Skip to main content

Vision Board Untuk Realisasikan Impian Anda



Vision board


Korang pernah tak dengar vision board atau singkatan dia VB? Vision Board atau VB ni adalah senarai impian korang nak capai dalam masa tertentu tapi diterjemahkan dalam bentuk gambar. 


Sebenarnya VB ni sangat penting untuk orang yang berbisnes tau. So kita nampak apa visi dan misi kita nak capai dalam tempoh tertentu.

Sebaiknya VB ni diletak pada tempat yang kita selalu tengok. Contohnya dalam bilik, sebelah cermin, meja study dan sebagainya.

Bila hari- hari kita pandang VB, kita akan rasa bersemangat dan yakin nak capai semua impian kita. 

Yang bagusnya VB ni, bila mood malas kita datang atau tetiba kita rasa down, dan bila terpandang je VB, terus tak jadi nak malas-malas dah. Hehe. Power kan?

Tapi VB ni bukan magik tau. Buat- buat terus dapat capai semua. Kena lah seiring dengan usaha yang bersungguh sekali. 

Allah tak kan bagi pada orang yang usaha sambil lewa je. Betul tak?


Kenapa Pentingnya VISION BOARD?

Secara generalnya, bila kita ada VB ni, kita akan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk capai semua impian yang dah kita lakarkan tu.

1. Membantu untuk capai target.

VB menjadikan kita seorang yang teratur. Kita akan susun target dan strategi untuk capai impian dan azam kita. Target ni boleh jadi target jangka pendek, target jangka sederhana dan target jangka panjang. Target-target ni perlu ada dan penting dalam kehidupan kita. 


2. Jadikan kita lebih berdisiplin.

Bila ada VB ni, kita akan lebih berdisiplin sebab kita tahu, kita ada sesuatu yang nak kita capai. Kita perlu sentiasa bergerak ke hadapan untuk pastikan semua impian dan azam kita berjaya direalisasikan mengikut target yang dah kita tetapkan.


3. Buat kita berangan-angan.

Berangan tu percuma kan? Tapi dengan angan-angan lah ia mampu bertukar menjadi realiti. Tapi syaratkan, bukan hanya sekadar angan-angan lah. Angan-angan yang seiring dengan tindakan.


Vision board


Tips VISION BOARD Yang Terbaik


Untuk create VB, perlulah SMART. - Specific - Measurable - Achive - Time.


1. Secara Santai.

Buat VB dengan kata hati. Tak perlu overthinking. Just apa yang anda rasa anda nak dan minat untuk dapatkannya. 

2. Guna Perkataan Positif dan Dalam Keadaan "present tense" atau sekarang.

Contohnya, berbanding anda tulis "Saya nak kurus" boleh tukarkan kepada "Saya bertambah yakin dan cantik bila kurus".

3. Lebihkan Gambar dan Kurangkan Perkataan.

Picture speaks louder than words kan? Minda kita akan lebih mudah "capture" gambar dari tulisan.

4. Masukkan Diri Kita dalam VB.

Letakkan at least 1 gambar kita dalam VB tu. Supaya kita sentiasa set bahawa ini adalah impian kita. Bukan impian orang lain.

5. Impian Besar.

Jangan limitkan impian kita. Letak apa yang kita nak capai walaupun mungkin bagi kita terlalu tinggi.

6. Make It Just For You. VB ini untuk DIRI KITA.

Tengok balik impian dan azam kita. Betul ke semua impian tu yang kita nak? Atau kita nak capai impian tu untuk puaskan hati orang lain? Atau impian tu adalah impian yang orang lain nak dari kita? Buatlah apa yang betul-betul kita nak.

7. Be Creative.

Jadilah se kreatif mungkin. Yang boleh buatkan kita berkobar-kobar dan sentiasa bersemangat untuk capai impian kita. 

8. Tempat Strategik.

Dah selesai create VB, letakkan VB kita di tempat yang kita mudah nampak. Yang hari-hari kita boleh tengok. Yang hari-hari kita akan pandang. Contohnya di almari baju, meja solek, meja study, dinding bilik dll.


Perlu Ke Buat Vision Board

Bagi saya sangat perlu ! Untuk pastikan kita sentiasa on track dalam apa jugak yang kita lakukan. Supaya kita keluar dari zon selesa dan sentiasa bersemangat untuk capai impian kita.


VB ni adalah tempat untuk kita tulis dan gambarkan segala impian dan azam yang nak kita capai tu. 

Kita terjemahkan semua tu dalam bentuk gambar dan sebenarnya secara tak sedar minda separa sedar kita akan setkan semua impian dan azam kita dalam otak dan kita akan berusaha untuk capai semua impian dan azam kita tu.

Lagi terbaik kalau dalan VB kita tu, kita terus spesifikkan tarikh atau bulan, atau lokasi setiap impian kita tu. Lagi la berkobar-kobar nak capai semua tu kan. 


Vision board


Untuk yang belum buat VB, bolehlah mula create VB anda hari ini. Insha Allah, ia membantu kita dalam menentukan hala tuju kehidupan kita akan datang. Impian dan azam kita ni, hanya kita boleh realisasikannya !

Yang penting, kita kena usaha, doa dan tawakal sepenuhnya pada Allah. So, selamat melakar Vision Board anda!


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan


#teamleadership

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...