Skip to main content

Tips kuruskan badan di bulan puasa

 






Di samping memfokuskan pada ibadah puasa, ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadhan untuk menurunkan berat badan. Ironinya, ia nampak mudah tetapi ramai yang terkandas dalam misi ini.

Mana tidaknya, begitu banyak godaan di bazaar Ramadhan termasuklah undangan berbuka puasa di sana sini. Dalam pada itu, ada juga yang telah mengehadkan pemakanan tetapi tetap tidak berhasil menurunkan berat badan.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda kuruskan badan di bulan puasa dengan lebih efektif.


tips kuruskan badan


1. KIRA KALORI ANDA





Awalnya memang kita susah nak faham bab kalori ini. Maka, disarankan install salah satu apps yang boleh mengira kalori harian kita. Dengan memasukkan butiran seperti berat badan semasa dan tinggi serta target berat badan anda, ia akan mengira purata kalori harian yang anda perlukan. Kemudian, setiap hari kita hanya perlu catat apa yang kita makan (atau apa yang kita cadang untuk makan). Dari sini, kita lebih disiplin untuk makan hanya sekadar kalori yang diperuntukkan.


2. MINUM AIR MASAK 8 GELAS SEHARI




Sepanjang bulan ramadan, kita mempunyai waktu yang terhad untuk mencukupi keperluan tubuh badan dengan air. Oleh itu, kita sebaiknya melebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan menghadkan 2-3 gelas sahaja pada waktu sahur. Teknik ini dilihat sangat berkesan dalam mengekalkan hidrasi tubuh badan kita.

Seperti saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita dicadangkan untuk mengambil sebanyak 8 gelas air sehari seperti berikut dan dinyatakan dalam gambar di atas. Saranan tersebut menyatakan kita perlu mengambil segelas air pada waktu berikut:

• Ketika bangun bersahur
• Selepas bersahur
• Selepas azan Maghrib
• Selepas menunaikan solat Maghrib
• Selepas berbuka
• Selepas solat Isyak
• Selepas solat Terawih
• Sebelum tidur


3. JANGAN ‘SKIP’ SAHUR




Walaupun kita sedang berdiet, kita sebaiknya tidak ‘skip’ sahur walaupun hanya ambil segelas air dan sebiji kurma sahaja. Ia adalah antara sunnah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan puasa kita lengkap dan membekalkan tenaga yang mencukupi di siang hari.

Walaupun amalan tersebut akan mengurangkan kadar kalori dalam tubuh, ia tetap amalan yang tidak sihat dan baik untuk tubuh badan anda.

4. AMBIL PROTEIN MENCUKUPI





Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oats saja tentu bosan.

Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan. Dalam segenggam saja sepatutnya cukup untuk keperluan harian.

Kalau boleh, elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan kita cepat haus nanti.


5.ELAKKAN MINUMAN DAN MAKANAN MANIS




Sepanjang berpuasa, anda sebaiknya menjuahkan diri daripada segala minuman manis atau berkafien tinggi. Adalah sebaiknya anda mengambil air kosong sebagai minuman wajib setiap hari ketika bersahur dan berbuka.

Anda harus ketahui bahawa air kosong mengandungi sifar kalori dan berupaya membantu anda merembeskan sisa toksik dalam badan dengan baik.

Tidak salah jika anda mengambilnya tetapi anda harus mengawal dalam kuantiti yang sedikit atau sederhana sahaja. Jika anda membuat sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam masakan tanpa menjejaskan rasa. Tetapi kurang manis itu lebih baik dan selamat untuk tubuh badan anda.

6. GANTIKAN SNEK SIHAT




Kalau terasa nak minum minuman manis, buat sendiri smoothie buah-buahan tanpa gula. Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang sihat tanpa garam seperti almond, kacang badam, atau buah-buahan kering – kismis, kurma, aprikot, buah tin, dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.

Menurut kajian di University Tokyo,buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Antara contoh buah-buahan dan sayuran itu adalah:

  • Brokoli
  • Kobis / kobis bunga
  • Tembikai
  • Bayam
  • Timun
  • Epal
  • Strawberry
  • Pear

7.KEKAL BERTENAGA DENGAN SENAMAN RINGAN






Anda diingatkan supaya tidak membataskan diri sepanjang berpuasa dan menjadikan ia sebuah alasan. Anda tidak disarankan untuk hanya tidur dan bermalasan sepanjang hari tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Ia bukanlah satu saranan supaya anda melakukan senaman yang berat setiap hari. Tetapi, anda harus pastikan aktiviti harian masih berjalan dengan melaksanakan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah melakukan kerja dan apa jua aktiviti yang menjadikan tubuh anda sentiasa aktif.

8. 2-HOUR RULE





Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Lepas solat terawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur.

Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.




Menurut kajian dengan mengamalkan diet yang konsisten sepanjang Ramadan, ia dapat membantu mengurangkan berat badan. Caranya tidak sukar, semuanya terletak pada diri sendiri. Jika mempunyai tekad dan disiplin, anda pasti dapat mencapai matlamat yang diingini.

Jika berat badan dapat dikurangkan satu atau dua kilo di akhir Ramadan, itu sudah dikira ok. Tapi, jangan berhenti di situ saja. Sebaliknya, terus mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat selepas Ramadan.

Mudah-mudahan, matlamat kita untuk kuruskan badan semasa bulan puasa bukan sekadar dicapai untuk cantik. Tetapi turut meninggalkan kesan positif dalam mengelakkan pembaziran wang dan makanan di samping berusaha meningkatkan kesihatan diri.

Semoga tips kuruskan badan ini dapat membantu anda puasa pun dah hampir dekat  boleh lah gunakan tips ini. Selamat Berpuasa.


Saya juga aktif di media sosial yang lain boleh klik link di bawah 

FB PAGE Ju-Shaklee

INSTAGRAM : Jumilah1988

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...