Anda ada masalah kulit? Tua sebelum usia?Berjerawat? Pigmen? Tanda2 penuaan? Kulit kering/berminyak? Let me suggest you to take Collagen Powder from Shaklee.
Kolagen
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.
Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.
Sumber Kolagen Komersil
Adakah anda tahu, kolagen yang banyak terdapat di pasaran dihasilkan daripada sumber apa?
Kebiasaannya kolagen komersil ini diproses daripada 3 sumber utama iaitu :
1. Ikan
- Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya ikan salmon dan ikan merah.
- Pada tahun 2011, kolagen daripada ikan tilapia telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia.
- Kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau babi.
2. Lembu
- Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.
3. Khinzir / Babi
- Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.
Kenapa Kolagen Penting Untuk Manusia?
- Kolagen memberikan struktur kepada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.
Rajah 3 : Ilustrasi membezakan kulit muda dan kulit berusia.
- Kolagen memainkan peranan penting terhadap TULANG. Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hydroxyapatite. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.
- Fiber kolagen yang juga terdapat pada OTOT kita menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk bergerak dan menjalankan fungsinya sepanjang hari.
- Dinding SALUR DARAH tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang mana ia memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.
Produk Kolagen Di Pasaran Malaysia
Pada asasnya, khasiat kolagen diaplikasikan dalam industri makanan, industri perubatan, industri kesihatan dan industri kosmetik.
Pengambilan kolagen oleh rakyat Malaysia kini semakin meningkat dengan kesedaran tentang kebaikan khasiat kolagen terutamanya daripada sudut kecantikan kulit.
Produk mengandungi kolagen juga dikenali sebagai produk antipenuaan kerana fungsi kolagen diaplikasikan untuk menggantikan kolagen yang hilang pada tubuh.
Lambakan produk makanan tambahan / suplemen yang mengandungi kolagen perlu diberi perhatian oleh pengguna.
Kesan penggunaan kolagen berbeza bergantung kepada :
- kandungan jumlah molekul kolagen
- jenis kolagen
- kadar penyerapan oleh sistem tubuh.
Menjadi tanggungjawab pengguna untuk mengetahui sumber kolagen yang terkandung di dalam produk yang diambil.
Bagi pengguna beragama Islam, perkara ini sangat penting kerana sumber babi sama sekali dilarang penggunaannya kerana dikategorikan sebagai najis berat. Manakala bagi kolagen bersumberkan lembu, ia perlulah diperoleh daripada lembu yang disembelih mengikut hukum syarak.
Di samping itu, kolagen yang diekstrak daripada lembu dan ikan juga perlu dipastikan tiada percampuran bahan-bahan yang meragukan status halalnya semasa pemprosesan.
Adalah lebih mudah bagi pengguna beragama Islam untuk mendapatkan kolagen halal dengan memilih produk yang mempunyai sijil pengesahan halal dan logo halal Malaysia.
Produk yang telah dipersijilkan halal telah disemak kandungan bahan ramuannya termasuklah kolagen dan sumbernya.
Selain itu, pemeriksaan di premis pengilang turut dijalankan bagi meneliti aspek berkaitan kebersihan dan amalan pengilangan yang baik.
Pilihlah Shaklee Collagen Powder sebagai pilihan kolagen anda hari ini!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya
Anda Berminat? Dapatkan Shaklee Collagen Powder Sekarang!
Jika anda nak beli ataupun nak COD area W.P.LABUAN boleh hubungi jue sekarang . Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Jue akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia .
Klik link di bawah untuk order
Saya juga aktif di media sosial lain :
Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN
Instgram : @jumilah1988
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
#teamleadership
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.













Comments
Post a Comment