Skip to main content

KENALI PUNCA JERAGAT DAN CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DEGIL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN.

 

Vitamin shaklee



Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.


Jeragat ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat gelap atau kelihatan coklat yang pudar. Jeragat sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki.

Jeragat sering terjadi di bahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu. Jeragat kerap terjadi kepada wanita yang mengandung dan ianya di panggil Chloasma.

Kawasan sering terjadi jeragat;

63% akan kelihatan sekitar hidung dan dagu

21% akan terjadi di sekitar pipi dan hidung

16% biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang

80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yang dipanggil 
“mask of pregnancy”

Punca-Punca Jeragat


Punca Jeragat #1 : Radang Kulit

Sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH).


Punca Jeragat #2 : Hormon

Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat

Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai pelanggan saya berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.


Punca Jeragat #3 : Cahaya Matahari

Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit.

Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". 


Punca Jeragat #4 : Ubat- ubatan

Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.


Punca Jeragat #5 : Kehamilan

Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.Jadi, ibu mengandung disarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.


Punca Jeragat #6 : Kosmetik & Wangian

Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat. Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.


Jenis-Jenis Jeragat


Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun.

Dermal – terjadi dibawah lapisan sel kulit. Jeragat di bawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan.

Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat di bawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan.


Warna Jeragat dan Bentuk


Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika di bawah lampu.

Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.


5 SEBAB JERAGAT SUSAH NAK HILANG

1. Tak tahu punca

Kebanyakkan kita wanita tak tahu apa punca sebenar jeragat muncul.

Bila bertanya kebanyakan mereka selalu terdedah dengan pancaran matahari atau haba yang panas.

Terdedah dengan cuaca, haba yang panas bertahun tahun akan menyebabkan jeragat makin kronik.

2. Haid tidak teratur

haid tidak teratur melibatkan hormon yang tidak stabil.

Hormon yang tidak stabil akan menyebabkan masalah jeragat

3. Salah Pakai Produk

Kebanyakkan product mengandungi bahan kimia yang tinggi dan merosakkan kulit.

Kulit akan cepat menggelupas.

Kita rasakan kulit muka makin “flawless” , licin akan tetapi sebanrnya bahan kimia itu telah makin merosakkan kulit muka.

Kulit menggelupaskan sel sel kulit yang sepatutnya melindungi kulit muka kita.

Ingat punca utama jeragat apabila kulit muka terdedah pada cahaya matahari, haba.

Lagi lapisan kulit hilang lagi teruk muka terdedah dan jeragat akan makin teruk

4. Terlalu obses pada nak “putih”

Orang Asia semamngnya dilahirkan dengan kulit sawo matang.

Obses terhadap nak terlalu “putih” sehingga ada yang sanggup makan, pakai product “putih” cepat.

Akibatnya bahan kimia dalam product itu akan mengganggu hormon, menyebabkan kulit makin tak sihat.

Bila kulit tak sihat, sel kulit lemah melawan sinaran cahaya matahari dan hormon yang tak stabil

5. Tak rawat punca utama Jeragat

Kita hanya guna product yang sapu sapu sahaja untuk hilangkan jeragat.

Sedangkan punca utama jeragat adalah dari dalaman.

Jadi sangat penting menjaga, baiki sel sel dari dalam.

Dalam cantik, luaran akan lebih cantik

VITAMIN UNTUK HILANGKAN JERAGAT


Vitamin shaklee

VITAMIN  E


Bagi kesihatan dan kecantikan kulit, vitamin E memang sangat penting.Ia adalah vitamin yang terkenal sebaga vitamin untuk awet muda.

Kandungan antioksidannya yang tinggi adalah kunci menghilangkan jeragat pada wajah.

Selain itu, vitamin E juga berfungsi mengawal selia Vitamin A bagi tujuan pemulihan kulit rosak, disamping mampu menghilangkan jeragat dan menghalang penuaan. 

Setiap sel jeragat yang hilang, sel baru akan menggantikannya dan sel itu semestinya sel yang sihat.


1 kapsul vitamin e sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan, jeragat ataupun pigmentasi. 


Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. selain itu, Vitamin E juga dapat membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. 

Vitamin

VITAMIN C


Pengambilan vitamin c setiap hari secara konsisten akan memberikan kulit yang lebih cerah, seterusnya melambatkan simptom penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi, jerawat dan jeragat. 

Vitamin C adalah penting untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan. 

Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Oleh itu, ianya mampu untuk menghilangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 

Selain itu ia adalah anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan mampu menghapuskan radikal bebas ia menyebabkan sel-sel kulit mati.


Pengedar Shaklee aktif

 PROTEIN (ESP)

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. 

Protein yang cukup di dalam badan dapat menjaga dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat. 

Malah, dengan pengambilan sumber protein yang mencukupi setiap hari dapat menghasilkan kulit yang lebih gebu, lembut, halus dan cantik. Ianya juga dapat membantu mengurangkan kesan tompok hitam(jeragat). 

Jika badan tidak mempunyai protein yang cukup, jeragat atau pigmentasi amat sukar untuk dihilangkan. Secara kesimpulannya, sumber protein yang baik adalah kunci untuk kulit yang sihat dan cantik.



Pengedar SHAKLEE aktif


VIVIX


Mengandungi sangat tinggi antioksidan. Antioksidan ini yang membantu mengawal lebihan radikal bebas dalam badan. 

Kena tahu ya yang jeragat sebenarnya kesan radang/inflamasi pada kulit akibat radikal bebas. Radikal bebas apabila terlalu banyak menyebabkan melanin (pigmen gelap) terhasil tidak normal. 

Melanin menjadi terlalu banyak hingga belakunya jeragat.

Dan jeragat akan menjadi makin teruk dan menebal apabila sering terdedak kepada cahaya matahari.

Resveratrol yang terdapat di dalam vivix shaklee ini juga telah diuji 95% ia dapat menghalang kerosakan sel yang menyebabkan jeragat berlaku. Ia bertindak dengan cara meneutralkan kesan sinar UV pada kulit.

Vivix shaklee membantu membaiki sel-sel di dalam badan termasuk sel kulit.

Jeragat juga sebenarnya tanda sel-sel kulit kita mula rosak dan penanda awal penuaan kulit sudah berlaku.

Vivix mengandungi campuran polifenol dan resveratrol yang 13 kali ganda lagi berkesan untuk melawan kerosakan sel-sel dan melawan penuaan pada peringkat selular (DNA).


Pengedar shaklee labuan
 GLA COMPLEX


Bantu betulkan hormon yang bermasalah

Diantara faktor mengapa jeragat sukar untuk dihapuskan adalah kerana masalah hormon yang tidak seimbang. 

Sebab itu, kalau kita sapu krim tiada kesan atau buat rawatan laser, ia muncul kembali.

Sebenarnya pengambilan GLA sangat penting kepada kita kaum wanita bagi membantu menstabilkan hormon setiap masa.

Ia membantu menghilangkan jeragat dengan cara mengawal paras hormon estrogen dan testosteron.

Apabila hormon kita stabil, kulit kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. 

Bermula dari situ, kita dapat melihat jeragat akan mulai pudar dan lama-kelamaan hilang.

Vitamin SHAKLEE

COLLAGEN PLUS POWDER


Bantu tingkatkan Kolagen Di dalam Tubuh dan Cerahkan Kulit.

Selepas usia 20 tahun, purata kadar kehilangan kolagen di dalam badan adalah di sekitar 1-4 g setiap hari.

Apabila kolagen semakin berkurangan, kulit akan mula melemah dan hilang keanjalan. 

Sel kulit akan hilang kekuatan dan menjadi mudah rosak. 

Di antara kesan kerosakan sel kulit adalah timbulnya jeragat dan pigmentasi.

Kita boleh mengambil suntikan kolagen namun risiko yang mungkin anda alami adalah berlakunya alahan atau jangkitan. Kesannya juga adalah untuk sementara waktu.

Kita juga boleh mengambil krim luaran. Namun molekul kolagennya terlalu besar untuk diserap ke dalam kulit maka kita tidak akan dapat kesan seperti yang kita harapkan.

Collagen Powder Shaklee merupakan kolagen yang paling berkesan dan terbaik yang kita boleh jumpa. 

Ia mempunyai berat molekul kolagen yang amat rendah iaitu sebanyak 1000 Dalton berbanding molekul kolagen biasa 300,000 Dalton.

Jisim molekul yang rendah = kadar penyerapan unggul.

SET JERAGAT PREMIUM
1. Vivix
2. Collagen powder
3. Vitamin e
4. Gla complex
5. Vitamin c
6. Esp

SET JERAGAT MEDIUM
1. Esp
2. Gla complex
3. Vitamin c
4. Vitamin e

SET JERAGAT BUDGET
1. Gla complex
2. Vitamin c




Set kurus shaklee

Set kurus shaklee

Set kurus shaklee

Vitamin c




Kesan depends pada tahap kronik jeragat seseorang. 

Untuk masalah jeragat biasanya memang amik masa yang lama. Sebab jeragat ni berpunca dari lapisan ketiga kulit kita.

So kita kena hapuskan dari akar umbi.

Boleh hubungi Jue terus atau klik gambar di bawah untuk pautan whatsapp. Jue akan bantu bagi yang berminat dengan Set Jeragat dari shaklee ni.





Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan




PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...