LANDMARK STUDY SHAKLEE – Bukti Shaklee adalah supplement terbaik di dunia
Apa maksud landmark study?
Landmark study bermaksud kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara tu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Selain itu, untuk mengkaji keberkesan produk Shaklee dalam jangka masa panjang (40-50 tahun lepas makan produk Shaklee).
Landmark study dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkaitan dan kajian yang dibuat juga boleh dinilai atau dinilai semula oleh mana-mana pakar/pihak ketiga di bidang berkaitan.
Kenapa Shaklee sanggup buat Landmark Study?
![]() |
Mr.Roger Barnett ( CEO SHAKLEE) |
Sebenarnya hanya Shaklee je satu-satunya syarikat supplement di dunia ni yang ada landmark study. Shaklee beriya-iya nak buat landmark study ni sebab bila Mr. Roger Barnett (CEO Shaklee) ni beli company Shaklee, dia rasa tak puas hati sebab orang dok kata Shaklee ni bagus.
Semua company boleh claim produk dia bagus tapi mana landmark studynye? Betul tak? Lagi pon, Shaklee nak membuktikan bahawa produknya betul-betul mampu meningkatkan taraf kesihatan para pengamalnya.
Dengan sebab ni lah pada tahun 2007, Mr. Roger Barnett telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat landmark study berkaitan Shaklee. Dahsyat kan?
NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of California, Berkeley (UC-Berkeley) untuk mengetuai study ni.
Doktor ni bukan calang-calang orang tau. Beliau ni adalah antara orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. Baik buruk dari hasil ujikaji ni beliau akan tetap publishkan. Yang buat piramid makanan yang biasa kita guna tu doktor ni lah.. Hebat tak hebat?
Dr Gladys Block telah mencadangkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh yang panjang.
Dr Gladys akan mereka, menganalisis, mentafsirkan maklumat dan menerbitkan penulisan ini pada Oktober 2007. Ini bermakna Dr Gladys akan menerbitkan hasil kajian ini tanpa mengira kesan pengambilan suplemen Shaklee.
Kenapa beliau pun memilih Shaklee?
Ini kerana:
- Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualiti
- Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.
Apabila Dr Gladys memberikan cadangan, CEO Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett menerima dengan hati terbuka tanpa risau kerana beliau juga mahukan data saintifik untuk membuktikan Shaklee adalah produk terbaik berbanding suplemen lain.
Video di bawah adalah keterangan berkenaan landmark study Shaklee.
Bagaimana Landmark Study Dijalankan
Landmark study ini dijalankan ke atas 3 kumpulan sasar melibatkan 1056 orang peserta:
- Kumpulan 1: Tidak mengambil suplemen, hanya mengawal pemakanan (602 orang)
- Kumpulan 2: Mengambil suplemen dari jenama lain (176 orang)
- Kumpulan 3: Pengamal vitamin Shaklee selama 20 tahun (278 orang) – mengambil sekurang-kurangnya 14 jenis suplemen setiap hari.
Hasil Kajian Landmark Study
Ada data saintifik telah dipaparkan oleh Dr Gladys dan tim bagi landmark study ini. Anda boleh baca di situ. Dalam posting ini pula saya akan ringkaskan disebabkan pembaca saya ada pelbagai lapisan dan latar belakang.
1. Kadar Penyerapan Nutrisi – Bioavailable
Data ini membuktikan bahawa nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat “bioavailable, ini bermakna nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik.
Ini terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.
Nutrien seperti zat besi dan vitamin D ada dalam tubuh pengguna pada tahap selamat (bukat overdose).
2. Tahap biomarkers Lebih Sihat
Data ini membuktikan bahawa pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit.
3. Kadar Penyakit Yang Rendah
Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides mendapati pengguna Shaklee berada di tahap terbaik bagi setiap satu penyakit.
a. Tahap Homocysteine yang rendah
Homocysteine yang tinggi selalu didapati pada orang yang tidak cukup vitamin B. Contohnya perokok, suka makan daging dan stres. Apabila kekurangan vitamin B, tahap homocystein mereka meningkat.
Homocysteine yang tinggi selalui dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti parkinson, jantung, darah tinggi dan lain-lain.
Bagi pengguna Shaklee, mempunyai tahap homocysteine yang jauh lebih rendah iaitu 121 berbanding tahap normal 150.
b. Tahap HDL Yang Tinggi
HDL adalah kolestrol baik dimana ia membantu mengawal dan menurunkan LDL kolestrol (kolestrol jahat). Pengguna Shaklee memiliki HDL yang lebih tinggi.
c. Trigycerides
Trigycerides bagi pengguna Shaklee adalah lebih rendah. Trigycerides adalah sejenis lemak dalam darah. Jika trigycerides tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, darah tinggi dan lain-lain.
d. C-Reactive Protein
CRP akan dihasilkan oleh badan apabila sel badan mempunyai keradangan. Bagi mereka yang mempunyai masalah hati, pesakit akan mempunyai CRP yang lebih tinggi berbanding orang normal.
Pengguna Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai CRP yang jauh lebih rendah menunjukkan mereka tidak mempunyai masalah keradangan dalam tubuh.
4. Kadar Rendah Mendapat Penyakit
Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.
Daripada data ini menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai
- Paras kolestrol 11% lebih rendah
- Paras triglycerides 33% lebih rendah
- Paras darah tinggi 39% lebih rendah
- Paras risiko diabetes 73% lebih rendah
- Paras c-reactive protein 59% lebih rendah
- Paras homocysteine 36% lebih rendah
Ini bermaksud pengguna Shaklee mempunyai risiko penyakit jantung, penyakit berkaitan otak, kanser dan kencing manis yang lebih rendah.
5. Aras pengumpulan toksik Paling Rendah
Hasil kajian membuktikan, Shaklee suplemen adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna dalam tempoh panjang.
6. Kesimpulan Landmark Study oleh Dr Gladys
Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna Shaklee akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.
Penutup
Alhamdulillah cukup jelas dan terang kan? Perlu ingat, landmark study ini hanya merujuk kepada penggunaan produk Shaklee. Bagaimana dengan suplemen keluaran syarikat lain?
- Perlu kita ingat, kebanyakan syarikat pengeluar suplemen dalam dan luar negara tidak mempunyai Quality Assurance yang sama seperti yang diamalkan di Shaklee.
- Sangat sedikit syarikat pengeluar suplemen dalam dan luar negara menjalankan kajian klinikal ke atas produk mereka sebelum ia dikilangkan. Kebanyakan yang berlaku di Malaysia pula sebaliknya apabila produk dikeluarkan dan dipasarkan dahulu sebelum berlaku aduan daripada pengguna yang mengalami kesann sampingan barulah hendak diuji. Ini menyebabkan di negara kita menjadi lambakan Suplemen Sampah yang boleh memudaratkan anda.
Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:
- Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
- Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
- Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
- Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
- Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
- Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Saya juga aktif di media sosial lain :
Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN
Instgram : @jumilah1988
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
#teamleadership
#VivixShaklee
#ResVShaklee
#HeartStrongLiveLong
#ShakleeHeartSolutions
#ResVvix
#Powerofpolyphenols










Comments
Post a Comment