Skip to main content

Nak Kekal Ramping Anda Kena Tahu Cara Kira Pengambilan Kalori Harian,PENTING!


Kalori


Untuk menurunkan berat badan, anda perlu mengurangkan pengambilan kalori daripada yang dibakar. Kedengaran mudah bukan? Tetapi bagaimana cara kira kalori makanan sebenarnya, ya?


Apa itu kalori?

 

Sebelum mengetahui cara kira kalori makanan, jom kita fahami secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan kalori itu.

 

Kalori adalah ukuran tenaga, biasanya digunakan untuk mengukur kandungan tenaga dalam sesuatu makanan dan minuman.

 

Anda menggunakan kalori yang dimakan dan diminum untuk fungsi penting tubuh, contohnya bernafas dan berfikir serta melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bercakap dan makan.

 

Sebarang lebihan kalori akan disimpan sebagai lemak. Jika anda kerap makan secara berlebihan, ia akan menyebabkan penambahan berat badan dari masa ke masa.


Perlu ke pengiraan kalori?

 

Anda mungkin sering mendengar bahawa kalori adalah tidak penting dan melakukan pengiraan kalori sesuatu yang membuang masa.

 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mengurangkan berat dengan berkesan, maka kira kalori makanan untuk kurus adalah penting.

 

Ia adalah fakta yang telah disahkan berdasarkan kajian disebut sebagai overfeeding. Melalui penyelidikan tersebut, beberapa individu diminta secara sengaja untuk makan secara berlebihan dan diukur kesannya ke atas berat badan dan kesihatan mereka.

 

 

Hasil kajian mendapati mereka yang mengambil kalori lebih banyak daripada yang dibakar, akan mengalami pertambahan berat badan.

 

Fakta mudah ini bermakna mengira kalori dan mengehadkan pengambilannya berkesan untuk mencegah penambahan berat badan atau menurunkan berat selagi anda mematuhinya.

 


Kira kalori makanan yang perlu dimakan

 

Secara amnya, berapa kalori yang diperlukan bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, umur, berat badan dan tahap aktiviti fizikal.

 

Sebagai contoh, seorang atlet lelaki berusia 25 tahun akan memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita berumur 70 tahun yang tidak bersenam.

 

Jika sedang merancang untuk menurunkan berat, anda perlu mencipta defisit kalori dengan mengurangkan pengambilan makanan.


Cara kira kalori makanan perlu diambil setiap hari

 

Bagaimana untuk kira kalori badan? Terdapat tiga langkah yang perlu anda lakukan:

 


Langkah 1: Kira Indeks Jisim Badan (BMI)

 

Berat (dalam kg) ÷ [Tinggi (dalam meter) x Tinggi (dalam meter)]

 

Kaedah pengiraannya seperti berikut:

 

Berat badan: 55 kg

 

Ketinggian: 155 cm – Tukar ukuran tinggi kepada meter: 155 cm ÷ 100 = 1.55 m

 

Pengiraannya: 

 

55 ÷ (1.55 x 1.55) = 22.9 = Berat sihat

 

Melalui keputusan kiraan BMI, anda dapat mengetahui golongan berat badan anda. Melalui carta ini juga, anda boleh target bagi mendapatkan berat badan yang diingini.

 

Bagaimana nak tahu kategori berat badan anda berdasarkan BMI yang dikira tadi? Rujuk senarai di bawah:



Kalori


Langkah 2: Kira kalori makanan harian ikut badan (BMR)

 

Basic Metabolic Rate (BMR) adalah kiraan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dalam keadaan rehat mengikut tinggi, berat dan umur (tanpa aktiviti fizikal).

 

Pengiraan BMR berbeza untuk lelaki dan wanita. Cara kira BMR adalah seperti berikut:

 

 Formula kiraan BMR bagi lelaki:


 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) – (6.8 x umur)


 Formula kiraan BMR bagi perempuan:


 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) – (4.7 x umur)

  


Contoh :

 

Danial (lelaki)

 

Berat : 75 kg

 

Tinggi : 170 cm

 

Umur : 35 tahun

 

Pengiraan :

 

66 + (13.7 x 75 kg) + (5 x 170 cm) – (6.8 x 35 thn)

 = 66 + (1027.5) + (850) – (238)

 

=1705.5

 


Langkah 3: Jumlah keperluan kalori harian (DCR)

 

Daily Calorie Requirements (DCR) merupakan jumlah kalori yang diperlukan ketika melakukan aktiviti fizikal.

 

DCR adalah seperti berikut:

 

👉🏻Individu kurang senaman, tidak bersenam langsung atau hanya duduk melakukan kerja pejabat sahaja = 1.2


👉🏻Individu sedikit aktif atau melakukan senaman 1-3 kali seminggu = 1.375


👉🏻Individu aktif atau bersenam 3-5 kali seminggu = 1.55


👉🏻Individu sangat aktif atau melakukan senaman 6-7 kali seminggu = 1.725


👉🏻Individu yang terlampau aktif atau bekerja dan melakukan senaman berat setiap hari atau senaman 2 kali sehari = 1.9

 

 

Kemudian, jumlah BMR tadi didarabkan pula dengan DCR.

 

Danial, seorang lelaki dengan keputusan BMR 1705.5, dan aktif bersenam 3-5 kali seminggu. Secara tidak langsung Danial berada dalam kategori 3 – 1.55

 

1705.5 x 1.55 = 2643 kcal

 

2643 kcal adalah jumlah kalori yang diperlukan mengikut umur, berat badan, tinggi dan aktiviti harian Danial.

 

Dengan keputusan BMI pada awal kiraan tadi, Danial tergolong dalam kategori memiliki berat badan normal, jadi dia boleh mengekalkan berat badan dengan pengambilan kalori mengikut kiraan DCR di atas.

 

Sebaliknya, jika Danial berada dalam kategori berat berlebihan, dia mempunyai dua pilihan iaitu:

 

  • Kekalkan berat badan dengan pengambilan kalori mengikut kiraan dengan DCR seperti di atas; atau
  • Turunkan berat badan berlebihan dengan mengurangkan pengambilan kalori harian sebanyak 500 kcal daripada kiraan DCR

 

Untuk kesihatan optimum, kira kalori makanan yang perlu diambil bukanlah satu-satunya perkara penting yang perlu diberikan perhatian. 


Namun, jika ia melibatkan penurunan berat badan, pengiraan kalori harus diambil .


Semoga bermanfaat


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan


#teamleadership 

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...