Skip to main content

10 Tips Baru Nak Mula Bisnes



Bisnes


Perasan atau tak, ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka. 

Malah kadang-kadang kita gagal sebab rasa sudah pandai dan tahu banyak perkara. Sedangkan sebenarnya kita masih tidak tahu apa-apa dan sejauh mana kita tahu tentang sesuatu perkara.

Bila sebut nak mulakan bisnes, yang paling ditakuti kebanyakan orang adalah kemampuan untuk bersaing. 

Berikut 10 tip untuk anda yang baru nak mulakan bisnes.


1. Tahu tujuan bisnes


Ada orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berbisnes suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend bisnes sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah. 

Tapi untuk anda yang serius nak menjadi bisnes adalah kerjaya dan punca pendapatan utama, anda kena kenal pasti tujuan utama berbisnes.

Yang pertama kebanyakan orang berniaga supaya mendapatkan sumber kewangan lebih baik. Dan anda juga kena tahu bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai.


2. Buat apa yang anda suka


Bila anda suka terhadap sesuatu bisnes, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh lakukan sepenuh hati. 

Jika anda kurang suka atau buat kerana terpaksa, ia tidak mendorong diri anda untuk lakukan yang terbaik. Malah, anda akan sentiasa dalam keadaan berfikiran negatif dan tahap kesukaran anda akan lebih tinggi. 

Jika anda buat sesuatu yang anda suka, anda akan ada lebih banyak motivasi untuk tambah nilai diri dan bisnes serta boleh bertahan lebih lama.


3. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif


Untuk permulaan anda mungkin berasa kekok dan tidak selesa. 

Tetapi apabila anda mempunyai orang sekeliling yang positif, ia secara tidak langsung membuatkan anda belajar sesuatu yang baru. 

Memperbetulkan kesilapan sebelum ini dan boleh juga menjadi faktor penolak untuk anda lakukan sesuatu dengan lebih baik. 

Jadi jangan buang masa dengan orang yang merendah-rendahkan kemampuan anda untuk berbisnes.


4. Sentiasa belajar


Jika anda rasa anda sudah ada banyak pengalaman berbisnes, mendapat kelulusan berkaitan bisnes atau sudah tahu selok-belok bisnes, fikirkan semula. 

Ramai orang sebenarnya ada keinginan untuk belajar tetapi tidak mampu merendah ego sendiri untuk belajar. Untuk anda yang baru nak memulakan bisnes, jangan terlalu cepat untuk berpuas hati kerana perjalanan anda masih panjang.

Sentiasa tambah ilmu supaya boleh meningkatkan potensi diri dan bisnes anda.


5. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda


Walaupun anda berasa bangga dengan kejayaan memiliki perniagaan sendiri. Tapi dalam masa sama anda mengutamakan keperluan pelanggan atau memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, bukan memfokuskan kemahuan anda sendiri. 

Letakkan pelanggan anda dalam setiap keputusan yang anda buat dan perlu sentiasa ingat tujuan utama anda berbisnes kerana setiap masalah yang ada pada orang ramai adalah peluang untuk bisnes anda.


6. Rancang dengan teliti


Dalam bisnes, lebih-lebih lagi anda yang baru mula berbisnes, perancangan adalah lebih daripada sekadar keperluan untuk membantu anda mendapatkan keuntungan. 

Tetapi ia boleh bertindak sebagai panduan dan memastikan anda memberi tumpuan kepada apa yang perlu anda lakukan segera. 

Jadi, setiap perancangan bisnes mesti dilakukan lebih awal supaya anda tidak membuang masa dan mengelakkan daripada tersilap langkah.


7. Sesuaikan diri


Walaupun anda telah membuat persediaan, tetapi ada sesetengah perkara yang tidak boleh diramalkan. 

Pastikan anda dan bisnes anda cukup bersedia apabila berdepan keadaan-keadaan yang sukar atau di luar jangkaan. 

Jangan terlalu selesa dan hanya mengikuti langkah dilakukan oleh syarikat lain kerana cabaran dalam setiap jenis perniagaan adalah berbeza.


8. Seimbangkan online dan offline

Guna kuasa media sosial untuk membantu menghubungkan anda dengan prospek, rakan kongsi, pelanggan, atau sesiapa sahaja yang boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

Bagaimanapun, anda juga perlu cipta rangkaian hubungan dengan individu lain yang mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan. 

Tambahan lagi, rangkaian secara offline membuatkan prospek atau pelanggan anda lebih yakin berbanding pengantara di laman media social .


Bisnes


9. Mulakan jualan atau pemasaran


Ini benda yang paling penting dalam bisnes sebab pemasaran (marketing) akan membuatkan orang lebih nampak produk atau bisnes anda.

Anda perlu tahu bahawa anda hanya ada 30 saat untuk menarik perhatian prospek anda. Pastikan anda menunjukkan idea yang berpotensi atau berkait dengan masalah prospek anda.


10. Jangan cepat berputus asa

Dalam banyak kes, pada awal perniagaan ramai orang masih bersemangat dan tidak mudah mengalah dengan masalah dan cabaran. 

Kunci orang berjaya adalah mereka tidak mudah berputus asa, konsisten dan terus buat sampai habis walaupun lebih banyak kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses itu.


Bisnes


Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “ 10 Tips Baru Nak Mula Bisnes “ ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.


Saya juga aktif di media sosial lain


Facebook Page : JU SHAKLEE SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...