Skip to main content

Awas, Ini Tabiat Kecil Boleh Menyebabkan Muka Tumbuh Jerawat

 

Jerawat


Siapa sahaja yang tidak tertekan jika wajah ditumbuhi jerawat. Cara yang paling cepat untuk menghilangkan jerawat adalah dengan memicitnya. Namun adakah cara ini selamat untuk kulit wajah anda? 


Tahukah anda, selain daripada memicit jerawat, terdapat beberapa lagi tabiat kecil yang boleh memicu berlakunya pertumbuhan jerawat yang lebih banyak. 


Nak tahu apa tabiat-tabiat kecil itu? Mari kami kongsikan di bawah ini.


1. Terlalu kerap mencuci muka


Walaupun mencuci muka adalah penting untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa bersih tetapi perlu diingatkan bahawa mencuci terlalu kerap akan membuatkan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaiknya, basuh muka anda pada waktu pagi apabila anda bangun dan pada waktu malam sebelum tidur.


2. Bersungguh-sungguh menggosok kulit anda


Menyental kulit anda dengan tuala kecil, loofah, atau pencuci pengelupasan akan menyebabkan kerengsaan yang ketara. Hal ini juga mungkin menjadi lebih teruk pada kulit berjerawat anda. Untuk mengelakkan jerawat, sentiasa basuh dengan hanya air suam dan pembersih yang lembut.


3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh


Selepas anda melakukan senaman, kulit anda boleh ditutup dengan peluh. Jangan biarkan ianya sebati pada kulit anda sebaliknya sentiasa mandi atau cuci dengan segera selepas berpeluh.


4. Sentiasa gatal untuk kutil dan sentuh jerawat


Ya, saya faham anda geram dengan jerawat yang naik di muka tetapi jangan memilih untuk menyentuhnya kerana ini hanya boleh menyebabkan kemerahan meningkat, nanah meresap ke dalam kulit lalu mengakibatkan parut. 

Sebaliknya, pastikan tangan anda jauh daripada muka, biarkan jerawat dirawat dengan bantuan losyen anti-jerawat atau krim.


5. Pastikan produk rambut tidak terkena pada muka


Adalah penting untuk memastikan semburan rambut, gel, mousse, atau produk rambut yang lain jauh dari muka anda untuk menghalangnya memasuki liang kulit anda. Pastikan anda menutup muka ketika menggunakan produk tersebut agar tidak terkena wajah.


6. Makan makanan yang berminyak


Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan, makan makanan berminyak. Lebih-lebih lagi makanan ringan menjadi kesukaan semua orang. Walaupun makanan yang anda makan tidak menyebabkan jerawat, makanan berminyak boleh menjadikan kulit berjerawat teruk kerana minyak yang berlebihan. Jadi berpegang kepada diet yang sihat tanpa berminyak demi kesihatan anda juga.


7. Menggunakan kosmetik yang mengandungi minyak


Jika anda mempunyai kulit berjerawat, janganlah beli produk yang mengandungi minyak. Apabila anda membeli alat solek dan produk kulit yang lain, carilah produk yang bebas minyak dengan label “non-acnegenic” atau “non-comedogenic” untuk membantu mencegah jerawat.


Supplement Shaklee Yang Berkesan, Selamat Untuk Kulit Cantik Tanpa Jerawat Parut


Jerawat


1) ESP


-Membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
-Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
-Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
-Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
-Mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
-Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot
-Mengurangkan kesan parut
-mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan


2) Sustained Release Vitamin C


-Kunci kepada pengeluaran kolagen- protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah dan menjadikan kulit kuat dan lebih firm
-Membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri
-Antioksida yang melambatkan kerosakan kulit oleh radikal bebas-radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedutan
-Kurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari
-Menghalang otot menjadi lembik
-Menyekat pembentukan pigmen yang menjadi punca utama jeragat
-Kurangkan kemerahan pada jerawat
pengambilan vitamin C setiap hari
-Menjadikan kulit sihat dan lembut.


Berminat nak cuba supplement Shaklee Untuk Dapatkan Kulit Sihat Cantik


Bagi yang ingin dapatkan Produk di atas atau sebarang pertanyaan untuk pembelian. Boleh hubungi saya Jue 0138865058  atau tekan link di bawah:




Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN

Instgram : @jumilah1988


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
#teamleadership 
#VivixShaklee
#ResVShaklee
#HeartStrongLiveLong
#ShakleeHeartSolutions
#ResVvix
#Powerofpolyphenols



PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...