Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah perut kembung dan berangin. Sudah tentu keadaan itu boleh menyebabkan ketidakselesaan. Tetapi apakah cara untuk mengatasi masalah kembung itu?
21 punca perut kembung dan berangin
Mengapa anda mengalami masalah perut kembung?
Umumnya banyak perkara boleh menjadi penyebab keadaan itu dan dalam kebanyakan kes, ia tidak berbahaya serta boleh dirawat dengan kaedah rawatan di rumah.
Jarang sekali kembung perut disebabkan oleh keadaan yang lebih serius.
Perut yang kembung boleh disertai dengan sendawa, kentut, ketidakselesaan perut serta rasa kekenyangan.
Gas usus yang meningkat adalah salah satu punca paling biasa anda mungkin mengalami kembung. Makanan dan cara anda makan turut boleh menyumbang kepada peningkatan gas.
Punca masalah kembung lain termasuklah:
- Ketidakhadaman
- Kehamilan
- Mengalami haid dan/atau PMS – sindrom premenstruasi
- Pengambilan minuman soda
- Alahan makanan
- Sembelit
- Merokok
- Penyakit hati
- Hiatal hernia
- Batu hempedu
- Jangkitan H.pylori – boleh menyebabkan ulser perut
- Gastroparesis – penyakit otot perut atau saraf yang mengawal otot menyebabkan ia berhenti berfungsi
Makanan punca perut kembung dan berangin
Makanan tinggi serat sering menyebabkan masalah kembung dan berangin, khususnya bagi mereka yang jarang mengambilnya dengan kerap.
- Sayuran mentah seperti brokoli, kubis bunga, kangkung, kubis, salad dan bawang
- Sesetengah buah-buahan seperti aprikot, epal, pic, pir dan prun
- Kacang dan lentil
- Bijirin penuh
Makanan yang turut menyumbang kepada masalah kembung dan perut berangin adalah:
- Makanan berminyak dan berlemak
- Pemanis buatan – sorbitol
- Minuman berkarbonat
- Produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan aiskrim
- Makanan masin – makanan tinggi natrium seperti makanan diproses, makanan sup dalam tin dan makanan sejuk beku
8 tip mengatasi masalah kembung
Berikut petua untuk menghilangkan perut kembung dengan cepat:
1. Berjalan kaki cegah masalah perut kembung dan berangin
Aktiviti fizikal dapat menyebabkan usus bergerak lebih kerap, seterusnya membantu menyingkirkan najis dan gas berlebihan.
Berjalan kaki dapat memberikan kelegaan cepat daripada tekanan gas. Selain itu, memastikan diri dapat membuang air besar sangat penting jika anda mengalami sembelit.
2. Cara Cegah kembung Perut setiap kali makan
Lakukan teknik child pose, happy baby pose dan squat untuk membolehkan gas disingkirkan dengan cepat.
3. Urutan abdomen cegah perut kembung dan berangin
Mengurut perut juga dapat membantu pergerakan usus. Anda boleh cuba melakukan urutan di bawah:
- Letakkan tangan tepat pada tulang pinggul kanan
- Lakukan gosokan secara bulatan dengan tekanan ringan ke arah sebelah kanan tulang rusuk
- Urut secara lurus pada bahagian atas perut ke arah tulang rusuk kiri
- Lakukan gerak perlahan ke arah tulang pinggul kiri
- Ulang jika perlu
Sekiranya urutan ini menyebabkan rasa sakit, anda dinasihatkan untuk berhenti melakukannya.
4. Mandian & rendaman air suam
Haba daripada mandian dapat memberikan kelegaan pada perut yang sakit.
Teknik relaksasi ini dapat mengurangkan tahap tekanan yang memungkinkan saluran penghadaman berfungsi lebih baik dan mengurangkan kembung.
5. Pengambilan serat bantu atasi perut kembung dan berangin
Pengambilan serat baik dalam mencegah sembelit dan kembung.
Tetapi jika berlebihan, ia boleh menyebabkan peningkatan gas lebih banyak dan kesannya perut menjadi kembung.
Cara terbaik adalah untuk meningkatkan pengambilan serat secara perlahan-lahan bagi membolehkan tubuh menyesuaikan diri dengan perubahan diet ini.
6. Hadkan pengambilan minuman soda
Kandungan karbon dioksida menjadikan minuman ini punca masalah kembung. Gula atau pemanis buatan dalam minuman soda juga boleh menyebabkan kembung dan berangin.
Untuk mengatasi keadaan ini dan sembelit, pengambilan air kosong amat digalakkan.
7. Elakkan kunyah gula-gula getah
Alkohol gula atau poliol – sejenis karbohidrat yang strukturnya menyerupai gula dan alkohol – juga boleh menyebabkan kembung bagi sesetengah individu.
Menelan udara semasa mengunyahnya juga turut menjadi punca perut berangin.
8. Kurangkan garam
Natrium berlebihan boleh menyebabkan pengekalan air dalam tubuh sekali gus mengakibatkan rasa kembung dan bengkak pada bahagian tubuh seperti tangan dan kaki.
Jika tip yang saya kongsikan tidak berkesan membantu mengurangkan masalah perut anda, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk penyelesaian lebih baik.
Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.
Saya juga aktif di media sosial lain :
Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN
Instgram : @jumilah1988
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
#teamleadership
#VivixShaklee
#ResVShaklee
#HeartStrongLiveLong
#ShakleeHeartSolutions
#ResVvix
#Powerofpolyphenols
#pengedaraktifshaklee
Comments
Post a Comment