Skip to main content

7 Cara Mudah Cegah Berat Badan Naik Selepas Aidilfitri


Berat badan naik


Setelah sebulan berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga, hari raya menjadi lambang kemenangan buat seluruh umat Islam. 

Kemenangan ini lazimnya diraikan dengan pelbagai juadah istimewa yang jarang-jarang diperoleh pada hari-hari biasa.

Hidangan yang pelbagai ini pasti membuatkan selera jadi semakin membuak-buak. 

Malah, ada yang memberi alasan, ‘setahun sekali’ sebagai alasan untuk menikmati hidangan hari raya sepuas-puasnya! 

Maka, terjadilah isu kenaikan berat badan mendadak setiap kali selepas hari raya. Mengapa ia berlaku? Juadah hari raya sering dikaitkan dengan makanan yang mengandungi gula serta lemak yang tinggi. 

Inilah yang menjadi penyumbang kepada masalah peningkatan kalori individu setiap kali di hari raya. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Berikut adalah tip yang boleh anda amalkan agar berat badan tidak meningkat secara ketara setiap kali menjelang raya.


7 Cara Mudah Cegah Berat Naik Selepas Aidilfitri

1. Kawal pengambilan makanan

Tiada istilah ‘balas dendam’ setiap kali selesai menjalani ibadah puasa. Walaupun berada dalam suasana hari raya anda masih perlu mengawal kuantiti pengambilan makanan. 

Elak makan secara berlebihan sewaktu meraikan hari raya bersama keluarga tersayang.

Tip yang boleh anda lakukan ialah:

i. Ambil piring kecil dan sukat pengambilan makanan anda dengan menggunakan piring tersebut.

ii. Kalau nak cepat kenyang, makan secara perlahan-lahan. Ini juga salah satu cara supaya anda tidak makan secara bertambah-tambah.

iii. Duduk jauh dari meja makan supaya anda tidak tergoda dengan hidangan yang tersedia di atas meja.

2. Disiplin dengan jadual makan

Setelah sebulan berpuasa, tiba masanya untuk anda terapkan semula jadual pengambilan makanan yang lazim anda lakukan secara rutin.

i. Makan tiga kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang secara konsisten.

ii. Tak salah untuk menikmati snek di antara waktu makan utama tersebut. Tapi hadkan di antara jam 10.00 pagi dan jam 3.00 petang dengan pengambilan snek yang minimum.

iii. Elak makan malam pada pukul 8 malam dan ke atas. Pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

3. Amalkan sunnah – berhenti sebelum kenyang

Jangan makan sehingga perut terasa penuh atau senak! Makan berlebihan akan menyebabkan anda rasa malas untuk beraktiviti akibat kekenyangan. 

Elakkan juga makan secara terburu-buru kerana ia boleh mengakibatkan anda makan secara berlebihan dan tubuh tidak dapat mengesan sama ada anda telah benar-benar kenyang ataupun tidak.

4. Makan banyak buah-buahan

Tak salah menikmati kuih-muih hari raya tapi anda perlu bijak mengawal pengambilannya.

Untuk menangani nafsu atau keinginan ‘mengunyah’ kuih muih yang tinggi kandungan gula di hari raya, apa kata anda gantikan keinginan tersebut dengan menikmati buah-buahan segar. 

Nyata ia lebih mengenyangkan di samping menyihatkan tubuh.

5. Banyak minum air kosong

Air kosong adalah minuman terbaik yang boleh menghilangkan dahaga tanpa perlu memikirkan isu kalori sewaktu pengambilannya. Dengan menikmati air kosong lebih banyak, anda bebas dari ancaman kenaikan berat badan!

6. Cukup rehat

Lazimnya kita akan berjaga sehingga lewat malam sewaktu meraikan sesuatu hari istimewa seperti hari raya ini. 

Awas, jangan terbabas berjaga sehingga lewat malam kerana kurang tidur juga boleh menyebabkan masalah berat badan bertambah. 

Tapi bagaimana ya? Kerana badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang menyebabkan individu terasa lapar. Jadi, ia menyebabkan anda makan dengan kuantiti yang lebih banyak.

7. Rutin senaman

Paling penting, jangan abaikan senaman. Tubuh perlu melakukan banyak pergerakan khususnya sewaktu cuti hari raya! Di musim pandemik ini pula, kebanyakan kita lebih gemar duduk santai di rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Jadi, jangan malas untuk bersenam secara rutin. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit setiap hari supaya tubuh anda akan jadi lebih segar. Anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti naik dan turun tangga atau yoga di dalam rumah. 

Semoga cadangan ini boleh memberi manfaat buat anda dalam usaha mengekalkan berat badan sihat meskipun sedang menyambut hari raya!



Saya juga aktif di media sosial lain :



Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...