Skip to main content

Kebaikan B Complex Shaklee

 

B Complex


B-Complex Shaklee mengandungi semua 8 vitamin B yang diperlukan untuk fungsi tubuh yang betul. B-Complex, juga, mempunyai sistem penyampaian nutrien yang dipatenkan untuk meningkatkan penyerapan asid folik nutrien penting dalam badan. 




B complex


Keistimewaan Shaklee


Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. 

Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.Vitamin B yang lengkap ada semua 8 jenis vitamin B. 


Apa fungsi setiap vitamin B ini ?



B Complex



Vitamin B1 (thiamin)
Fungsi : Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga.
Sumber makanan : Nasi, roti, bijiran, tepung, makanan laut seperti udang, kerang.

Vitamin B2 (riboflovin)
Fungsi : Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Sumber : Susu , keju, ayam, brokoli, bayam.

Vitamin B3 (Niacin/Niacinamide)
Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga.
Sumber: Bijiran, kacang-kacangan, daging lembu.

Vitamin B5 ( antothenic Acid)
Fungsi : Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi tenaga. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Sumber : Ayam, ikan sardine, alpukat, semangka.

Vitamin B6 (Piridoksin/Pyridoxin)
Fungsi : Diperlukan dalam proses asam amino dan lemak.
Sumber : Daging, ikan, sapi, kentang, tomato, pisang, buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau.

Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi : Membantu dalam proses pemecahan lemak, protein menjadi tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.
Sumber: Daging ikan salmon, telur, susu, cereal, pisang dan kacang tanah.

Vitamin B9 (Asid Folik)
Fungsi : Bertugas agar sel-sel pada tubuh membesar dengan baik, membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan pada janin.
Sumber : Susu dan produk olahan susu, bit, hati, tembikai dan sayuran berdaun hijau.

Vitamin B12 (Kobalamin/Cobalamin)
Fungsi : Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun
Sumber : Daging lembu, ikan, hati, telur, susu dan rumput laut.


Kepentingan B-Complex Kepada Kita



  • Menukar makanan kepada tenaga dengan membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakkan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecatatan otak dan tulang belakang.
  • Mengekalkan kesihatan rambut terutama rambut beruban dan gugur kerana ia membantu membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban
  • Kesihatan Mata Yang Lebih Baik dengan mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian atau fokus.
  • Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan segugut atau masalah seguggut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche yang dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau. 
  • Detoksifikasi dengan meredakan alahan.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?


🌹Merangsang pertumbuhan.

🌹Meningkatkan kemampuan berfikir.Memberikan tambahan tenaga.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?


🌹Menambah tenaga.

🌹Mengurangkan stress.

🌹Melambatkan proses uban di rambut.

🌹Membantu meningkatkan konsentrasi.


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?


🌹Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

🌹Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

🌹Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin.




Vitamin shaklee



INFO TAMBAHAN B COMPLEX 
👍 KULIT CANTIK
👍 ANTI-STRESS

👍 BADAN BERTENAGA


Sangat banyak manfaat vitamin B-Complex ini. Sebab itu kita digalakkan untuk mengambilnya tiap tiap hari. Tapi apa akan jadi jika badan kita kekurangan vitamin B??

Tanda-tanda badan kekurangan vitamin B


👉🏻 kemurungan, mudah marah, merajuk , emosi tak stabil.

👉🏻 selalu letih , tidak bermaya, wajah nampak lesu dan kusam

👉🏻 sentiasa resah gelisah 

👉🏻 mudah panik, menggelabah, darah gemuruh

👉🏻 kurang selera makan

👉🏻 sembelit

👉🏻 kurang fokus & konsentrasi

👉🏻 rambut kelemumur

👉🏻 tekanan atau emosi sewaktu haid

👉🏻 sakit pada bahagian abdomen

👉🏻 mudah bengkak pada buku lali, kebas di tangan dan kaki

Punca Kemusnahan vitamin B dalam tubuh :

👉🏻Vitamin B adalah vitamin yang larut dalam air, jadi ianya sentiasa perlu diganti.                                                 

👉🏻Vitamin B juga boleh musnah oleh cahaya matahari, haba, dan suhu. Contohnya ialah sayur yang dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.                                                                                                                        

👉🏻Pengambilan gula yang banyak juga boleh memusnahkan vitamin B                                                                       

👉🏻Alkohol dan stress juga menyumbang kepada kemusnahan vitamin B                                                                

👉🏻Pil-pil seperti antibiotik, pil penenang, ubat tidur juga boleh memusnahkan vitamin B


Maka oleh itu kita kena ada pengambilan B complex yang konsisten supaya ia membantu kesihatan yang optimum.

Makan B-Complex Shaklee AIR KENCING jadi WARNA KUNING?

Ada yang tanya & terkejut bila makan B Complex Shaklee air kencing jadi warna kuning? Sebenarnya vitamin B Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ia sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ia adalah proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan, dan terus keluar melalui air kencing.

Menyebabkan ia menjadi warna kuning terang! Ia bukanlah bermaksud kita terlebih dose, tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik 😉

Kesimpulannya, B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B ini.


Sebotol B-Complex tahan sehingga 4 bulan. Sangat jimat lagi berbaloi - paling penting dapat banyak manfaat


Dapatkan B Complex shaklee anda sekarang , Klik button di bawah untuk direct whatsapp saya.






Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain,jemput klik gambar di bawah :










#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#ResVvix

#Powerofpolyphenols



PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

    Comments

    Popular posts from this blog

    Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

    Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

    ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

      Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

    KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

      Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...