Skip to main content

Berpuluh Tahun Kerja Keras Tak Mudah Putus Asa, Akhirnya Usaha Dihargai


Tak mudah putus asa


Setiap kejayaan pastinya tidak datang dengan ‘bergolek’ mahupun sekelip mata. Pastinya ia disertai dengan jerit perih, susah payah dan kerja keras tanpa berputus asa berpuluh tahun lamanya.

Ini adalah kisah mengenai individu yang mendapat penghargaan selepas bekerja keras melakukan pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun! Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua supaya tidak mudah untuk berputus asa dalam melakukan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan.

Bell Ngasri sudah mula memegang skrip sejak usianya 6 tahun. Pelbagai watak, dari remaja nakal kaki buli sehinggalah watak popular Barkoba telah dilakonkan. 

TIADA kontroversi murahan, tiada gimik aneh untuk mengangkat namanya, beliau terus kekal relevan selepas 37 tahun dalam industri.

Elly Mazlein

Elly Mazlein membuat kemunculan pertama ketika zaman emas Tok Ti iaitu pada penghujung 90 an. Bukan mudah untuk artis wanita lain untuk menyinar pada ketika itu.

Cubaan untuk come back dengan menyertai Gegar Vaganza hampir tidak menjadi apabila beliau menarik diri pada minggu minggu awal kerana kritikan hebat juri. 

Hanya selepas muncul sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom dan lakonan dalam siri Kampung People namanya kembali menyerlah naik.

Tyzo

Tyzo walaupun nampak muda, rupanya sudah berpuluh tahun bertugas sebagai penyampai radio. Hanya selepas 20 tahun menjadi penyampai radio beliau berjaya memenagi anugerah.

Ini membuktikan betapa penting untuk seseorang untuk terus berusaha melakukan pekerjaan yang diminati dan disukai tanpa erti jemu. 


Tak mudah putus asa


Jika anda sedang berusaha melakukan sesuatu dan masih tidak menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan, jangan cepat berputus asa! 

Paling penting, tidak perlu membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. Mungkin rezeki anda masih belum tiba lagi, teruskan berusaha dan mencari kelainan dan keunikan, semoga ada sinar di penghujung jalan buat semua.


Vitamin shaklee


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...