Skip to main content

Tips Diet Kawal Makan


Diet


Tips Diet Kawal Makan . Diet oh Diet – Susahnya Nak Diet ? Jom ikut cara saya !!!Salam sejahtera, diet oh diet, stress sangat ke nak diet ? Sebelum, anda tahu ke apa maksud diet  ini? Diet ni sebenarnya paling senanglah ialah amalam permakanan dalam bahasa melayu. Tapi, ramai juga yang salah tafsir, bila orang tak nak makan je, diorang cakap diet,

Diet oh Diet

bila orang tu puasa sunat je, orang tu cakap diet, bila orang tu takda  duit  nak makan, pun cakap DIET DIET DIET !!!. Apapun, diet ini penting untuk kesihatan, lagi lagi siapa yang nak kuruskan badan. Ingat, makan tu biarlah berpada-pada, silap silap kena penyakit. Oklah, jom kita tengok sedikit cerita diet ini.

1) Tak seronoknya menjadi gemuk

Inilah satu kenyataan yang  memang ramai tak mau mengaku, iaitu tak seronok nye badan gemuk. Anda perlu tahu, kurus belum tentu sihat, tapi GEMUK confirm tak sihat. Saya cadangkan anda memahami situasi sebenar anda, adakah anda rasa gemuk sebab apa ? makan terlalu banyak ? kurang senaman ? Tapi macam- macam cara anda boleh lakukan untuk kurus, dan yang paling penting sekali ialah AKTIF !!! Kita mungkin kerja sibuk, tapi dengan aktif bergerak sapu sampah semua, sekurang-kurangnya  boleh membakar kalori.

2) Perut buncit ialah petanda orang yang STRESS

Mengikut pendapat Dr Mehmet Oz  yang popula itu, perut  buncit ni jelas menunjukkan anda stress, dan kesihatan anda teramat tengganggu. Jadi, ingatlah kenalah jaga diet permakan, jangan malas malas, sebab malas ini ialah punca segala penyakit dalam badan kita. Kalu malas bersukan jadi gemuk, malas solat jadi jahat, malas kerja jadi miskin, dan sebagainya.

3) Kenapa Diet Anda Gagal

Oklah,bila dah tahu anda dah  mengalami berat badan yang melampau dan menghantui anda, anda cubalah nak berdiet, katanya ada yang tak makan nasi tengah-hari, ada yang ambil roti  sahaja diwaktu pagi, dan macam-macam cara lagi yang anda dengar. Mengikut kata  pakar, antara punca diet anda gagal ialah pelan diet yang anda ikut itu tak munasabah, susah nak ikut, dan menyebabkan anda rasa stress  sangat. Bila anda tak makan, anda rasa anda dah turun, tapi bila makan balik, berat anda naik mendadak. Situasi itu  dinamakan yoyo effect, dan benda ini selalu terjadi kepada orang yang gagal dalam berdiet.

4) Tips Diet Kevin Zahri – Makan nasi segenggam

Satu tips yang bagus dari kevin zahri ialah makan nasi segenggam sahaja, jangan lebih-lebih. Walaupun begitu, kevin zahri ini makan jugak nasi 2 kali sehari. Cuma biasalah, kenalah control makan,  tapi kalau  ada kenduri tu, janganlah segan -segan makan, kenalah gembirakan tuan rumah, nanti lepas makan banyak, kenalah senaman, dan detox badan tu sekali. Satu lagi tips menarik ialah komposisi makanan anda itu . Petua jejaka tampan ini ialah 55:30:15 untuk kaborhidrat, protin dan lemak.

5) Tips Sihat Irfan Khairi

Satu lagi tips dari Irfan Khairi jutawan muda yang  berjaya  dengan internet ini ialah pertama kena jaga berat badan, kedua makan sayur dan buah-buahan dan banyakkan gandum dan bijirin, dan yang terakhir ialah makan dengan kuantiti yang sedikit. Ingat, selalu kita ni makan 3 kali sehari, tapi makan tak ingat punya banyak. Antara yang paling bagus ialah makan 6 kali sehari, tapi biarlah sedikit. Seperkara lagi, jangan biarkan perut anda lapar, cuba alas dengan  biskut atau makanan yang mengandungi unsur fiber.

6) Tidur Cukup

Anda perasan tak bila anda tak cukup tidur, anda nak makan dengan banyak ? Selalu terjadi kepada saya, bila malam tu stay up lama nak update blog, mulalah pagi tu nak makan banyak, petang pulak tak senaman, tak main bola, jadilah badan yang gemuk lagi montel. Mengikut  kajian, kita ada hormon lapar dan hormon kenyang. Kalau kita tidur cukup, hormon kenyang ini akan stabil, dan menyebabkan kita tak ambil sarapan yang berat. Tapi  kalau kita tak cukup tidur, hormon lapar ini akan meningkat dan menyebabkan kita rasa nak makan banyak.

Amalkan gaya  hidup sihat

Last sekali, sebelum mengundur diri, amalkan gaya hidup sihat, jangan stress dengan diet, belajar cara diet yang betul, ambil supplement, insyaallah anda akan sihat dan kurus. Yang paling penting juga jaga amalan rohani kita. Nanti kita bincangkan lagi tentang amalan rohani yang sebenarnya bagus untuk kesihatan kita. Sekian sahaja untuk kali ini.

MENGAPA DIET JADI SUKAR?

1. Keluarkan wang terlalu banyak untuk mengejar makanan-makanan sihat yang berharga kayangan.
2. Terlalu stres dalam progres penurunan berat badan.
3. Letakkan sasaran terlalu tinggi. Nak hilang 5kg dalam seminggu.
4. Beli produk yang pelbagai tanpa memahami keperluan produk.
5. Selalu paksa diri cari makanan yang tidak kena selera dengan tekak.
6. Selalu ikut jadual diet orang lain, tapi diri sendiri tak selesa dengan jadual tersebut.
7. Tabiat untuk cuba diet dalam keadaan berlapar. Tapi tidak mampu.
8. Mula diet dengan haramkan segala makanan yang biasa dimakan. Nak diet ketat-ketat katanya.
9. Tak benarkan diri mencicip sedikit aiskrim, sebab risau boleh terus gemuk.
10. Fokus nak buat senaman yang tidak termampu dibuat. Sedangkan masih sakit-sakit belakang dan lutut.
11. Selalu pandang remeh pada senaman yang mudah-mudah. Contohnya mula dengan jalan kaki dulu.
12. Air kosong tidak pernah cukup.
13. Kurangnya rehat dan fokus untuk bersenam sahaja setiap hari.
14. Berpegang pada prinsip kurus itu mustahil
15. Malas nak study pasal kalori dan kerap memilih jalan singkat untuk kurus.
16. Masih percaya sabun boleh kurus.
17. Kekal anggap yang ada gula-gula kunya je dah kurus.
18. Tidak menghargai progress yang kecil. Apatah lagi mensyukuri kejayaan kecil.

Kawan-kawan. Nak kurus, sihat dan fit itu bermula dengan mindset yang tidak membebankan badan. Jangan terlalu meletakkan tekanan sehingga diet jadi halangan terbesar kita. Buat sikit-sikit tak apa. Progres kecil-kecil pun tak apa. Ingat. Kejayaan yang panjang,  bermula dari langkah pertama kita. Biar pun kecil langkahnya. Jangan stres tau. Nanti diet tak jadi.


Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.



Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...