Skip to main content

4 Pembongkaran Mitos Tentang Imuniti!


Set imun shaklee


Laporan peningkatan kes Covid-19 dan penemuan Arcturus, iaitu subvarian Omicron yang terbaru secara tidak langsung mengingatkan kita untuk terus berwaspada dan melindungi diri sendiri. 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak mitos sistem imun di luar sana tentang menjaga kesihatan diri. 


Di sini, kami akan bongkarkan 4 daripadanya.


Mitos #1

Flu adalah virus, selesema adalah bakteria

FAKTA

Selesema dan flu kedua-duanya disebabkan oleh virus. Terdapat lebih 200 strain virus selesema dan flu yang unik yang bermutasi dan berubah setiap tahun. 

Justeru, amat penting untuk sentiasa memastikan sistem imun kita berada pada tahap optimum.


Mitos #2

Flu tidak berbahaya 

FAKTA

Kebanyakan kes flu akan pulih dengan rawatan. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan kesihatan kumpulan

yang berisiko tinggi seperti bayi berumur satu tahun ke bawah, warga tua berumur 65 tahun ke atas, wanita hamil, individu obes atau individu dengan sistem imun yang lemah. 

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 49,000 orang meninggal dunia akibat flu (bergantung kepada tahap keparahan, penyebaran dan jenis virus flu) setiap tahun.


Mitos #3

Anda hanya boleh menjangkiti apabila anda mengalami simptom selesema atau flu

FAKTA

Apabila anda menghidap selesema,anda berada pada tahap paling mudah untuk menjangkiti dalam tempoh tiga hari pertama (terutama semasa fasa sakit tekak) dan anda berkemungkinan besar menyebarkan virus antara hari kelima hingga ketujuh daripada saat anda dijangkiti virus flu. 

Virus ini boleh tersebar apabila anda menyentuh hidung atau mulut anda dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon atau hanya melalui batuk atau bersin.


Mitos #4

Sekali anda menghidap flu, anda tidak akan dijangkiti lagi untuk musim atau tempoh itu

FAKTA

Anda mungkin tidak dijangkiti virus selesema atau flu yang sama seperti yang pernah anda dapat, tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan menjadi mangsa strain virus yang lain. 

Terdapat pelbagai jenis virus selesema dan flu yang terkandung dalam udara dan anda mungkin imun atau kebal sementara sahaja kepada satu strain tetapi mampu dijangkiti oleh strain yang lain.


Cegah Jangkitan Virus dengan nutrien mesti-milik ini!


Set imun shaklee


Set imun shaklee

Pengedar shaklee labuan

Berminat nak dapatkan set imun shaklee boleh hubungi saya sekarang






Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan


#teamleadership




PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...