Skip to main content

9 Tips Travel Terbaik Jimat Duit Masa Travel | Melancong Cara Bajet & Berbaloi

 

Tips travel


Kalau tanya orang di sekeliling kita kebanyakannya suka melancong. Siapa tidak suka melancong. Boleh naik kapal terbang, jalan-jalan lihat negara orang, dan belajar budaya serta bahasa yang berbeza daripada negara sendiri. 


Sememangnya, memberikan pengalaman yang luar biasa dan bermakna kepada kaki travel. Tetapi, boleh dikatakan melancong bukanlah satu aktiviti yang murah kalau ingin dijadikan hobi dan juga perlukan ilmu yang secukupnya sebagai persediaan supaya tidak menghadapi masalah. 


“Bestnya dapat cuti sambil jalan-jalan. Tapi macam mana nak dapat percutian bajet yang tidak menggunakan banyak wang tetapi pada masa yang sama tetap menyeronokkan ?”


Sekiranya anda merancang untuk bercuti dengan riang tanpa perlu risau keluar duit dengan banyak, ini adalah artikel yang patut anda baca.


Di sini saya ingin kongsikan 9 tips travel terbaik jimat duit yang anda boleh guna masa anda travel nanti.


9 Tips Travel Terbaik 


1.Buat Tempahan Awal


Nak dapat percutian bajet, anda kena rajin survey harga.

Anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah jika anda menempah tiket penerbangan dan juga penginapan anda lebih awal. Ianya juga untuk pastikan ketersedian penginapan yang anda mahukan.

2. Bercuti Di Luar Musim

Kebiasaannya, harga tiket penerbangan dan penginapan sangat mahal semasa waktu puncak iaitu cuti sekolah atau cuti hujung tahun. Jadi, anda boleh rancang percutian bajet anda ketika luar musim bercuti.

Selain itu, bercuti di luar musim juga mempunyai kelebihan sendiri. Anda tidak perlu risau bilik hotel dan penginapan penuh. Tempat tarikan juga tidak akan crowded dengan pelancong.

3. Jangan Banyak Songeh

Untuk berjimat semasa percutian, anda tidak boleh 'banyak songeh'. Contohnya, jika anda dah terbiasa memandu kereta ke mana-mana, apa kata kali ini anda cuba gunakan pengangkutan awam di destinasi tersebut. Bukan sahaja dapat berjimat, anda juga boleh merasai pengalaman seperti orang tempatan. Selain itu, anda juga boleh relaks dan nikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan.

Jika anda sudah terbiasa dengan suasana bilik tidur yang selesa, anda tidak boleh banyak songeh ketika berada di luar negara, jika tidak mahu mengeluarkan banyak wang.

4. Pilih Destinasi Alternatif

Destinasi popular adalah lebih mahal berbanding destinasi lain. Selain dari kos tinggi, tempat ini juga pasti penuh dan padat dengan pelancong.

Anda boleh jimat duit dengan memilih destinasi alternatif. Tempat percutian bajet ini pasti rare dan lain dari yang lain.

Tiket penerbangan ke destinasi kurang popular biasanya lebih murah, dan tempat penginapan pula pasti banyak kosong yang tidak akan menyebabkan harganya naik mendadak sekaligus anda boleh berjimat.

5. Lawati Tempat Percuma


Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum.

Anda boleh lawati tempat menarik yang free of charge. Antaranya pasar, tempat-tempat keagamaan dan aktiviti outdoor seperti mendaki bukit. Kalau nak bercuti dalam negara, anda boleh rancang percutian bajet di Malaysia.

Banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai tanpa keluarkan duit.

6. Bercuti Secara Berkumpulan

Inilah masanya untuk bercuti bersama kawan-kawan.

Bukan sahaja boleh spend time bersama, anda juga boleh jimatkan kos pengangkutan dan penginapan disebabkan pembahagian kos penginapan, makanan dan lain-lain.

Selain itu, anda juga boleh bercuti bersama keluarga. Apabila bercuti ramai-ramai, boleh kongsi bilik dan jimatkan kos lain.

7. Cari Tempat Penginapan Murah 

Sebelum tempah tempat penginapan, survey dan bandingkan harga dahulu. Anda boleh pilih tempat penginapan yang murah, selesa dan sesuai dengan anda.

Kalau bercuti dalam kumpulan yang besar, samada dengan keluarga atau kawan-kawan, anda boleh pilih homestay atau apartment.

Jika percutian anda bersama kumpulan atau keluarga yang ramai, tempah homestay lebih berbaloi. Tak perlulah menempah bilik hotel yang kecil dan lebih mahal.

8. Masak Sendiri 


Cara yang paling senang untuk berjimat semasa percutian bajet adalah dengan masak sendiri dan inilah kelebihan jika anda menginap di homestay kerana ianya membolehkan anda memasak sendiri di dapur juga boleh melakukan aktiviti BBQ sendiri.

Semasa pilih tempat penginapan, anda boleh cari penginapan yang menyediakan dapur. Bolehlah anda masak sendiri dan bawa bekal semasa berjalan-jalan.

Ini tak bermaksud anda tidak boleh makan luar sepanjang bercuti. Rugilah kalau tak cuba makanan tempatan. Tetapi, anda patut makan makanan yang unik dan sukar ditemui di tempat anda. Sebaliknya, jika menu makanan yang biasa-biasa sahaja, lebih baik masak sendiri !

9. Tempahan Pakej

Percutian juga akan jadi lebih murah apabila anda menempah dengan pakej percutian. Contohnya, pakej percutian merangkumi tiket penerbangan, penginapan, kenderaan dan makanan.

Jadi anda tidak perlu risau untuk keluar duit lagi kerana semuanya sudah dibayar awal. Antara pakej yang anda boleh lihat adalah seperti MH Holidays, ataupun AirAsia SNAP.

Jemput Baca : Percutian Shaklee Bertaraf 5 Star 


Tips travel


Dan akhirnya tips travel terbaik yang boleh digunakan untuk menjimatkan belanja ketika melancong adalah untuk sentiasa “stick to the plan” atau ikut perancangan secara berdisiplin. Pasti anda mampu untuk menikmati percutian yang menarik tetapi menjimatkan.


Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan dapat di praktikkan apabila anda melancong nanti. Selamat Bercuti. 


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...