Skip to main content

5 Kesilapan Perlu Dielakkan Supaya Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda





Dalam perniagaan sudah tentu pelanggan adalah antara faktor utama yang anda harus hormati dan tahu apa kehendak pelanggan anda. Betul betul? 


Memang banyak perangai mereka yang perlu anda turuti. Seperti pepatah customer is always right. Tapi kalau ada pelanggan yang jenis ‘banyak akal’, memang sakit kepala dibuatnya.


Memang sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan untuk melengkapi kehendak pelanggan anda ini. 

Namun anda sebagai usahawan dan peniaga, anda harus berusaha melengkapi kehendak pelanggan dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu. 

Teruskan berusaha tanpa ada rasa putus asa dan teruskan berjuang demi perniagaan anda.

Banyak bisnes jika kita lihat ketika ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika anda tak pandai jaga hati pelanggan anda, tak mustahil mereka boleh cari peniaga lain. Dengan alasan, anda tak pandai jaga pelanggan. 

Boleh nampak tak di sini? Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, jagalah pelanggan anda sebaik mungkin. Cuba lengkapkan apa yang mereka mahu.

Bagi memberi ‘pencerahan’ jelas untuk tajuk ini, jom kita sama-sama lihat apa 5 kesilapan perlu dielakkan


5 Kesilapan Perlu Dielakkan Supaya 

Pelanggan ‘Lekat’ Dengan Anda :


Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih


Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes. Tak kiralah anda berniaga secara online atau offline, ucapan terima kasih tu perlu diucapkan dan ditaip atau ditulis kepada pelanggan anda.

Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. 

Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?


Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri

Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. 

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. 

Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda. Anda perlu tahu sedalam-dalamnya tentang produk anda itu.

Jika ada pekerja, sewajibnya anda perlu ajar dan bagi training kepada mereka untuk faham produk anda itu. 

Selepas ini, anda dah tak perlu risau. Malah pekerja anda nanti akan tampak lebih yakin untuk menerangkan secara mendalam tentang produk anda itu. 

Barulah pelanggan pun tak teragak-agak untuk membeli kerana mereka yakin dengan segala maklumat yang telah disampaikan.


Pilih Kasih Antara Pelanggan

Dah ada pelanggan, jangan pulak pilih kasih yer. Jagalah pelanggan anda tak kira dia siapa. Jangan lebihkan satu pelanggan dan tak hiraukan pelanggan yang lain. Nanti lari pulak pelanggan tu. Anda jugak yang rugi.

Apa yang boleh anda lakukan, layan pelanggan anda dengan baik. Nak tak nak anda memang perlukan mereka. 

Mereka ni juga nanti yang boleh ‘bawa mulut’ menceritakan tentang produk anda kepada rakan-rakan dan keluarga mereka. Haa kan dah dapat promosi percuma kat situ. Jadi hargailah pelanggan anda.


Tidak Dengar Pandangan Pelanggan


Ada pelanggan yang suka memberikan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Memang ada di antara mereka yang annoying dalam memberikan pendapat mereka. 

Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka dengan produk anda itu. Akan tetapi anda janganlah cepat melatah atau marah ye.

Sebaiknya layan mereka dengan baik ketika mereka memberikan pandangan sesuatu produk itu. Kadang-kadang mereka perlukan kepastian. 

Apa yang anda boleh lakukan, berbincang dengan baik, dengar dan fahami masalah mereka. Dan jika boleh, selesaikan masalah mereka ketika itu juga.


Terlalu Memaksa Pelanggan Untuk Membeli


Ini antara perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Ramai peniaga dan usahawan di luar sana kerap melakukan kesalahan ini. Jika mahu pelanggan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda, jangan memaksa mereka.

Dekati mereka dahulu, banyakkan engagement cuba tanya masalah yang mereka sedang hadapi atau apa yang boleh anda bantu mereka. Jangan terlalu kerap gunakan ayat ‘beli’ kerana nanti pelanggan menyampah dengan anda. 

Banyak kongsikan tips atau pun kongsi beberapa perkara berkaitan dengan produk anda itu. Dapat sesuatu?

Justeru itu, anda sebagai peniaga dan usahawan haruslah menjaga pelanggan agar mereka lebih senang dengan anda. Apabila mereka senang dengan anda maka mudah untuk mereka membeli produk anda.

Anda harus mementingkan pelanggan kerana apabila mereka hilang kepercayaan dengan anda, anda bakal kehilangan mereka. 

Dan jika kita lihat sini, platform media sosial juga turut diwujudkan bagi menghubungkan antara anda dan pelanggan. Bukan sekadar berniaga secara offline sahaja.

Inilah pentingnya hubungan pelanggan kepada peniaga atau usahawan. Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. 

Ingat, perkara yang anda mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan anda.

Semoga Bermanfaat 


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan


#teamleadership 

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...