Skip to main content

Buah Nanas Boleh Jadi Punca Wanita Hamil Keguguran: Fakta Atau Auta?

 

Nanas

Mungkin ramai yang percaya bahawa nanas menyebabkan keguguran jika wanita ambil ia di awal kehamilan kerana buah ini yang punya sifat ‘tajam’. Benarkah? Jom terus baca artikel!



Manfaat buah nanas

 


Menyokong sistem imun tubuh

 

Nanas mengandungi vitamin C yang baik dalam membantu menguatkan sistem imun dan menyediakan perlindungan untuk ibu hamil

 

Malahan, bromelain juga adalah bahan yang berkesan dalam melawan gejala selesema. 

 

Jika anda ada selesema ataupun sakit tekak, buah nanas boleh membuatkan anda rasa lebih baik.

 


Menguatkan tulang dan tisu

 


Nanas mengandungi banyak mangan, iaitu bahan penting di dalam pembentukan tulang dan tisu penghubung. 

 


Mengelakkan sembelit

 

Buah nanas mengandungi banyak serat yang membantu mencegah sembelit semasa hamil. 

 

Selain itu, kandungan bromelain di dalamnya juga dapat menggalakkan proses pencernaan. 

 


Mengurangkan simptom mabuk kehamilan

 

Dalam sesetengah kes, wanita hamil yang makan nanas boleh membantu mengurangkan simptom mabuk hamil.

 


Bolehkah ibu hamil makan nanas?

 

 

Terdapat mitos yang mengatakan nanas menyebabkan keguguran di awal kehamilan.

 

Salah faham ini adalah berdasarkan kepada kehadiran bromelain dalam buah nanas itu sendiri. 

 

Fahaman logik di sebalik mitos ini adalah bromelain memecahkan protein, dan memandangkan janin yang sedang terbentuk mengandungi protein, jadi pengambilan bromelain akan menyebabkan pendarahan dan keguguran. 

 

Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong dakwaan nanas menyebabkan keguguran ini!

 

Sebaliknya, ibu hamil perlu makan sekurang-kurangnya 7 biji nanas sehari untuk menerima kesan negatif pada kehamilan mereka. 

 

Dan, hal ini adalah mustahil untuk seseorang makan nanas sebanyak itu sehari. 

 

Jadi, pengambilan nanas yang bersesuaian adalah selamat untuk wanita hamil.

 


 


Langkah berjaga-jaga apabila makan nanas


 

Makan dua biji nanas segar setiap minggu pada awal kehamilan anda dianggap masih selamat. 

 

Namun, jika anda masih risau untuk mengambil nanas segar, anda boleh memilih nanas yang dibeli dalam tin ataupun minum jus nanas. 

 

Ini kerana proses pengetinan dan pembotolan sedikit sebanyak menyingkirkan bromelain dalam buah nanas.

 

Seperti makanan-makanan lain, pengambilan nanas yang berlebihan juga pasti akan memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

 


Nanas


 

Meskipun nanas mengandungi vitamin C, namun pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit, loya dan pedih hulu hati. 

 

Ibu hamil khususnya dinasihatkan untuk tidak makan atau minum nanas muda kerana boleh menyebabkan keracunan. 

 

Bromelain dalam nanas sahaja tidak cukup untuk menyebabkan pengecutan rahim, tetapi jika anda makan terlalu banyak nanas boleh menyebabkan masalah sakit lidah ataupun timbul ruam alergi serta mengalami kesukaran bernafas.

 

Jika anda seorang yang mempunyai berat badan berlebihan, anda seharusnya mengelak daripada makan nanas kerana kandungan tinggi kalori di dalamnya. 

 

Tambahan pula, jika anda menghidap diabetes, kandungan tinggi gula yang ada dalam buah nanas akan hanya memburukkan keadaan anda.

 

Kesimpulannya, kepercayaan bahawa nanas menyebabkan keguguran itu adalah tidak benar malah ia punya banyak manfaat buat ibu hamil.



Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.



Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...