Skip to main content

Strok Haba Punca Organ Terbakar? Ketahui Punca, Gejala & Cara Elak Jadi Mangsa!


Strok haba


Kebelakangan ini, kes kanak-kanak maut menjadi mangsa strok haba semakin meningkat dan mendapat perhatian masyarakat di negara ini. 

Malah, baru baru ini juga Berita Harian melaporkan, fenomena El Nino yang sedang dialami Malaysia dijangka akan berlarutan sehingga September depan.


STROK HABA PUNCA ORGAN HANGUS?


Kita baru dikejutkan dengan berita kematian adik Syamil Aqil yang meninggal disebabkan strok haba dan dehidrasi. Ini menunjukkan STROK HABA tersangatlah bahaya dan boleh membawa maut!

APA PUNCA STROK HABA YANG SEBENAR?

Ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia.

BUKAN KANAK-KANAK SAHAJA YANG BOLEH JADI MANGSA STROK HABA!

Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:

1. KANAK-KANAK

2. ORANG TUA YANG…

Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan.

3. ATLET YANG…

Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari

4. PEKERJA YANG…

Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar.

5. INDIVIDU YANG…

Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.

GEJALA STROK HABA:


strok haba

  • Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi.
  • Peluh keluar banyak.
  • Muka berubah merah.
  • Sakit kepala.
  • Mual-mual.
  • Muntah-muntah.
  • Rasa haus yang berlebihan.
  • Air kencing berwarna keruh.
  • Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut.
  • Jantung berdegup dengan lebih kencang.
  • Ruam merah timbul pada kulit.
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri.

CARA IBU BAPA ELAK ANAK TERKENA STROK HABA:

  1. Pastikan rumah anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak.
  2. Pasangkan kipas angin kerana ia mampu menurunkan risiko kematian bayi atau kanak-kanak secara mengejut sebanyak 72% mengikut kajian.
  3. Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas.
  4. Jangan sesekali memakaikan anak anda dengan pakaian yang terlalu tebal atau ketat.
  5. Berikan anak anda minum air putih dengan kerap walaupun dia tidak mengadu dahaga.
  6. Sediakan anak anda dengan makanan yang banyak air atau sup.
  7. Elakkan dari membiarkan anak anda tidur dengan berselimut.
  8. Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah.


Strok haba


Semoga info ini dapat membantu ibu bapa di luar sana dalam menghadapi fenomena El Nino yang sedang melanda negara. Mari, sama-sama melindungi diri sendiri dan anak-anak anda.

Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...