Skip to main content

Jangan Buat 6 Perkara Ini Semasa Musim Panas. Bahaya Strok Haba!


Strok haba


Baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita mengenai peningkatan suhu sehingga 40 darjah celsius. 

Menjadi dugaan juga buat orang ramai dengan peningkatan suhu panas ini kerana kita berada di dalam bulan Ramadan di mana semua umat Muslim sedang berpuasa. 

Oleh kerana kurangnya pengambilan cecair dalam seharian, anda sebenarnya sangat berisiko terkena strok haba!

Memandangkan cuaca sedikit panas dan lembap sejak kebelakangan ini, (ditambah dengan faktor berpuasa) anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan risiko berlakunya letih panas dan strok haba kerana ia boleh membunuh.


APAKAH GEJALA STROK HABA?

Strok haba akan menunjukkan beberapa gejala seperti keletihan berlebihan, sesak nafas diikuti dengan sakit perut, gelisah, degupan jantung yang cepat, pengsan dan mungkin muntah parah. 

Semua keadaan ini berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas sehingga melebihi 40.5 Celcius, melampaui suhu normal iaitu 37 Celsius.

Apabila tubuh anda gagal mengatasi gejala-gejala tersebut, anda mungkin jatuh pengsan, mengalami sawan, kecelaruan, kerosakan serius pada otak dan organ dalaman, koma, dan ada yang boleh menyebabkan kematian.

Berikut adalah tanda-tanda awal strok haba yang perlu anda alert.


Strok haba




6 PERKARA PERLU DIELAK SEPANJANG 

CUACA PANAS

Selain memperbanyakkan meminum air masak dan berteduh, jangan lakukan 6 perkara ini untuk mengelak daripada terkena serangan strok haba.

1. MEMINUM TERLALU BANYAK MINUMAN MANIS

Wah, siapa tak nak pekena teh ais atau ‘ice blended’ dalam musim panas dan matahari terik ni kan?

Berhati-hati dalam menikmati minuman berais seperti ini kerana biasanya minuman ini biasanya mengandungi gula yang sangat banyak. Kandungan gula berlebihan ini mungkin menyebabkan anda rasa bertenaga, tapi itu hanya sekejap saja. Lama-kelamaan badan akan menjadi lemah.

Gantikan jus buah-buahan yang dibeli dalam pek dengan jus organik, atau buat sendiri ‘smoothies’dengan bahan berkhasiat seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan  yang akan memberi tenaga untuk jangka masa panjang. Sedap juga, kan?

Gula bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi gula juga boleh memusnahkan vitamin dan mineral lain dalam badan kita seperti vitamin B dan kalsium.

2. BERAKTIVITI DI ATAS PERMUKAAN PANAS SEPERTI BITUMEN DAN SIMEN

Elakkan strok haba dengan mengurangkan aktiviti di tengah-tengah panas terik, terutamanya di kawasan yang tidak berpokok dan permukaan lantai seperti bitumen dan simen.

Permukaan lantai seperti ini mampu mengumpul dan memantulkan haba dengan banyak.

Aktiviti seperti kawad kaki, perbarisan, dan perhimpunan seelok-eloknya diteruskan dalam dewan tertutup atau berbumbung untuk mengelakkan serangan strok haba.

3. PAKAI TUDUNG YANG TERLALU TEBAL

Bagi yang perempuan pula, janganlah terlalu berfesyen sehingga memakai tudung berlapis-lapis dan berbelit-belit.

Ianya bukan saja menyebabkan anda tidak selesa, tetapi mampu membahayakan kesihatan anda.

Jika terpaksa bertudung sepanjang hari, carilah bahan yang selesa seperti kapas. Pastikan anak tudung dilonggarkan dari semasa ke semasa.

Ini penting kerana lebih daripada 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.

4. DUDUK DALAM KERETA LAMA-LAMA


Ada yang lebih suka duduk sebentar dalam kereta kerana ‘air cond’ nya yang sejuk dan nyaman. Tetapi, tahukah anda perkara ini juga boleh membahayakan kesihatan?

Apabila enjin dipanaskan dan dibiarkan ‘idle’ tanpa pergerakan dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas karbon oksida daripada ekzos dipercayai boleh masuk ke dalam tempat duduk penumpang.

Secara tidak langsung, ia boleh menjejaskan kesihatan buat jangka masa panjang. Perkara ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anda menutup rapat kesemua tingkap.

Jika terpaksa tidur sebentar, pastikan anda menurunkan sedikit tingkap supaya udara dari luar dapat mengalirkan gas di dalam kereta. Sebagai langkah keselamatan, pastikan tingkap tidak dibuka terlalu luas.

5. MEMBEDUNG BAYI BERLAPIS-LAPIS




Macam-macam pantang larang bayi baru lahir. Ada yang percaya mereka perlu dibedung untuk mengelakkan bayi berjalan ‘kengkang’ apabila menginjak usia kelak.

Walau apa pun kebaikan membedung bayi yang anda bahaskan, lengkapkan diri anda dengan ilmu dalam melaksanakannya. Bayi adalah salah satu golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada strok haba.

Pastikan bedung yang digunakan tidak terlalu tebal, dan jangan pula membedung bayi sehingga menjadikan bayi lemas dan tidak selesa.

Dalam cuaca panas sebegini, pastikan bayi dibedung longgar dan gunakan saja kain lampin atau kain kapas yang berlubang-lubang. Ianya murah, nipis, dan menyerap peluh.

6. MENGAMBIL UBAT PENAHAN SAKIT

Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan, elakkan mengambil ubat-ubatan seperti paracetamol(contoh: Panadol) dan aspirin tanpa preskripsi doktor kerana ia tidak akan membantu mengurangi suhu tubuh yang tinggi.

Malah, jika anda tidak bernasib baik, ia mungkin pula menyebabkan komplikasi yang lebih buruk.

Jadi, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berasa tidak selesa dalam cuaca panas terik sebegini.

AWASI ANAK-ANAK DAN WARGA EMAS


Golongan kanak-kanak, bayi, dan warga emas paling mudah terjejas dengan musim panas melampau. Oleh itu, kerapkan memeriksa suhu mereka, terutamanya apabila golongan ini menunjukkan rasa tidak selesa dari semasa ke semasa.

Strok haba


Selain itu, pesakit kencing manis dan golongan obesiti juga perlu berjaga-jaga dengan strok haba kerana mereka turut termasuk dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

Paling penting, jangan lupa minum banyak air kosong ya!

Semoga bermanfaat .

Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...