Skip to main content

TIP PILIH PROTEIN YANG TERBAIK


Pasti ramai yang masih tercari cari sumber protein untuk turunkan berat badan , untuk bina otot , untuk kecantikan kulit dan tak kurang juga untuk tenaga seharian. Sebenarnya serbuk protein merupakan antara cara paling mudah untuk pastikan kita dapat keperluan protein yang cukup setiap hari. Ada juga protein dari haiwan seperti daging atau ayam , tapi jika salah cara masak boleh hilang nutrisi protein dan yang ada hanya lah lemak dan kolestrol semata mata. 


Protein
Fungsi Protein Dalam Badan



Pengambilan 25g protein soya setiap hari dapat beri kesan penurunan tahap kolestrol dengan baik. Ada banyak jenis protein yang terdapat di pasaran sekarang , tapi macam mana kita nak kenal pasti itu adalah protein yang terbaik untuk kita amalkan ?


Jom perhatikan ada 6 CIRI ini didalam serbuk protein yang anda consume



Protein



TIP 1 : DAPATKAN PROTEIN SOYA

  •  Soya sesuai untuk semua termasuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.
  •  Soya terbukti berkesan untuk mengurangkan kolestrol
  •  Pengambilan protein soya yang berterusan akan membantu wanita yang menopaus menangani sindrom menopaus seperti panas badan
  •  100% adalah berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk mereka yang vegetarian


TIP 2 : TIADA GULA PASIR TAMBAHAN

  •  Kebanyakan pengeluar telah menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Pastikan anda buat keputusan yang betul dan semak semula kandungan serbuk protein anda sama ada lebih gula atau lebih protein.
  •  Pengambilan protein membantu anda untuk mengawal had pengambilan kalori setiap hari. 
  •  Membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat



TIP 3 : INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH

  •  Indeks glisemik (GI) untuk menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula dalam darah. Protein dengan GI yang tinggi akan menyebabkan lonjakan gula dalam darah dan mengakibatkan anda cepat letih, mudah marah dan lapar.
  •  GI rendah akan membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat
  •  Meningkatkan rasa kenyang dan menjadikan anda kenyang lebih lama
  •  Mengawal rasa craving dan bantu mencapai berat badan yang ideal

TIP 4 : LENGKAP DENGAN 9 AMINO ACID PENTING

  •  Asid amino adalah blok asas untuk menghasilkan protein
  •  Pengambilan 9 asid amino penting untuk fungsi badan yang optimum
  •  Membantu proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
  •  Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut

TIP 5 : BUKAN GMO

  •  Organisma yang diubahsuai secara genetik (gmo) adalah tumbuhan , haiwan ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik. 
  •  Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang
  •  Sumber protein bukan GMO akan memastikan nutrien kekal dalam sumber makanan
  •  Sebagai alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat

TIP 6 : RENDAH LEMAK

  •  Kita nakkan manfaat protein yang mencukupi dari pengambilan serbuk protein yang kita ambil setiap hari bukannya tambahan lemak.
  •  Protein yang rendah lemak akan membantu mengekalkan jisim otot
  •  Membantu mengekalkan tahap kolestrol
  •  Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein

Protein


Masih tercari cari protein yang terbaik ? 


Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee lengkap dengan semua 6 tips di atas. 


ESP shaklee

Ramai yang tak tahu protein ESP juga membantu untuk merawat kulit dari dalam. Fungsi utama nya dapat mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan bekas parut jerawat. Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk :

  1. Menyediakan asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan dalam mengoptimumkan fungsi sel dalam badan kita
  2. Memperbaiki dan menghasilkan sel dan tisu kulit yang baru
  3. Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  4. Menyokong penghasilan asid amino glutathione yang membantu melindungi sel kulit dari kerosakan akibat sinaran UV
  5. Merangsang penghasilan asid hyalarunic untuk mengikat dan mengekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan kulit yang optimum
  6. Menghalang proses penguraian kolagen dan elastin untuk mengurangkan kedutan, perubahan warna dan memperbaiki penampilan kulit secara keseluruhan
  7. Memperbaiki tekstur kulit dan mencerahkan pigmentasi kulit untuk kulit yang berseri dan bersinar.

Exclusivenya dalam ESP Shaklee didatangkan sekali dengan tambahan nutrisi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan. Vitamin B terkenal sebagai vitamin "anti-stress". Tetapi tahukah anda yang Vitamin B juga penting untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku ? Ia akan :

  •  Membantu mempercepatkan penyembuhan luka
  •  Mengurangkan perebakan jerawat dan kecelakaan kulit
  •  Melindungi kulit dari kerosakan sinar UV, mengurangkan risiko mendapat kanser kulit
  •  Menyokong pembentukan sel darah merah yang akan membawa oksigen dan nutrien pada kulit kepala dan folikel rambut, membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
  •  Meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan sinar rambut sekaligus mengurangkan uban dan keguguran rambut
  •  Membina dan membaik pulih tisu kuku, menguatkannya supaya tidak mudah patah atau sumbing.

Hah banyakkan manfaat yang anda boleh dapat dengan amalkan ESP setiap hari. 



ESP SHAKLEE


Nak ESP Shaklee

Bagi yang berminat nak dapatkan ESP Shaklee atau sebarang pertanyaan untuk pembelian. Boleh hubungi saya terus menggunakan link di bawah:




Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols



PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...