Skip to main content

Baligh Awal: Apabila Kanak-Kanak Matang Lebih Awal Dari Biasa


Kanak kanak


Ada pandangan bahawa kanak-kanak kini lebih awal akil baligh berbanding beberapa dekad yang lalu. 

Kajian lanjut di Malaysia diperlukan untuk menentukan kesahihan pandangan tersebut, namun baligh awal (precocious puberty) sememangnya satu masalah kesihatan.

Akhil Baligh awal bukan semata-mata apabila kanak-kanak mengalami baligh sedikit awal daripada rakan sebaya. 

Ia merupakan satu masalah kesihatan apabila tubuh kanak-kanak mula berubah menjadi dewasa terlalu awal – sebelum umur 8 tahun bagi perempuan dan sebelum umur 9 tahun bagi lelaki.

Perubahan ini termasuklah perubahan bentuk dan saiz tubuh, pertumbuhan tulang dan otot yang pantas, dan perkembangan fungsi seks dan pembiakan. 

Kebiasaannya, masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan perempuan berbanding lelaki. 

Sebagai contoh, satu kajian mengenai baligh awal di Denmark mendapati ia berlaku dalam 9.2 per 10,000 kanak-kanak perempuan berbanding 0.9 per 10,000 kanak-kanak lelaki.

Mengesan tanda-tandanya

Tiada beza antara tanda-tanda baligh awal dan baligh normal, kecuali dari segi umur yang lebih awal.

Kanak kanak

**Tanda ini muncul di peringkat awal baligh bagi perempuan, tapi di peringkat akhir baligh bagi lelaki*Peringkat akhir baligh

Punca kerisauan

Baligh selalunya bermula apabila kelenjar pituitari (yang terletak di bawah otak) merembeskan hormon gonadotropin, yang kemudian merangsang ovari (bagi perempuan) atau buah zakar (bagi lelaki) untuk menghasilkan hormon seks (cth: estrogen atau testosteron) yang mencetuskan perubahan fizikal ketika baligh.

Terdapat 2 jenis baligh awal bergantung kepada puncanya:

🌹Baligh awal pusat: Baligh awal jenis ini lebih biasa berlaku. 

Prosesnya sama dengan baligh normal. Yang berbeza hanyalah permulaannya yang lebih awal. 

Bagi perempuan, selalunya tiada masalah kesihatan lain di sebaliknya atau punca yang boleh dikenal pasti. 

Namun, bagi lelaki, sehingga 38% kes mungkin berpunca dari kerosakan atau trauma fizikal pada otak/saraf tunjang akibat tumor, kecederaan atau penyakit genetik.

🌹Baligh awal persisian: Ia lebih jarang berlaku dan tidak melibatkan rembesan awal gonadotropin. 

Ia disebabkan oleh pengeluaran hormon seks akibat masalah seperti tumor/ketumbuhan (di ovari, buah zakar atau kelenjar adrenal) dan penyakit genetik. 

Selain itu, punca lain termasuklah pendedahan berlebihan kepada hormon seks dalam produk kesihatan atau kecantikan, seperti krim, minyak sapu, pil dan minyak pati (cth: minyak lavender atau pokok teh).

Kesan buruk

Baligh awal boleh menyebabkan masalah fizikal dan emosi dalam kanak-kanak jika tidak ditangani:

🌹Rendah ketika dewasa

Kanak-kanak yang mengalami baligh awal akan membesar lebih cepat dan jadi lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. 

Namun, kerana mereka matang lebih awal, mereka juga akan berhenti membesar lebih awal. Maka, apabila dewasa, mereka mungkin lebih rendah berbanding ketinggian purata.

🌹Masalah sosial 

Rakan-rakan akan melayan mereka secara berbeza kerana perubahan tersebut. Mereka mungkin rasa kekok, keliru atau tertekan. 

Ini boleh menjejaskan keyakinan diri atau meningkatkan risiko kemurungan atau penyalahgunaan bahan terlarang.

🌹Masalah kelakuan

Mereka mungkin jadi lebih murung, mudah jengkel atau agresif kerana hormon. Mereka juga mungkin mempunyai nafsu seks yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Apa yang boleh dilakukan?

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda baligh awal, sila rujuk pakar pediatrik atau pediatrik endokrinologi. Doktor anak anda mungkin mencadangkan rawatan berikut:

🌹Terapi analog GnRH

Suntikan ubat setiap 1 atau 3 bulan untuk menghentikan perkembangan baligh. Ia perlu diambil sehingga mereka mencapai umur baligh yang normal.

🌹Implan histrelin

Implan dalam bahagian lengan atas yang akan melambatkan perkembangan baligh. Ia bertahan selama setahun, jadi ia mungkin lebih mudah berbanding suntikan bulanan. Namun, ini jarang digunakan untuk kanak-kanak.

🌹Rawatan punca dasar

Apabila punca atau masalah dasar tersebut dirawat, selalunya baligh awal juga akan terhenti, contohnya melalui pembedahan membuang tumor yang menyebabkan rembesan hormon.

Bagi perempuan yang baligh awal, iaitu dengan pertumbuhan payudara pada umur 8-9 tahun, sila bawa mereka jalani pemeriksaan kesihatan. 

Jika proses baligh tidak berlaku secara pantas, jelaskan apa yang sedang terjadi kepada tubuh mereka dan yakinkan mereka yang semuanya akan baik.Bantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dan imej tubuh positif.

Baligh awal dalam lelaki sukar untuk ditentukan. Selalunya, mereka akan lambat didiagnosis, iaitu ketika suara bertukar garau. 

Ambil maklum bahawa pertambahan ketinggian yang mendadak, bulu kemaluan atau suara garau berlaku pada peringkat akhir baligh dalam lelaki. 

Kanak-kanak lelaki yang meningkat tinggi pada umur lebih awal daripada rakan sebaya perlu mendapat pemeriksaan kesihatan oleh pakar pediatrik/pediatrik endokrinologi. 

Doktor mereka perlu memeriksa saiz testis berdasarkan orkidometer standard Prader.

Baligh adalah sebahagian daripada proses tumbesaran, tapi baligh awal bukanlah sesuatu yang anda mahu anak anda lalui. 

Jika anda lihat tanda-tanda baligh awal pada anak anda, sila bawa mereka berjumpa doktor untuk menentukan masalah sebenar. 

Jangan risau! Dengan rawatan yang betul, kebanyakan kanak-kanak baligh awal akan membesar dengan baik, sama ada dari segi perubatan, psikologi dan sosial.

Semoga Bermanfaat .


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...