Skip to main content

Hidup biar sihat, mari mulakan amalan gaya hidup sihat ini!


Gaya hidup sihat


impikan memiliki sebuah amalan gaya hidup sihat, namun untuk membuat perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang amat mencabar. Ramai yang putus asa di tengah jalan.

Untuk memulakan amalan gaya hidup sihat, anda perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan senaman fizikal. Asasnya ramai dah tahu, tetapi kenapa masih ramai yang gagal?

Salah satu puncanya adalah membuat perubahan pada kadar terlalu mendadak. Sebelum ni tak pernah bersukan, bila terfikir nak berubah terus lari 5KM. Kesudahannya badan sakit 2-3 hari, kemudian rasa malas nak buat dah.

Perubahan mendadak ini mungkin boleh tahan dalam 1-2 minggu, tapi selepas itu kita akan penat dan putus asa. 

Buat perubahan gaya hidup sikit demi sikit mengikut tahap keselesaan anda, yang paling penting adalah amalan gaya hidup sihat ini berkekalan sampai ke hujung hayat kita.


Mari mulakan amalan gaya hidup sihat dengan 4 langkah ini.


Kawal pemakanan

Antara kesilapan bila nak ubah gaya pemakanan adalah mengikuti tips-tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas tetapi bila dah habis diet, berat naik semula melebihi paras sebelum diet.

Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke mulut anda, bukan makan mengikut apa yang nafsu anda mahu. 

Adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi makan donut, kek atau makanan segera? 

Tidak, kuncinya adalah kawal, makanan-makanan tidak berkhasiat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja seperti sambutan hari jadi atau sebagai ganjaran setelah mencapai sesuatu. Dan makanlah berpada-pada.

Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi SAW:“Jangan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.” (Hadis Riwayat Bukhari) Disiplin pengambilan makanan ini mampu mengawal tubuh daripada diserang penyakit. Pastikan tiga ruang untuk tiga benda dalam tubuh diisi dengan seimbang iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lagi untuk makanan.


“You are what you eat”, adalah pepatah Inggeris yang menggambarkan tentang bagaimana makanan boleh mempengaruhi kehidupan seharian. 


Meskipun ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat namun ramai juga yang tidak berdisiplin dalam isu membabitkan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan.


Salah satu cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukuksukuseparuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Anda masih boleh makan nasi, tapi dalam kuantiti yang terkawal. 2 perkara anda perlu ingat dalam pemakanan sihat adalah sedar dan kawal.


Gaya hidup sihat


Banyakkan aktiviti fizikal

Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang  banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. 
Sebelum mulakan aktiviti   senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan 5 cadangan di bawah.Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km) 
  • Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km) 
  • Gunakan tangga berbanding lif 
  • Parkir kereta jauh daripada ofis
  • Regangkan badan selama 10 minit bagi setiap 1 jam 
  • Rajinkan buat kerja rumah (menyapu, mengemop) 
Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri anda, anda boleh menari, yoga, berlari, lompat tali atau bermain bola. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. 
Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.
“Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas”- Pepatah Arab.
Jaga kesihatan mental

Tiada gunanya jika badan sahaja sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi hari ini lebih mudah mendapatkan tekanan mental. 
Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu.

Ini beberapa aktiviti untuk menjaga kesihatan mental:
📌Kajian telah membuktikan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan. Bagi yang Muslim, ibadah solat dan doa juga adalah salah satu bentuk meditasi. 
Ketika solat kita ibarat terpisah sebentar daripada dunia, lupakan seketika semua masalah, ia adalah masa kita dengan Tuhan. Kemudian luahkan semuanya dalam doa anda.
📌Belajar kemahiran baru atau mulakan hobi baru bagi memastikan minda anda sentiasa muda dan aktif. 
Anda boleh mula menulis, melukis, berkebun atau belajar muzik. Luangkan sekitar 10-15 minit sehari pun sudah memadai.
📌Luangkan masa dengan alam sekitar. 
Sekali sekala kita perlu lari daripada kesibukan ibu kota. Pergilah berkelah di air terjun atau pantai, berjalan-jalan di taman awam atau mendaki bukit. Melihat kehijauan alam juga terbukti baik untuk mata anda.

Rasulullah SAW turut menasihati, ‘marah’ tidak boleh diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Perasaan marah boleh menyebabkan kesihatan terjejas. Tidak putus asa, bersabar, tidak iri hati dan menjadi seorang yang pemaaf merupakan penawar paling baik kepada masalah dalaman manusia. Manusia yang sentiasa positif mampu mengekal tahap kesihatan yang baik dan sempurna

Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. 
Tetapkan waktu tidur anda, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan tidur anda mencukupi.
Gaya hidup sihat


Faedah cara hidup sihat

  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.
Vitamin shaklee

Teruskan Perjalanan Anda Ke Arah Kesihatan Dengan Shaklee

Di Shaklee, kami mementingkan kesihatan dan kami mahu bersama dengan anda mencapai kesihatan yang hebat. Saya gembira jika anda ingin memulakan langkah untuk menjalani gaya hidup yang sihat.


Ramai Mengatakan Bahawa "Apa Yang Penting Di Dalam Hidup Ini Bukanlah Berapa Lama Anda Hidup, Tetapi Bagaimana Anda Menjalani Kehidupan Ini"

Dengan khasiat polifenol, anda akan lebih menikmati kehidupan, sentiasa kelihatan muda, lebih sihat, dan menjalani kehidupan dengan penuh bersemangat, bertenaga! 


Polifenol untuk Sel Yang Sihat


Polifenol adalah bahan semula jadi yang wujud dalam buah-buahan, beri dan sayur-sayuran. 


Kajian saintifik mendapati bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan polifenol untuk jangka masa panjang membantu mencegah dan memperlahankan pembentukan Advance Glycation End (A.G.E) di dalam badan anda dan menyokong kesihatan serta kesejahteraan secara menyeluruh.



Vitamin shaklee

Jom Mulakan gaya hidup sihat dengan mengubah sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Ingat, ia adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 





PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.



Comments

Popular posts from this blog

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...