Karbohidrat dan Lebihkan Protein
Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengikuti diet rendah karbohidrat adalah satu kaedah yang popular bagi mereka yang ingin kuruskan badan dengan cepat.
Ia membolehkan anda mengambil makanan yang rendah karbohidrat dan tinggi protein.
Tambahan pula, dengan memastikan protein yang diambil adalah mencukupi selera makan dapat dikurangkan dan tahap metabolisma juga boleh ditingkatkan.
Antara sumber protein yang baik adalah daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.
Jangan Biarkan Diri Kelaparan
Kebanyakan orang yang ingin kurus akan melakukan diet yang melampau sehingga sanggup menahan lapar. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ia akan menyebabkan anda makan lebih banyak.
Jika anda ingin menurunkan berat badan, jangan berlapar. Makan diet yang rendah karbohidrat dan tinggi protein. Makan snek yang rendah kalori di antara setiap waktu makan seperti kekacang atau buah-buahan yang boleh mengenyangkan anda.
Saiz Hidangan
Kawal saiz hidangan makanan dapat mengurangkan pengambilan kalori. Cara ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan berat badan. Anda boleh cuba amalkan pinggan suku-suku separuh
Kurangkan Pengambilan Gula Dan Makanan Proses
Gula ada dalam hampir semua makanan dan minuman hari ini.
Dari air berkarbonat hinggalah ke dalam makanan diproses seperti biskut dan makanan ringan.
Jika anda benar-benar mahu kurus – jangan beli langsung semua air jus, air berperisa, air karbonat, air yogurt, air tenaga dan segala jenis air teh dan kopi yang datangnya dalam tin, botol atau plastik (dari gerai).
Ini kerana purata kandungan gula dalam air tin dan botol yang dijual ini adalah antara 12-40g gula setiap tin atau botol. 12-40g gula ini bersamaan 3 hingga 10 sudu gula!
Gula ini tiada nutrisi. Ia hanya menaikkan paras gula dan insulin dan jika berlarutan akan menyebabkan kekebalan insulin. Maka terjadilah sindrom metabolik, kencing manis dan kegemukan.
Jika benar anda nak kurus – gula adalah musuh anda.
Makanan diproses
Jenis makanan yang diproses ini merujuk kepada semua jenis makanan yang datangnya daripada kilang yang dibungkus dalam pek.
Apa contohnya?
Biskut kering atau berinti, roti putih (bun) berinti, makanan ringan seperti kentang dan kepingan jagung yang pelbagai perisa serta coklat dan gula-gula.
Makanan diproses juga merujuk kepada makanan daripada rangkaian resteron makanan segera yang sediakan burger, ayam goreng dan pizza.
Semua makanan ini perlu dielakkan kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi, kadar garam yang tinggi, kadar lemak trans yang tinggi dan ia memberikan kesan buruk pada kesihatan kita serta membuatkan kita makin gemuk.
Jika benar anda mahu kurus – elakkan terus semua makanan dalam pek dan makanan segera (fast food)
Minum Air Secukupnya
Minum air secukupnya adalah penting untuk membantu kuruskan badan dengan cepat. Ini kerana air membantu mengurangkan rasa lapar dan mempercepatkan metabolisme anda.
Pastikan bahawa anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan mengelakkan minuman yang mengandungi gula atau kafein.
Anda juga boleh menambahkan limau atau daun pudina ke dalam air anda untuk memberikan rasa yang lebih segar.
Tidak Makan Malam
Makan malam boleh memberi kesan yang besar pada berat badan anda. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan makan malam atau mengambil hidangan yang rendah kalori.
Jika anda perlu makan malam, pastikan bahawa anda mengambil makanan yang rendah kalori dan tidak makan selepas jam 7 malam.
Anda juga boleh mencuba menu yang lebih ringkas seperti salad atau sup untuk mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan.
Dapatkan Tidur Yang Secukupnya
Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan peningkatan hormon ghrelin. Hormon ini menyebabkan anda berasa lapar.
Peningkatan hormon ini juga akan mengurangkan paras hormon Leptin, iaitu hormon yang menyebabkan anda berasa kenyang.
Tidur Yang cukup adalah penting untuk membantu kuruskan badan dengan cepat.
JEMPUT BACA : SET KURUS SHAKLEE
Dengan mengamalkan diet yang konsisten dan mengubah gaya hidup yang sihat , ia dapat membantu mengurangkan berat badan.
Caranya tidak sukar, semuanya terletak pada diri sendiri. Jika mempunyai tekad dan disiplin, anda pasti dapat mencapai matlamat yang diingini.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk Anda dalam mencapai tubuh yang dan ideal.
Nak dapat kan set kurus ,produk Shaklee yang lain atau ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya jue 0138865058 atau klik gambar di bawah untuk whatsapp secara terus.
Jue menyediakan khidmat COD SHAKLEE bagi area W.P.Labuan
Untuk di luar kawasan ini,usah risau jue boleh pos terus ke alamat anda .
Shaklee ID 947718
Saya juga aktif di media sosial lain :
Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN
Instgram : @jumilah1988
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.
Comments
Post a Comment