KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

 

Intermittent fasting


Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini. 

Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita . 

Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini. 

Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online. 

Dia adalah seorang Professional Medical Scientist. Botanical Drugs Developer. Specialized in Pharmacogenomics & Nutrigenomics for Personalized & Precision Medicine. 

Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention .



Pengedar Shaklee aktif



Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ?

Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan. 

Namun konsep IF  ini adalah berbentuk pattern makan dan berpuasa seseorang. 

Malah di dalam konsep IF itu sendiri tidak menyentuh sebarang pengurangan kalori dalam pemakanan. 

IF adalah salah satu bentuk pattern makan dan berpuasa. Bila hendak makan dan bila hendak berpuasa.




KENALI HORMON KAWAL PENGAMBILAN MAKANAN



Intermittent fasting


INSULIN


Insulin iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang yang ditugaskan menukar (gula) glukosa dari sumber karbohidrat sebagai tenaga. Tenaga yang ditukar oleh insulin inilah yang digunakan tubuh untuk berfungsi dan melakukan segala aktiviti.


Jika badan tidak lagi memerlukan tenaga ia disimpan di dalam hati sebagai glikogen iaitu rantai glukosa. Glikogen yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh kita.


Mempunyai  lebih banyak insulin dalam darah kita juga membuat kita ingin makan lebih banyak dan dapat menekan efek leptin yang merupakan hormon kenyang



Vitamin shaklee



Jika kita berhenti makan makanan berkalori selepas 4-6 jam,pankreas akan menghasilkan glukagon.


Glukagon adalah “bertentangan” kepada glikogen kerana ia membantu badan untuk menarik tenaga dari hati dan dari simpanan lemak. Jika badan tidak pernah pergi selama itu tanpa makanan,glukagon tidak akan dapat melakukan tugasnya.


Tugas insulin sangat penting dan jika ia tidak berfungsi dengan baik, kita akan mengalami penyakit diabetes.


Tips untuk mengoptimumkan hormon insulin.


- kurangkan pengambilan gula putih dalam minuman dan kawal juga pengambilan karbohidrat.Disebabkan itu jika kalian perasan bila kalian berhenti minum air manis dan kurangkan pengambilan nasi proses penurunan berat badan mudah berlaku.



LEPTIN


Hormon yang dikatakan ketua segala hormon bagi menurunkan berat badan. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak badan


Apa tugas Hormon Leptin ni?


lanya adalah hormon yang memberi signal kepada otak yang kita sudah kenyang. Bila kita kenyang, kita akan berhenti makan.


Hormon leptin yang terhasil dari sel lemak ini sepatutnya bagus untuk mereka yang obesiti, mana tidaknya hormon leptin yang tinggi akan memberi signal kenyang kepada mereka. 


Tapi kenapa nampaknya tidak begitu? 


Ini disebabkan masalah rintangan Leptin. Masalah rintangan ini berlaku kerana beberapa sebab, dan antara salah satunya adalah kerana kenaikan hormon leptin yang mendadak.


Bagaimana nak betulkan masalah rintangan hormon leptin? 


Tiada cara mudah, tapi antaranya adalah menghindari makanan terproses, kerapkan bersenam dan CUKUP TIDUR.



GHRELIN


Ghrelin dikenali sebagai "hormon kelaparan."


Apabila perut anda kosong, ia mengeluarkan ghrelin, yang menghantar mesej kepada otak memberitahu anda untuk makan.


Biasanya, tahap ghrelin adalah tinggi sebelum makan dan beransur turun setelah

sejam selepas makan


Walau bagaimanapun, dalam berat badan berlebihan tahap ghrelin semasa berpuasa sering lebih rendah daripada orang biasa.


Kajian menunjukkan selepas mereka makan pun ghrelin hanya berkurangan sedikit. 


Oleh kerana itu, otak tidak menerima isyarat untuk berhenti makan, disebabkan itu mereka makan lebih banyak.


Untuk mengoptimumkan fungi hormon ghrelin elakan pengambilan gula berlebihan. 




IF Menggalakkan Penghasilan Growth Hormone 


Growth Hormone memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembakaran lemak dan juga anti-aging atau awet muda yang bagus untuk kurangkan berat badan.

Dalam tubuh manusia terdapat 6 hormon yang dikategorikan sebagai hormon pembakar lemak / FAT BURNING HORMONE iaitu 

👉🏻Thyroid hormones

👉🏻Adrenaline

👉🏻Glucagon

👉🏻Adiponectin

👉🏻The androgenic hormones (DHEA and testosterone) 

👉🏻The growth and rejuvenation hormones (growth hormone and acetylcholine)  

Tapi growth hormon adalah yang paling kuat membakar lemak di dalam badan manusia, selain itu growth hormon juga:

👉🏻Membakar lemak berlebihan

👉🏻Melindungi otot badan

👉🏻Baik untuk otot badan


Insulin resistance punca berat badan meningkat


Vitamin shaklee


Insulin adalah hormon yang menyebabkan berlaku kenaikan berat badan. 


Harus dingat bahawa kehadiran hormon insulin ini akan dominan, mengakibatkan semua hormon pembakar lemak musnah, sebab itu boleh dilihat seseorang yang mengalami kadar insulin yang tidak normal atau Insulin resistance akan mengalami simptom kegemukan atau obesiti. 


Satu tanda seseorang mengalami masalah dalam insulin adalah apabila lemak banyak terdapat di bahagian perut belly fat. Maka secara asasnya insulin adalah hormon yang membuat seseorang gemuk.


Apabila insulin dalam badan tidak normal, akan menyebabkan berlakunya peningkatan insulin dari pancress lebih dari normal iaitu dipanggil Insulin resistance. 


Seseorang yang mengalami Insulin resistance akan mengeluarkan insulin 5 ke 8 kali ganda dari orang normal.


IF boleh menstabil insulin badan.


Setelah faham punca berlakunya kegemukan adalah disebabkan kadar insulin yang tinggi dihasilkan oleh pankreas, maka IF adalah cara terbaik untuk menstabilkan kembali kadar insulin di dalam badan.


IF jika dilakukan dengan betul akan memberikan kesan yang cepat malah tanpa perlu untuk bersenam.


Namun kebanyakan orang yang mengamalkan IF ini gagal dalam mendisiplinkan diri menjaga pattern puasa menyebabkan insulin kembali terganggu.


Perkara yang baik untuk di amalkan semasa IF


Untuk kesan yang lebih cepat dan sihat  amal kan makan dengan konsep  pemakanan suku suku separuh. 


Dengan mengingati konsep ini, pembahagian nutrisi makro iaitu karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang dalam setiap hidangan menjadi lebih mudah.


Ia akan mengelakkan kita daripada makan mana-mana komponen makanan secara berlebihkan terutamanya karbohidrat.

Sebenarnya, adalah lebih baik untuk kita dapatkan sumber nutrisi ini mengikut keperluan badan.

Secara teori, ia adalah sesuatu yang selari dengan konsep penurunan berat badan.

Apabila kita mengawal sajian karbohidrat serta mengambil sumber protein dan sayur-sayuran yang mencukupi. Badan kita menerima sumber kalori yang berkhasiat dan berkualiti.

Apabila ia dilakukan dengan mengelakkan sumber pemakanan yang tidak sihat dan tinggi dengan gula, pasti berat badan akan turun dan membantu anda mencapai BMI yang normal.


Ada satu manfaat daripada pelaksanaan intermittent fasting (IF) iaitu Autophagy




Autophagy antara manfaat terbesar apabila berpuasa atau intermittent fasting


Autophagy adalah cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

“Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.” 

Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang disfunction dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.

Semasa autophagy, sisa selular dihantar ke lisosom yang kemudiannya terdegradasi, dikitar semula, dan digunakan untuk menjana molekul yang memacu pengeluaran sel baru yang berprestasi optimum. 


Terdapat tiga bentuk autophagy: macroautophagy, microautophagy, dan autophagy-mediated chaperone. Autophagy, secara literal bermaksud "makan sendiri", adalah seperti bentuk kemas kini sistem pengendalian badan kita.


Kajian saintis dari Jepun, Yoshinori Ohsumi yang membangunkan konsep 'autophagy' mendapati berpuasa akan mengaktifkan proses 'autophagy' ini yang baik untuk pembaharuan sel melewatkan proses penuaan juga dapat mencegah barah.


Penemuan kajian yang luar biasa Yoshinori ini turut memenangi Anugerah Nobel Perubatan pada 2016.


Kebaikan Autophagy

Semakin meningkat usia, kita terdedah kepada semakin banyak radikal bebas daripada makanan yang kita makan, udara yang kita sedut dan produk yang kita gunakan setiap hari. 


Ini membebankan sel-sel kita dan menyebabkan mereka rosak pada kadar yang lebih cepat. 


Sel-sel, organel dan agregat yang rosak ini kemudiannya kekal dalam tisu dan organ penghubung kita dan boleh menyebabkan keradangan dan penyakit. 


Autophagy mengambil beban untuk mengekalkan sel-sel yang tidak cekap dan selalunya tidak berguna ini dari badan, dan membebaskannya untuk melawan keradangan, menghalang perkembangan penyakit, dan berfungsi secara optimum.



Cara Nak Capai Autophagy


Kalau tengok kepada time line IF, autophagy hanya bermula selepas IF selama 20 jam, dan hanya mencapai kemuncak selepas IF selama 72-jam (IF selama 3 hari, tanpa makanan, hanya minum). Jadi tak mudah, bayangkan 3 hari buat wet-IF.



Berbanding puasa kering seperti puasa di bulan Ramadan atau puasa sunat, lebih cepat dapat capai autophagy. 


Dengan berpuasa anda dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting kerana intermittent fasting (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window, jadi badan kita perlukan air dan akan menariknya dari sel untuk memacu pengeluaran tenaga.

Dr Jokers

Jadi kalau wet fasting kita capai autophagy puncak mengambil masa selama 72 jam, dengan puasa biasa mengikut amalan Islam, kita dapat capainya dengan tempoh 1 hari berpuasa.


Antara bahan dalam supplement yang boleh bantu aktifkan Autophagy dalam badan disamping membantu kita dalam puasa



Pengedar Shaklee labuan


Semakin lama tempoh berpuasa, semakin hebat kesan yang kita boleh dapat. Tapi mampukan kita buat intermittent fasting sehingga 72 jam ?


Sebenarnya kita mampu buat intermittent fasting sehingga 48 jam ke atas dengan bantuan  supplement terbaik . Nak tahu apa antara supplement shaklee yang mempunyai bahan seperti gambar di atas ialah VIVIX , RES V DAN COQ-TROL PLUS SHAKLEE




Shaklee



VIVIx shaklee


Res V shaklee



Keburukan Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu ialah Autophagy merosakkan kolagen

Autophagy menggalakkan degradasi kolagen dalaman dan mengawal selia pengagihan lekatan fokus untuk menyekat lekatan sel.


Lekatan sel ke matriks ekstraselular (ECM) melalui lekatan fokus (FA) adalah penting untuk kelangsungan hidup sel, penghijrahan dan pembezaan. 


Walaupun peraturan FA, termasuk oleh integrin dan ECM, adalah penting untuk tingkah laku sel, cara FA dikawal tidak diketahui. 


Autophagy diinduksi oleh kedua-dua lekatan sel dan detasmen sel. Di sini, kami menunjukkan bahawa autofagosom terletak berhampiran dengan kolagen dan paxillin dalaman, yang merupakan penanda FA yang terkenal. 


Sel kekurangan autophagy menunjukkan peningkatan tahap kolagen dalaman berbanding dengan sel kawalan. 


Selain itu, paxillin mempamerkan pengedaran yang lebih periferal dan kawasan paxillin meningkat, dan isyarat kinase lekatan fokus yang disebabkan oleh lekatan telah terjejas dan lekatan dipertingkatkan, dalam sel kekurangan autophagy. 


Keputusan ini menunjukkan bahawa autophagy menindas lekatan sel dengan mengawal selia ECM dan dalaman.


Perencatan autophagy mendorong pemendapan kolagen dalam sel HPDL Periodontium, terletak di antara gigi dan tulang alveolar, disokong oleh PDL yang mengelilingi simentum pada akar gigi. 


Daripada semua spesies sel yang terlibat dalam tisu periodontal, sel PDL mempamerkan pengeluaran protein ECM yang paling kuat (contohnya, kolagen jenis I alpha-1) untuk penyelenggaraan tisu periodontal.


Tahap collagen berkurangan sebanyak 90%

Menurut Dr Berg, intermittent fasting akan sebabkan efek kepada kulit kita dari segi menyebabkan penuaan kulit ie kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan collagen sebanyak 90%.

Kalau perasan, ada orang yang intermittent fasting membantu mereka kuruskan badan, tapi pada masa yang sama kulit mereka pun ikut kendur. Ini tak best lah, sebab bila kita kurus, dah seronok dah, tapi kenapa nampak tua?

Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elastik. 

Apabila berat badan anda berubah, ia dapat mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda, yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kendur dan kedutan.


Apa itu kolagen ?


Kolagen sebenarnya adalah daripada asid amino yang terdapat dalam tubuh manusia terutamanya pada bahagian tulang, otot dan tendon. 

Kolagen berperanan sebagai pelekat yang memberikan sokongan dan struktur kepada bahagian tubuh seperti rambut, kulit kuku, tulang, ligamen dan tendon.

Secara ringkasnya kolagen adalah sejenis protein yang terdapat pada haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. 

Ia penting kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein (dipanggil elastin). 

Ia bertujuan untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada keadaan dan kedudukan asal. 

Kolagen juga penting kepada tulang untuk memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan.

Sifat Kolagen

Kolagen bersifat keras, tidak larut dan tinggi serat. Dalam tubuh manusia satu pertiga daripadanya adalah kolagen. Dengan kolagen, tubuh manusia boleh bergerak, membongkok dan meregangkan tubuh.

Asal Usul Kolagen

Kolagen terdiri daripada sekelompok molekul daripada badan yang berkumpul untuk membentuk jaringan serat panjang dan nipis. Jaringan serat inilah yang menjadi struktur sokongan untuk menegangkan dan menguatkan kulit.

Kolagen terbahagi kepada dua. Iaitu kolagen semulajadi oleh badan dan kolagen sintetik. Kolagen semulajadi ini dipanggil sebagai endogen, manakala kolagen sintetik pula dikenali sebagai eksogenus. 

Kolagen eksogenus ini selalunya diperolehi daripada makanan tambahan. Ia banyak digunakan dalam bidang perubatan dan kosmetik untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk mengembalikan keanjalan kulit dan membaiki semula tisu badan.

Kolagen juga terbahagi kepada lima jenis yang berbeza serta mempunyai fungsi tersendiri.

  • Jenis I : 90% kolagen di dalam badan terdiri daripada kolagen jenis 1. 
  • Jenis II : Ditemui di bahagian sendi dan lapisan usus
  • Jenis III : Menyokong kesihatan kulit, tulang dan kardiovaskular.
  • Jenis V/X : Jarang ditemui di dalam badan dan suplemen

Kolagen Dihasilkan Semulajadi oleh Badan

Ramai yang masih tidak tahu kolagen sebenarnya dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan. 

Ia terdapat di seluruh anggota tubuh terutamanya di bahagian kulit, tulang dan tisu penghubung. 70% protein dalam badan sebenarnya adalah kolagen. 

Kolagen penting untuk  keanjalan dan kekuatan kulit. Ianya juga memainkan peranan penting untuk menyokong organ dalaman dan menguatkan saluran darah.


Collagen Shaklee


Pelbagai pendekatan boleh membantu meningkatkan atau memulihkan kolagen ini antaranya ialah 

📌 diet yang sihat boleh membantu badan menghasilkan kolagen.Antara nutrien yang anda boleh dapatkan sendiri secara semula jadi adalah:

  • Proline: Di dalam putih telur, daging, keju, soya dan kobis
  • Anthocyanidins : Ada pada beri hitam, beri biru, ceri dan rasberi
  • Vitamin C : Buah Oren. strawberi, lada dan brokoli
  • Mineral Tembaga : Makanan laut, kekacang, daging merah dan beberapa jenis air putih
  • Vitamin A : Hati lembu, ikan kembung, hati angsa, mentega, telur rebus

📌Penjagaan gaya hidup sihat seperti senaman yang konsisten dan tidur yang cukup dapat membantu penghasilan kolagen semulajadi dengan lebih baik

📌Pengambilan kolagen sebagai suplement kesihatan adalah amat penting . 

👉🏻Supplement kolagen sangat popular kerana ia membantu meningkatkan kesihatan rambut, kulit dan kuku anda, menggalakkan keanjalan, kekuatan dan ketebalan yang akan meningkatkan penampilan dan perasaan anda.

👉🏻Kesan supplement kolagen sebenarnya didapati lebih daripada dalam kulit juga. Kolagen boleh membantu anda meningkatkan kesejahteraan tisu anda, mengekalkan sendi anda dalam keadaan yang baik dan menggalakkan kesihatan organ dalaman. 

Namun begitu, anda perlu berhati-hati ketika memilih produk yang mempunyai kolagen. 

Hal ini kerana anda perlu menggunakan produk kolagen daripada sumber yang boleh dipercayai. 

Oleh itu, pemilihan kolagen perlu dilakukan secara lebih berhati-hati terutamanya dalam kalangan umat Islam. Ini disebabkan mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan produk daripada sumber yang halal sahaja.  

Selalunya kolagen diambil daripada 3 sumber ini dan tiada satupun antaranya daripada tumbuhan.

  • Ikan

Kolagen daripada ikan lebih dikenali sebagai kolagen marin yang diambil daripada ikan laut sejuk seperti salmon dan ikan merah. 

Pada tahun 2011, seorang penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia telah menemukan kolagen daripada ikan tilapia. 

Kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah untuk diserap oleh badan berbanding kolagen daripada sumber lain.

  • Lembu

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot lembu.

  • Khinzir/Babi

Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot babi/khinzir.


Collagen shaklee


Kembalikan kesihatan anda dengan Shaklee Collagen Plus Powder.

Formula proprietari kolagen yang mengandungi 4,000 mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kesihatan. 

Collagen Shaklee merupakan suplement terbaik shaklee .

Keistimewaan Collagen Shaklee


🌹Sumber Berkualiti Tinggi: Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.

🌹Penyerapan yang Lebih Baik: Shaklee Collagen Plus Powder mudah diserap oleh badan.

🌹Bahan-bahan yang diperkaya: Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 

🌹Menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.


Manfaatkan puasa anda untuk apa-apa tempoh yang diperlukan dengan banyak air, beberapa makanan tambahan, dan sudah tentu masa. 


Berasaskan protein, atau turun naik dalam paras protein anda pada hari berpuasa berbanding hari tidak berpuasa, juga boleh mencetuskan tindak balas autofagik. 


Tahap protein yang lebih rendah merangsang pembebasan glukagon. 


Ia juga memaksa badan untuk mengedarkan semula mana-mana protein yang tinggal di dalam badan untuk mengekstrak asid amino yang membantu dalam penghasilan pembinaan protein masa depan.


Collagen supplements adalah sumber protein yang sangat berkesan, bersih dan boleh dipercayai yang sebenarnya menggalakkan penghasilan lebih banyak protein kolagen pada masa hadapan.


Ia adalah rakan kongsi yang hebat jika anda membuat intermittent fasting dan boleh membantu mengawal dan menggalakkan autophagy.


Dengan itu, terdapat banyak variasi dan garis panduan yang berbeza IF , dan tidak semuanya berkesan untuk mendorong autophagy seperti yang lain.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.


Jemput follow media sosial jue di bawah 😍 

FB PERSONAL : JUMILAH IBRAHIM

FB PAGE Ju-Shaklee

INSTAGRAM  : Jumilah1988


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

#pengedarshakleeaktif








PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

  1. Wahhh bagus juga amalkan vivix dan Coq trol ni setiap hari. Terima kasih perkongsian sis.

    ReplyDelete
  2. wahh.. info yang complete, sangat menarik dan mudah faham. tq atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. wah. great sharing dear! thank you

    ReplyDelete

Post a Comment