Skip to main content

Faktor-faktor Hilangnya Kelembapan Kulit

 

Kulit

 

Kehilangan kelembapan kulit bergantung kepada dua keadaan samada dehidrasi atau kering. Keadaan kulit dehidrasi merujuk kepada satu keadaan dimana kulit mengalami kekurangan kandungan air manakala kulit yang kering merujuk kepada keadaan dimana kulit mengalami kekurangan minyak semulajadinya yang dipanggil sebum. 


Jenis-jenis kulit boleh dikategorikan kepada kulit yang normal, kering serta gabungan normal dan kering, dan kulit berminyak. Kebiasaannya kita dilahirkan dengan satu jenis keadaan kulit dan keadaannya boleh berbeza-beza bergantung kepada masa dan musim. 


Tanda-tanda kulit mengalami kehilangan kelembapan termasuklah kulit bersisik, kewujudan kepingan-kepingan putih, kemerah-merahan dan kegatalan. 


Tetapi apakah punca penyebab utama kehilangan kelembapan dalam kulit kita?



1. Faktor penuaan

 

 

Penuaan adalh proses semulajadi untuk semua individu dan tubuh badan kita akan mengalami penuaan walaupun kita tidak bersedia terhadapnya. Waktu ini adalah waktu dimana aktiviti kelenjar sebaceous menurun dan fungsi penghidrat kulit juga berkurangan. 


Kapasiti kulit untuk menghasilkan semula lipid yang terdiri daripada lapisan pertahanan lipid Stratum Corneum juga berkurangan seiring dengan usia. Aliran darah ke kawasan kulit juga akan menurun yang mana akan mengurangkan penghasilan sebum.

 

 


2. Pengaruh persekitaran dan cuaca

 


Pendedahan dalam waktu yang panjang terhadap matahari akan menyebabkan air dan kelembapan pada kulit menyejat dengan pantas yang mana akan menyebabkan dehidrasi kulit. 


Selain daripada itu, persekitaran yang berangin, angin sejuk daripada alat penyaman udara, haba daripada pemanas air dan keadaan lain yang mempunyai suhu yang rendah juga akan membawa kepada kekeringan kulit kerana kelembapan akan menyejat dengan cepat daripada kulit. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan menyumbang kepada kehilangan kelembapan dan penuaan pramatang.

 


 

3. Mandian panas

 

 

Mandian menggunakan air panas adalah pilihan terbaik terutamanya semasa musim sejuk tetapi ianya tidak perlu dalam jangka masa waktu yang lama. Gabungan penggunaan air panas dengan waktu mandian atau rendaman tubuh yang lama akan menanggalkan minyak pelindung semulajadi yang ada pada kulit dan akan menyebabkan kulit menjadi kering. Sebagai pilihan lain, anda boleh menggunakan air suam untuk mandian dalam jangka masa yang lebih singkat sekitar 10 minit untuk setiap mandian.

 

 


4. Dehidrasi

 

 

Anda mungkin tidak berasa haus semasa musim sejuk berbanding musim panas, tetapi tubuh badan dan kulit anda kehilangan air setiap hari melalui pembuangan air kecil, perpeluhan dan faktor luaran lain seperti suhu dan cuaca. 


Tubuh kita terdiri daripada 70% cecair atau air dan melalui jumlah air yang cukup, ia akan menggalakkan pertumbuhan dan kesihatan sel tubuh. Kekal hidrasi dengan meminum air untuk mengelakkan tubuh badan daripada dehidrasi kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan sel tubuh badan.

 

 


5. Tahap pH yang tidak seimbang

 

 

Kulit kita adalah sedikit berasid disebabkan oleh fungsi perlindungannya daripada sebarang bakteria dan penyerang-penyerang semulajadi yang lain. Sabun biasa dengan kandungan alkali yang tinggi akan mengganggu tahap pH kulit dan menyebabkan kehilangan kelembapan kulit.


Disarankan untuk kita menggunakan pencuci yang mempunyai tahap pH yang seimbang untuk memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kulit yang sedikit berasid. Anda juga boelh menggunakan pencuci dengan kandungan surfactant yang menghilangkan kotoran tanpa merosakkan epidermis kulit. 

 

 

Kulit

 

Apabila kulit mengalami kehilangan kelembapan yang sangat banyak disebabkan oleh pelbagai faktor, kulit anda akan mengalami kegatalan, kelihatan suram, berwarna gelap dibawah mata dan kemunculan kedut atau garisan pada permukaan kulit. 


Cara lain yang disarankan untuk mengelakkan kehilangan kelembapan kulit termasuklah pengurangan pengambila kopi atau mana-mana sumber berkafein, berhenti merokok, minum lebih banyak air, sentiasa bersenam, dapatkan tidur yang cukup dan makan lebih banyak buahan, sayuran dan kekacang.



Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.



Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...