PERFECT COMBO FOR YOUR SKIN 👍
Ini antara combo ESP yang paling HOT! SET ASAS KECANTIKKAN : ESP + VITA-C PLUS SHAKLEE. Nak tau ape kelebihan apabila 2 supplement terbaik ini bersatu? Jom, jue share sikit😊
Kelebihan Vitamin C Dan ESP Shaklee
Dengan jolokan nama “The All Do Vitamin”, Vitamin C memang mempunyai pelbagai fungsi dan ia merupakan salah satu Essential Vitamin (nutrisi perlu dimakan setiap hari) yang tidak dihasilkan oleh badan dan larut air.
Jadi, ini bermaksud, setaip kali Vitamin C masuk ke dalam badan melalui pemakanan, jika tidak digunakan, ia akan keluar bersama urin.
Tu sebab, jika mahu amalkan Vitamin C, pilihlah Vitamin C yang mempunyai sistem pelepasan (sustained release), dalam erti kata lain, ia mempunyai timing supaya tidaklah Vitamin C tu terbazir melalui air kencing.
Vitamin C berfungsi untuk
1. Melawan Jangkitan dan Tingkatkan Sistem Imun.
Terutama seseorang yang kerap jatuh sakit seperti selesema, demam, batuk. Jadi Vitamin C membantu meningkatkan daya tahan badan secara semulajadi.
2. Mencantikkan Kulit
Vitamin C membantu penghasilan kolagen. Kolagen akan dihasilkan oleh badan dengan natural. Tapi bila usia meningkat, penghasilan kolagen akan berkurang.
So, kalau anda mau amalkan Kolagen di pasaran, pastikan pilih produk kolagen yang ada Vitamin C atau makanlah bersama-sama Vitamin C untuk meningkatkan keberkesanan dan penyerapan ke dalam badan.
3. Memusnahkan Radikal Bebas.
Radikal bebas sangat jahat yang masuk ke dalam badan setiap hari atau terbentuk di dalam badan.
Radikal bebas ni yang memusnahkan sel badan dan akhirnya menyebabkan penuaan pramatang (tua sebelum usia), penyakit seperti cancer, sakit jantung, ketumbuhan bukan cancer dan boleh dikatakan pencetus penyakit.
Jadi Vitamin C adalah vitamin anti-oksida dan mampu memusnahkan radikal bebas dalam badan kita. Kalau dikelilingi oleh perokok, anda juga terdedah dengan radikal bebas, dan andalah orang yang betul-betul perlukan Vitamin C.
4. Membantu Membaiki Tisu Penghubung.
Vitamin C penting untuk bantu membaiki tisu penghubung. So ia banyak berkaitan dengan kesihatan sendi, Vitamin C bantu untu repair sel-sel tulang rawan, ligamen dan sebagainya.
5. Melindungi Saluran Darah.
Memandangkan Vitamin C adalah anti-oksida yang baik, so ia turut membantu menjadikan saluran darah lebih anjal. Kalau saluran darah sihat, peredaran darah juga akan menjadi normal.
6. Bantu Meningkatkan Penyerapan Zat Besi.
Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. So, kalau anda ibu pregnant yang mengalami low Hb atau Anemia, sangat disarankan untuk menambah Vitamin C di dalam suplement anda.
7. Membantu dalam Penyembuhan Luka dan Penting untuk Kulit, Tulang dan Gigi.
Vitamin C juga memainkan peranan dalam penyembuhan luka. Kekurangan Vitamin C juga akan menyebabkan tubuh badan mudah lebam, luka serta menjadikan tulang dan gigi kurang kuat.
Memperkenalkan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE
Shaklee mempunyai produk Vitamin C yang berbeza dengan yang ada di pasaran. Saya kongsikan perbezaannya di sini supaya kalau anda tercari-cari Vitamin C di pasaran, anda boleh bandingkan dengan Vita-C SR Shaklee ni.
Bagaimana Vita-C SR ni berbeza dengan Vitamin C yang ada di pasaran?
1.Vita-C SR diperbuat dari sumber semulajadi iaitu daripada Ekstrak Jagung.
Ini bermakna, ia selamat diambil oleh pesakit gastrik. Vitamin C di pasaran biasanya menggunakan buah-buahan citrus yang masam dan lebih berasid, ini boleh menyebabkan gastrik bertambah teruk.
2. Vita-C SR berkepekatan tinggi iaitu 1 tablet membekalkan 500mg Vitamin C.
Ia umpama memakan 7.5 biji buah Oren tau.
3. Ia juga ditambah dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex
Yang merupakan bestfriend Vitamin C. Gabungan dua-dua ni akan meningkatkan fungsi dan keberkesanan Vitamin C. So sebelum beli Vitamin C di pasaran, check dulu tau :D, tapi kalau susah-susah order jak Vita-C SR Shaklee ni.
4. Ada Sistem Pelepasan Berperingkat (Sustained Release).
Macam saya cerita diawal tadi, Vitamin C ni vitamin larut air. Kalau kita ambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus, tidak semua Vitamin C ni boleh diserap oleh badan dan yang tidak diserap akan dikeluarkan melalui air kencing.
So kencing kita jadi mahal uolls, kencing Vitamin C, hihi.. tu sebab kena pilih Vitamin C yang ada Sustained Release ni sebab vitamin c akan dilepaskan 100mg setiap jam dan badan boleh menyerap dengan lebih optimum.
Now kite tengok pulak
THE HOT ESP: ENERGIZING SOY PROTIEN
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.
Manakala kandungna Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
Mengapakah Protein Penting?
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.
Kekurangan Protein Menyebabkan
🌹Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit,
🌹Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
🌹Kehilangan kepejalan otot
🌹Perubahan warna rambut
🌹Bantut pertumbuhan
🌹Masalah penghadaman
🌹Masalah penghasilan darah dan hormon
🌹Boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
Haa.. ini antara manfaat ESP:
1. Awet Muda
Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
Asid Amino adalah…
🌹Protein terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu.
Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu.
ESP Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.
2. Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
3. Baik untuk prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.
Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
4. Kulit yang cantik
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
5. Pembekal tenaga
Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
6. Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
7. Membaiki memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Secara ringkas MANFAAT yang anda dapat kalau amalkan ESP ni:
- ESP merupakan Protein Berasaskan Tumbuhan yang mampu menggantikan fungsi Protein Haiwan. (Tau la kan protein haiwan ni banyak lemak, banyak suntikan bahan kimia (mcm ayam utk cepat besar dan banyak isi), so kita boleh dapat Asid Amino yang badan kita perlu tanpa perlu makan bahan-bahan kimia tu.)
- Bagus untuk bina otot. Terutamanya abang-abang yang mau sado. Protein sihat bantu berikan otot yang lebih mantap.
- Protein sangat penting untuk penghasilan rambut yang lebih cantik. Protein kurang boleh nampak dari rambut yang kering, bercabang dan mudah gugur.
- Untuk kuku pun penting. Kuku yang cepat rapuh, cepat patah, itu tanda badan kurang protein.
- Untuk kulit yang cantik berseri. Kulit perlukan protein untuk memperbaharui sel-sel yang baru. Setiap hari sel kulit matikan? So sumber protein yang sihat sangat penting supaya dapat hasilkan kulit yang lawa gitteww.
- Protein dari soya juga dapat mengekalkan tenaga, tahan lama dan kekalkan stamina.
- Protein soya mampu menyokong kesihatan jantung dengan cara menurunkan kadar LDL (kolestrol jahat) dalam badan. Ia juga bantu menyihatkan saluran darah (arteri) supaya risiko penyakit seperti stroke, jantung dan darah tinggi semakin berkurangan.
- Untuk ibu hamil, protein yang lengkap sangat penting untuk memastikan pertumbuhan bayi yang sihat dari segi pembentukan organ, tulang dan sel-sel.
- Untuk ibu selepas bersalin, mereka perlukan protein lengkap untuk penghasilan susu ibu yang penuh nutrisi yang ada antibodi, bantu untuk tingkatkan sistem imun baby dan membantu perkembangan bayi agar lebih sihat.
Jemput follow media sosial jue di bawah 😍
FB PERSONAL : JUMILAH IBRAHIM
FB PAGE : Ju-Shaklee
INSTAGRAM : Jumilah1988
#blogmegashaklee#shakleethrive2023#shakleetriumph2023#pengedarshakleelabuan
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.
Comments
Post a Comment