Skip to main content

Anak Tidak Suka Sayur? Cuba Tips Ini

 

Anak tidak suka makan sayur




Mendidik anak makan sayur adalah cabaran yang sering dialami oleh ramai ibu bapa. Meskipun anda selalu hidangkan sayur dalam hidangan keluarga anda, namun bukan semua anak anda menggemari sayuran; terutamanya sayuran hijau. 


Sayur-sayuran adalah jenis makanan yang perlu ada dalam diet setiap orang, jadi penting untuk anda mengajar anak makan sayur, (dan juga menyukainya). Bagaimana? Teruskan membaca!

 


Apa ada dalam sayur?

  

Sayur-sayuran memberikan anak anda tenaga, vitamin, antioksidan, serat dan juga air. Makan sayur-sayuran dapat membantu melindungi badan kanak-kanak daripada semua jenis penyakit. 


Panduan Pemakanan Australia menyarankan kanak-kanak di bawah umur lapan tahun mengambil sayur 2-4½ hidangan setiap hari. Jadi, bagi membantu anda mengamalkan tabiat pemakanan  yang sihat, anda perlulah mengajarnya untuk mula makan sayur sejak kecil lagi.

 

  

Bila anak perlu mula makan sayur?

  

Menurut kajian yang dijalankan di luar negara, anak kecil perlu diajar mula makan sayur sebelum usia mereka mencecah satu tahun. Pengenalan lebih awal digalakkan kerana kanak-kanak selepas usia 12 bulan akan mula pandai menolak dan memilih makanan. 


Jadi, latihlah anak anda untuk makan sayur seusai dia sudah boleh makan makanan separa pejal lagi. 


Bayi dan kanak-kanak yang diperkenalkan dengan sayur lebih awal akan mudah menyukainya kerana deria rasa mereka sudah terbiasa dengan rasa sayur dalam makanan. 


Pelbagaikan sayuran dalam menu puri anak anda dengan menawarkannya sayuran seperti keledek, bayam, lobak merah, brokoli dan ubi kentang.

 

  

Tips Didik Anak Gemar Makan Sayur

  

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan bagi menggalakkan kanak-kanak menggemari sayur-sayuran:

   

Tunjukkan contoh yang baik

 

Jika anda sendiri tidak gemar makan sayur, bagaimana ingin melatih anak menyukai sayur? Oleh itu, tunjukkan bahawa anda juga menggemari sayur dan menjadikan ia sebagai amalan. Sentiasa hidangkan sayur-sayuran sebagai menu harian keluarga 

.

 

Anak tidak suka makan sayur


 

Masak bersama anak

  

Ini salah satu teknik berkesan dalam mengajar anak menggemari makanan. Kanak-kanak gemarkan aktiviti yang dapat mengotorkan tangan mereka. Jadi, memasak adalah salah satu daripada cara untuk mereka bereksperimentasi. 


Ajak anak anda turun ke dapur dan menyertai anda untuk menyediakan menu sekeluarga. Sambil memasak, anda boleh perkenalkan nama sayur-sayuran dan kebaikannya untuk tumbesaran anak anda.


 

Anak tidak suka makan sayur


 

Jadilah ibu bapa yang kreatif

  

Kanak-kanak gemar bermain dengan warna. Jadi, praktikkannya dalam menyediakan hidangan untuk si manja. Pelbagaikan warna dalam makanan si manja anda supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk makan. 


Selain itu, anda juga boleh membentuk sayur-sayuran dengan rupa yang menarik seperti menyediakan lobak merah dengan bentuk bintang ataupun lada benggala sebagai mulut kartun. 

 

  

Sorokkan khasiat sayur-sayuran dalam diet anak anda

  

Kanak-kanak tentunya menggemari snek. Apa kata, anda sediakan snek seperti sandwic, donut atau roti dengan tambahan kandungan sayur-sayuran. 


Sedikit-sebanyak anak anda akan terbiasa dengan rasa sayur-sayuran yang terselit dalam snek kegemaran mereka.

 

Jangan memaksa atau guna kekerasan

  

Meskipun makan sayur-sayuran amat penting untuk tumbesaran anak anda, namun jangan sekali-kali memaksa anak anda dengan menggunakan cara kekerasan. 


Cara tersebut hanya akan membuatkan si manja lebih ‘benci’ dengan sayur-sayuran. Selain itu, berikan motivasi kepada anak anda dan tunjukkan ‘keghairahan’ memakan sayur-sayuran. Kanak-kanak gemar mengikut apa yang orang tuanya lakukan.


 

Anak


 

Melalui buku cerita

  

Ada pelbagai buku yang berkisarkan sayur-sayuran boleh diberikan kepada anak-anak. Contohnya, anda boleh membacakan buku cerita mengenai akibat kanak-kanak yang tidak makan sayur. 


Selain itu, anda juga boleh membeli buku jenis sayur-sayuran supaya anak anda akan mengenali sayur yang dimakan. Ajar anak anda juga tentang setiap khasiat sayur yang dimakan, seperti “Adik nak kulit licin tak? Tomato boleh buat kulit adik licin dan lembut”

 

Jangan mengalah

  

Salah satu sebab anak-anak tidak makan sayur-sayuran adalah kerana ibu bapa sudah ‘jemu’ memujuk anak untuk makan sayur. Percayalah, selera kanak-kanak akan berubah-ubah seiring dengan peningkatan usia mereka. 


Ada juga kanak-kanak yang mula makan sayur-sayuran kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan sebayanya yang menyukai sayur. Jadi, jangan berhenti memujuk anak untuk makan sayur.



Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.



Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee



Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...