Skip to main content

Intermittent Fasting

 




Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Inilah Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus

Apakah Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting bukanlah satu kaedah ‘diet’ tetapi ia lebih kepada satu gaya hidup yang sihat . Maksud mudah IF; Anda makan dalam satu tempoh masa dan berhenti makan dalam satu tempoh masa. Mudah kan?

Tempoh masa untuk berpuasa adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian gaya hidup anda.

Bagi umat Islam, intermittent fasting juga asasnya sama dengan ibadah puasa sunat atau puasa di bulan Ramadhan. Bezanya cuma semasa IF kita boleh minum air dalam tempoh berpuasa.

Selalunya, misi menurunkan berat badan dalam keadaan yang sihat dan berkesan adalah satu misi mustahil. Kenapa mustahil? Ini kerana ramai yang kecundang dan gagal meneruskan diet. 

Pasti ramai juga yang dah tahu tentang kaedah diet yang semakin popular sekarang ini iaitu “Intermittent Fasting (IF)”. Barangkali ada yang dah cuba pun; ada yang dah berjaya atau ada juga yang mungkin berhenti separuh jalan.

Persoalannya, adakah anda betul-betul faham tentang Intermittent Fasting kelebihannya dan teknik yang berkesan yang bersesuaian dengan kebolehan tubuh badan anda? 

Atau tahukah anda apakah faktor-faktor yang telah menggagalkan perlaksanaan diet anda sebelum ini yang membuatkan anda hilang semangat untuk meneruskannya?

Jom kita discover “ Cara Diet Intermittent Fasting Yang Betul ‘ untuk permulaan langkah pertama bagi meraih bentuk badan yang ideal dan sihat.

Tips Memulakan Intermittent Fasting

Cara yang mudah untuk memulakan Intermittent Fasting adalah dengan mengenali teknik-teknik IF yang bersesuaian dengan kemampuan tubuh anda dan mulakannya dengan perlahan-lahan; bertahap. 

Jangan teruburu-buru atau over-do untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak baik terhadap kesihatan anda.

Anda tidak perlu terbatas dengan struktur yang rigid, ukur baju pada badan sendiri dan perbanyakkan meminum air putih untuk mencegah dehidrasi sepanjang proses perlaksanaan Intermittent Fasting.

Ada banyak cara untuk diet Intermittent Fasting.Yang disarankan dan sesuai untuk kebanyakan orang adalah IF 16:8.Intermittent Fasting ini juga dipanggil ‘Time Restricted Feeding’ maksudnya makan dalam tempoh yang terhad sekitar 8 jam dan selebihnya,16 jam berpuasa.

Contoh : Anda dinner pada jam 8.00 malam dan esoknya anda skip breakfast dan ambil lunch pada 12.00 tengah hari.Jadi anda sudah Intermittent Fasting 16 jam .Anda cuma makan dari jam 12.00 tengah hari - 8.00 malam.

Boleh mula secara perlahan-lahan dahulu.Contoh buat 12:12 dahulu dan tambah durasi Intermittent Fasting secara beransur-ansur sehingga dapat 16 jam.

Misalnya last makan malam jam 8.00 malam dan esoknya anda breakfast jam 8.00 pagi.Selepas 1 minggu lewatkan breakfast ke pukul 9.00 pagi dan seterusnya.


shaklee labuan


Kebaikan Intermittent Fasting

1. Mengurangkan berat badan

  • Membantu proses mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan lemak viseral badan.
  • Mengurangkan rasa lapar.
  • Mengurangkan nafsu makan (cravings).

2. Mengelakkan penyakit

  • Meningkatkan sensitiviti insulin badan dan mengelakkan diabetes.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan jumlah kolesterol.
  • Mengurangkan tekanan darah dan mengawal penyakit darah tinggi. 
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

3. Pembaikian badan

  • Meningkatkan tumpuan dan tenaga.
  • Mengelakkan proses pemusnahan sel. 
  • Merangsang proses pembaikian sel (autophagy) genetik dan DNA.
  • Meningkatkan fungsi kognitif.

intermittent fasting


Sebagai kesimpulannya,Intermitteent Fasting adalah satu kaedah diet yang terbukti menyihatkan dan berkesan.Ia juga memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai goal yang ditetapkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023







Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...