Skip to main content

Makan malam punca badan jadi gemuk - benarkah?



Set kurus Shaklee


Pengambilan makan malam yang teratur adalah penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. 

Waktu makan malam yang paling disarankan adalah bermula 6 petang sehingga 8.30 malam supaya waktu makan ini tidak menjadi punca kegemukan badan.

Hal ini kerana, seringkali kita mendengar cakap-cakap orang ramai yang mengatakan bahawa makan malam boleh menyebabkan badan menjadi gemuk! Betul ke? Macam tak ada perbezaan sahaja berat badan walaupun makan malam yang banyak…

Makan malam punca badan jadi gemuk - benarkah?

Ramai yang mengatakan bahawa makan malam boleh menyebabkan berat badan bertambah. 

Hal ini kerana salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan.

Kalau dah malam tapi masih makan dalam kuantiti yang banyak, macam mana nak turunkan berat kan?

Oleh itu, penting untuk anda tahu bahawa makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. 

Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari tidak melebihi apa yang sepatutnya.

Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :


1.Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga

Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. 

Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian. 

Kalau anda perasan setiap kali menjamu selera dengan keluarga dan rakan-rakan, pasti kita akan makan terlebih!

2.Langkau waktu makan

Bagi sesetengah orang khususnya kaum wanita, mereka sering ‘skip’ waktu makan ketika di siang hari. Tahukah anda bahawa inilah yang menjadi punca anda mengambil makanan berlebihan pada waktu malam.

3.Melepaskan stres

Setelah penat bekerja pada waktu siang, ramai dalam kalangan kita yang menggunakan makan malam ini bagi melepaskan tekanan. 

Oleh itu, makanan dijadikan sebagai bahan untuk melepaskan stres contohnya, dengan makan aiskrim dan kudap-kudapan yang mempunyai kalori yang tinggi.

4.Makan sambil menonton televisyen

Selepas dijadikan sebagai cara melepaskan stres pada waktu malam, makanan pada waktu ini juga dimakan sambil anda menonton televisyen. 

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. 

Hal ini kerana semasa menonton televisyen, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya. Patutlah..


Set kurus Shaklee


Oleh itu, paling disarankan untuk anda makan malam lebih awal dan ambil lah makanan yang tidak berkalori tinggi pada waktu malam. Jangan disalahkan pula waktu makan kalau sepanjang masa asyik makan kuantiti seperti satu talam ya!

Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...