Ini Sebab Mengapa Asid Folik Penting Semasa Hamil, Ia Elak Kecacatan Bayi & Kurangkan Komplikasi



Wanita mengandung


Pernah tak terfikir mengapa asid folik untuk wanita mengandung sangat penting? Bahkan bagi mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sering disarankan untuk ambil asid folik.

  

Namun, yang menjadi persoalan utama kini apakah manfaat pengambilannya untuk tubuh? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui fungsi asid folik dengan lebih lanjut.


 

Wanita mengandung


Apa itu asid folik?

  

Asid folik merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang dikenali sebagai folat yang digunakan oleh tubuh badan untuk untuk penghasilan sel baharu setiap hari.

 

Apabila menyebut berkenaan sel baharu, ia merangkumi seluruh bahagian tubuh seperti kulit, rambut dan kuku1.

 

Sekejap, adakah asid folik dan folat sama?

 

Ianya berbeza dan tidak dinafikan kedua-dua istilah ini sering disalahtafsirkan. Folat adalah istilah umum bagi menerangkan pelbagai jenis vitamin B9, manakala asid folik adalah salah satu daripada jenis folat.

 

Umumnya, asid folik untuk wanita mengandung ini adalah dalam bentuk sintetik yang tidak terhasil secara semula jadi dan digunakan dalam suplemen serta makanan diperkaya seperti nasi, pasta, roti dan sesetengah jenis bijirin sarapan pagi.

  

Terdapat juga makanan yang tinggi kandungan folat secara semula jadi seperti sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, buah sitrus, legum dan kacang.

 

Nutrien yang didapati secara semula jadi dalam sumber makanan dikenali sebagai folat. Manakala nutrien yang diambil sebagai makanan tambahan atau digunakan untuk memperkayakan makanan (fortify food) disebut asid folik.

 

Asid folik sangat diperlukan oleh wanita mengandung atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).

 

Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi iaitu dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan. Malahan ia juga boleh terjadi sebelum ibu menyedari kehamilan mereka.

   

Ini merupakan punca mengapa asid folik untuk wanita mengandung amat penting. Dan oleh kerana hampir separuh kehamilan adalah tidak dirancang, jadi asid folik untuk hamil juga penting bagi memastikan wanita mempunyai tahap asid folik yang mencukupi.

 

  

Kebaikan dan fungsi asid folik semasa hamil

  

Nutrien ini sangat penting untuk badan anda menghasilkan sel darah merah yang normal serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, sakit jantung, strok, kanser serta Alzheimer. Ia juga membantu dalam proses penghasilan, pengubahsuaian serta fungsi DNA.

 

Mendapatkan asid folik yang secukupnya sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti bibir sumbing, kelahiran bayi pra matang, bayi kurang berat dan juga keguguran.

 

Berapa banyak dos yang perlu diambil oleh ibu?

  

Pakar menyarankan anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik pada setiap hari untuk mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecacatan. Ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda mencuba untuk hamil lagi.

 

Dalam beberapa kes, kehamilan adalah di luar jangkaan jadi semua wanita disarankan mengambil 400 mikrogram asid folik dalam sehari.

 

Ada juga pakar yang menyarankan anda untuk meningkatkan pengambilan asid folik untuk ibu mengandung kepada 600 mikrogram, ia bertujuan untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

 

 Periksa label vitamin dan suplemen atau terus berjumpa doktor untuk memastikan anda telah mengambil asid folik secukupnya. Jika masih kurang, pertimbangkan untuk menukar jenama vitamin atau suplemen anda.

 

Jika anda disarankan untuk mengambil vitamin pranatal, ia mungkin sudah memberikan anda sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 mikrogram asid folik. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa label atau terus berjumpa doktor.

 

Jangan mengambil lebih daripada 1,000 mikrogram asid folik sehari melainkan atas saranan doktor. Ini kerana asid folik berlebihan boleh menyembunyikan tanda-tanda tubuh badan kekurangan vitamin B12, yang boleh menyebabkan kerosakan saraf.

 

Manakala bagi wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk kelahiran NTD, pengambilan 4,000 mikrogram asid folik setiap hari dapat membantu mencegahnya. Sebaiknya, mulakan pengambilan asid folik dalam jumlah ini 3 bulan sebelum kehamilan hingga 12 minggu kehamilan.

 


Anda tergolong dalam kategori wanita berisiko tinggi untuk NTD jika:

 

  • Pernah mempunyai bayi dengan NTD pada kehamilan terdahulu
  • Diri atau pasangan mempunyai NTD
  • Pasangan mempunyai anak yang mengalami NTD

 

Cara yang terbaik sebelum pengambilan sebarang asid folik untuk hamil adalah dengan mendapatkan rundingan bersama pakar. Ini kerana jika kadar nutrien yang terlalu tinggi, ia boleh membahayakan kesihatan anda.


 

Risiko kepada bayi dan ibu jika kekurangan asid folik

  

Kekurangan pengambilan asid folik ketika hamil boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran NTD. Ia adalah kecacatan kelahiran yang melibatkan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang tidak lengkap.

 

Kecacatan tiub saraf yang paling biasa adalah2:

 

  • Spina bifida: Terjadi apabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup sepenuhnya
  • Anencephaly: Gangguan perkembangan otak yang teruk
  • Encephalocele:  Menyebabkan tisu otak menonjol ke kulit melalui bukaan pada tengkorak

 

Manakala ibu yang tidak mendapat asid folik yang cukup akan mengalami anemia kekurangan folat. Ia merupakan keadaan paling kerap berlaku semasa mengandung.

 

Antara gejala bagi anemia kekurangan folat termasuklah:

 

  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Kulit pucat
  • Sakit mulut dan lidah

Supplemen Vitamin B Complex untuk ibu mengandung


Wanita mengandung

Keistimewaan vitamin B Complex Shaklee

  • Vitamin B-Complex paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. 
  • Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.

  • Mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

  • Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji vitamin B Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih vitamin B Complex Shaklee ini!

 

Kesimpulan

  

Anda mungkin tidak merancang untuk hamil sekarang, namun sebaiknya jangan tunggu sehingga waktu itu untuk mula mengambil asid folik atau ia mungkin sudah terlambat untuk mencegah kecacatan kelahiran pada bayi.

 

Jika anda tidak pasti jumlah asid folik untuk hamil yang perlu diambil, berbincanglah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian .


Berminat untuk dapatkan vitamin / suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi Jue di 0138865058 atau klik gambar untuk pautan segera whatsapp.

Pengedar shaklee seluruh malaysia



Jue menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi di Wilayah Persekutuan Labuan atau anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Jue boleh pos terus ke alamat anda.


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee





PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen



Comments