Skip to main content

Panduan Miliki Kulit Sihat

 

Vitamin shaklee


Tidak kira wanita mahupun lelaki, ramai yang mahu cantik dengan mudah dan menjadikan alasan letih serta tidak cukup masa sehingga sanggup melakukan tindakan yang membahayakan kulit.

Ada juga yang bersikap acuh tidak acuh dengan mencuba satu persatu produk kecantikan wajah di pasaran tanpa mengenali sendiri jenis masalah wajah dan struktur kulit.


Bagi mengetahui panduan mengenai penjagaan kulit supaya kekal cantik dan sihat dengan lebih tepat, setiap individu itu perlu mengetahui serba sedikit mengenai struktur kulit.



Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.

👉🏻 Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras

👉🏻 Lapisan ke dua dipanggil dermis

   - Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers

   - Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis

   - Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar

     minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak

👉🏻 Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues

Apakah fungsi kulit?

Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:

  • - Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
  • - Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
  • - Mengawal suhu badan melalui perpeluhan

Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?

Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:

👉🏻 Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif

     - Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki

     - Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat

👉🏻 Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan

      - Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian

         permukaan kulit dan menghasilkan bau badan


Apakah kulit yang sihat dan cantik?

Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:

  • 🌹Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
  • 🌹Bebas daripada jerawat atau kulit merekah

Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.


Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?

Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH

  • 🌹Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
  • 🌹Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
  • 🌹Menyekat pertumbuhan bakteria

PANDUAN MILIKI KULIT SIHAT


Bagi memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjaga, beberapa langkah perlu diambil antaranya:


1. Membersihkan kulit


Mandi satu ke dua kali sehari, lebih lagi sekiranya badan berpeluh dengan banyak.


Sabun tidak memudarat­kan, tetapi penggunaannya secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.


Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering.


Guna sabun atau pencuci yang lembut jika mempunyai kulit kering.


Bagi kulit sensitif, elakkan sabun atau pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.


2. Gunakan pelembap selepas mandi


Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit yang kering. Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap.


3. Gunakan penyegar


Penyegar berfungsi untuk menutup liang roma terutama bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Ia membuat kulit menjadi kering serta mengecutkan liang roma.


4. Gunakan bahan pelembap mata


Ini antara kaedah penjagaan yang sering dipinggirkan. Penggunaan bahan pelembap di sekeliling kelopak mata boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.


5. Jaga kebersihan diri


Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin.


6. Lindungi kulit daripada cahaya matahari


Kulit menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu.


Pelindung matahari perlu disapu semula selepas dua hingga tiga jam selepas berenang.


7. Bersenam secara berkala


Senaman adalah kaedah yang paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Senaman secara berkala akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit untuk mengekalkan kesihatan kulit.


8. Amalkan diet seimbang


Makanan yang seimbang amat penting dan ia mestilah mengandungi sumber protein, karbohidrat, serat, lemak, vitamin dan mineral. Namun untuk mendapatkan kulit yang cantik, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin serta antioksidan.


9. Tidak merokok


Bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan boleh menyebabkan kanser.


10. Minum air lapan gelas sehari


Banyak meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit.


Dengan mengikuti tips ini, anda boleh menjaga kulit cantik yang sihat dan berseri . Ingatlah untuk sentiasa memilih produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit anda .

Semoga Bermanfaat.

Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleelabuan

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...