Skip to main content

5 Teknik Makan Waktu Pergi Open House Raya Supaya Berat Badan Tak Naik

 


Vitamin


Masuk bulan Syawal makanya setiap hujung minggu kebanyakan kita akan mendapat jemputan rumah terbuka. Selain seronok dapat bersama keluarga ketika beraya, bab makan memang membuatkan kita rasa teruja bila ke open house raya ini.

Sebulan berpuasa, macam-macam makanan enak terhidang depan mata memang akan buat kita sukar menolaknya.Inilah yang menjadi punca naik berat badan mendadak selepas puasa.

Tapi jika kita  ikut 5 prinsip makan ketika open house yang disaran oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri sepanjang Syawal ini jangan bimbang tubuh akan kekal langsing. Nak pergi open house seminggu tiga kali pun boleh.

1. Peraturan 5:2

Ini cara untuk beraya sebulan. Dalam seminggu, amalkan lima hari makan agak sihat dan dua hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang dikira merosakkan diet adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja.

Jadi Isnin hingga Jumaat amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

2. 20 minit

Ingat bahawa kita akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.

Hidangan “seimbang” bermakna cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat dan sebagainya), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Kemudian barulah makan sedikit manisan.

3. Satu Rumah, Satu Hidangan


Vitamin


Ramai yang mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun kita makan antara lima hingga tujuh kali.

Oleh itu untuk satu rumah yang diziarahi hanya makan satu hidangan dengan ‘gap’ mungkin dua hingga tiga jam diantara setiap rumah terbuka.

4. Fokus pada kalori makanan

Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda mahu kurangkan pengambilan kalori, makanlah tapi elak kalori daripada air. Maknanya jangan minum air manis.

5. Jangan tak beraya pulak!

Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Tapi ia perlu seimbang dan tidak berlebihan.

Semoga Tips ni dapat membantu anda untuk kekal kan bentuk badan anda dan tidak menaik kan berat badan anda secara mendadak.semoga bermanfaat 


Ambil Supplement Shaklee Untuk Membantu Kawal Makan Dan Bakar Lemak


Memang orang yang tak sedar diri kalau bab makan ni, tapi risau juga ,kolestrol, darah tinggi, buncit dan lain-lain.




Kalau nak maintain berat badan, sekaligus nak kurus, boleh amalkan suplemen yang berkaitan. Contohnya, siap-siap mengambil Phytocol ST sebelum makan bagi mengelakkan kolestrol bersarang di dalam badan. Khasnya kalau orang yang ada masalah kolestrol dalam darah.

Seterusnya ambil Lecithin dan Omega selepas makan. Jadi salur darah kita akan terpelihara daripada lemak-lemak yang baru nak menempel. Lemak-lemak lama pun akan terus terhakis.

Apa-apa pun, kalau menghadiri open house atau sebarang jamuan, makan dan minum tu biarlah berpada-pada. Nikmatnya sekejap jer tapi yang menanggung akibatnya adalah tubuh kita juga, Nak kurus ni bukan susah, tapi nak konsisten serta disiplin tu yang agak payah orang nak ikut. Ye tak?

Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda 

Boleh terus hubungi saya :




Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain,jemput klik gambar di bawah :








#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan






PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...