KESUNGGUHAN dalam melakukan sesuatu bisnes bukan satu-satunya faktor yang mendorong kejayaan seseorang, sebaliknya suntikan kata-kata pembakar semangat dan sokongan moral juga mampu menjadi inspirasi menggalakkan langkahnya.
Ini kerana semua orang memerlukan sokongan dan motivasi dalam menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran.
Begitulah juga bagi seseorang yang ingin menceburi bidang perniagaan apabila motivasi amat diperlukan untuk memberikan semangat dan memupuk keyakinan dalam diri seseorang.
Semua orang tanpa mengira umur dan bangsa memerlukan motivasi diri yang mantap sebagai pedoman dan sumber kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan baik dan sempurna.
“Seseorang yang hidup tanpa motivasi diri akan berasa hidupnya tidak bermakna dan menjalani kehidupannya dengan tidak berdaya tanpa tujuan dan matlamat hidup yang tetap.
Pada usahawan, motivasi bertindak sebagai pembakar semangat untuk berjaya dengan cemerlang,”
Strategi untuk Berjaya
Semua orang ingin berjaya!
Namun, tak semua orang berani untuk keluar daripada zon selesa mereka.
“Push yourself, because no one else is going to do it for you”
Anda harus merancang strategi untuk berjaya kerana impian tanpa perancangan cuma akan terus menjadi angan-angan.
Paling utama adalah anda perlu
𝟏. 𝐓𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢
Supaya anda tahu dimana yang perlu diperbaiki untuk menjadi lebih berjaya.
𝟐. 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢.
Tidak perlu berubah secara drastik kerana ia akan menjadi tekanan untuk diri. Tetapi berubah secara konsisten dan tenang. In shaa Allah.
𝟑. 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢
Segala apa yang anda lalui sekarang, anda mampu untuk menghadapinya kerana “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” –Al-Baqarah, 286
Kita Semua Sedia Maklum Bahawa Kejayaan Tidak Datang Dengan Mudah
Setiap kejayaan itu pasti didahului dengan kegagalan demi kegagalan. Daripada kegagalan tersebutlah, kita belajar dan bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah akhirat.
Untuk memperoleh kejayaan dalam hidup, kita perlukan teknik-teknik dan cara yang betul. Bukan main hentam keromo sahaja.
Tanpa teknik yang betul, kita seperti berperang tanpa senjata atau memasuki dewan peperiksaan tanpa membuat persediaan terlebih dahulu.
Berikut beberapa tip penting buat anda yang ingin memulakan perniagaan.
Tetapkan hala tuju perniagaan
Sama ada menjadikan bisnes pilihan terakhir menjana pendapatan, sekadar minat atau serius menjadikan perniagaan sebagai kerjaya, penting untuk menetapkan hala tuju sebelum memulakan sesebuah perniagaan.
Buat bisnes yang disukai
Perjalanan membina perniagaan menjadi lebih mudah sekiranya melibatkan perkara yang disukai. Dengan itu, anda akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam perniagaan.
Berada dalam persekitaran positif
Perasaan kekok dan tidak selesa mungkin ada di peringkat permulaan tetapi dengan adanya sokongan serta kritikan membina daripada keluarga dan rakan-rakan secara tidak langsung anda dapat mempelajari ilmu baharu dan memperbaiki kesilapan.
“Bergaul dengan orang yang selalu bersikap positif juga akan menambah wawasan dan memperbaiki peribadi kita menjadi lebih positif, selain mampu membangkitkan potensi dalam diri dan selalu mendapat sokongan walaupun tanpa diminta.
Mantapkan diri dengan ilmu
Mempunyai ilmu keusahawanan sebelum memulakan perniagaan adalah penting dan proses pembelajaran perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai pengalaman mahupun kelulusan.
Sentiasa belajar supaya potensi diri dan perniagaan dapat ditingkatkan ke tahap maksimum.
Utamakan pelanggan
Letakkan diri anda sebagai pelanggan dalam setiap keputusan yang dibuat. Pastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik dan keperluan mereka diutamakan.
Perancangan teliti
Perancangan perniagaan perlu dilakukan lebih awal bagi menetapkan fokus kepada apa yang perlu dilakukan selain membantu mendapatkan keuntungan.
Persediaan diri
Persediaan diri secara mental dan fizikal penting bagi mendepani pelbagai situasi sukar dan di luar jangkaan. Jangan terlalu selesa dan hanya mengikuti langkah dilakukan syarikat lain kerana cabaran dalam setiap perniagaan adalah berbeza.
Cipta rangkaian hubungan
Rangkaian hubungan yang luas berupaya membantu memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Gunakan platform media sosial sebaik mungkin bagi mengembangkan rangkaian hubungan.
Selain itu, cipta rangkaian hubungan baharu dengan individu berpengaruh besar dalam bidang perniagaan. Dengan rangkaian ini, pelanggan akan lebih yakin dengan produk yang ditawarkan.
Dan yang terakhir sekali adalah kita jangan kedekut untuk berkongsi ilmu yang kita ada dengan orang lain di sekeliling kita. Saling bantu membantu dan berkongsi idea dapat memantapkan lagi bisnes anda serta mewujudkan persaingan yang sihat.
Lebih banyak kita membantu orang lain maka akan lebih ramai yang akan membantu kita satu masa nanti. Bak kata pepatah Inggeris, “the more you give, the more you get.”
Sekian dahulu perkongsian dari Saya buat hari ini dan pesanan saya jangan lupakan kongsikan kebaikan dan ilmu ini.
Sebarkan kepada teman-teman seperjuangan kita semua supaya aura positif ini dapat mengalir dan di dalam masa yang sama akan mengubah cara kita berfikir dan bertindak.
Semoga bisnes kita semua bertambah maju dan pesat membangun. Insyallah..
Saya juga aktif di media sosial lain :
Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN
Instgram : @jumilah1988
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
Comments
Post a Comment